Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Baju Raya rekaan terbaru 2016 dari SweetHeart

assalammualaikum dan salam sejahtera

Bonus dah dapat !!!!!. Mana yang masih nak kelainan pergi beraya nanti, boleh lah cuba yang ini. Mana tau ada yang berkenan kan. Ada pilihan baru untuk korang cuba nama dia 
'SWEETHEART'


Menurut pemilik ini seramai 5 orang rakan kongsi, nama SweetHeart ini di pilih kerana ianya begitu dekat di hati. Maklumlah nama SweetHeart tu sangat comel kan dan mudah di ingati. 

Antara koleksi SweetHeart yang ada ialah 

'SweetHeart" - Shawl dan tudung 2 muka
'Mirabella - Baju kurung moden
Salsabella - Jubah Wanita 
Andalusia - Jubah Lelaki

Kiranya kalau nak membeli koleksi dari SweetHeart ini memang simple. 
Suami dan Isteri boleh lah shopping di tempat yang sama kan. 
Kolin belanja antara koleksi jubah wanita yang ada dulu ya. 

Sure meletops korang masa raya nanti. 









Untuk koleksi jubah wanita Salsabella ini pengunaan fabrik Heavy Dull Satin Ombre; Como Crepe & Italian Monaco. Fabrik yang digunakan adalah sangat berkualiti dan tahan lama.
 Sangat selesa, berangin dan warna-warna yang digunakan semua warna pastel dan ada banyak saiz juga.
Ada saiz S, M, L, XL dan paling besar XXL.

Semua jubah saiz adalah standard tau. So siapa kaki jubah yang shopping butik-butik tu tau lah saiz jubah ini. Harga bermula dari RM149 sememangnya berbaloi untuk dimiliki. 

Ini pula baju kurung moden yang mengunakan materian Satin Pucci yang bercorak ekslusif. 
Ringkas dan senang digayakan. Warna-warna lembut dan pastel sesuai untuk remaja dan ibu-ibu muda tampil menarik di pagi raya. 

Lagi best Koleksi Mirabella ini ringkas dan mudah untuk digayakan.






Koleksi Mirabella yang terdapat pelbagai warna ini ada saiz S, M atau L sahaja. 
Limited tau, so siapa yang berkenan sila lah order cepat-cepat ok! Ada 5 warna untuk korang semua grab

Asyik kaum hawa aje kan, kali ini SweetHeart buat jubah untuk kaum Adam juga tau. 
Jubah lelaki Andalusia mengunakan fabrik Italian Paloma, Italian Heavy Valentro, Cotton Hand Woven, Italian Monaco dan Italian Valentro Uomo yang agak ringan, sejuk dan warna yang terang sesuai lah dengan fesyen kaum lelaki masa kini. 





8



Jubah lelaki koleksi Andalusia ini dicipta dengan jubah kolar 'high neck' untuk jejaka yang ingin nampak ekslusif, korporat dan baru nak macho sikit. 

Kolar bulat ala kolar baju Melayu juga ada dijual untuk mereka yang suka simple tapi tampak bergaya. Ini sesuai kut nak digayakan masa pergi Solat Aidilfitri. Lepas solat boleh lah pergi beraya. 

Fesyen Jubah lelaki Andalusia ada sedikit kelainan seperti 'piping' pada hujung tangan, buatng jubah dan kolar jubah. Haaa...menarik dan lain dari yang lain kan. Lagi pulak perincian ini mampu menampilkan suami, abang, ayah, adik korang nampak lebih bergaya. 

Koleksi Andalusia ini mengunakan fabrik yang diperbuat daripada kain kapas yang super tahan lasak tapi sejuk bila kita pakai. Sesuai laa nak pergi beraya musim panas-panas ini kan. Ada saiz dari S sehingga lah XXL. So jangan risau laa tak ada saiz kan. 

Untuk koleksi tudung pula ada dua rekaan buat mas aini. Iaitu Shawl dan Instant Shawl Dua Muka dan ianya standard size yang kini memang menjadi kegemaran hijabster masa kini. 

Yang penting warna natural, terang dan pastel. Harga dari RM49 ke RM59 sahaja. 
Nak lihat dekat visit IG mereka ok


Semua jualan koleksi SweetHeart ini buat secara talian atau online tau. Tetapi ada juga di jual di Butik Vendor Nanano yang terletak di Lembah Klang buat permulaan. 

Nak lagi jelas mengenai koleksi mereka layari SweetHeart Official

Kolin tak sabar nak beli satu untuk raya nanti. 
Berkenaan giler jubah yang nampak super selesa itu. 

Dah tinggal 20 hari nak menjelang raya ni. Mana yang tak sempat nak ke shopping complex atau bazaar jualan yang ada, boleh lah online dan buat pembelian segera ok. Jubah Salsabila color Maple Leaf confirm kolin punya. Tunggu pagi raya kolin posing ok. 


Love, 

Kolin Zainal 



1 comment:

loving me..loving you