Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Oh!! Meriahnya Raya Bersama JAKEL di Shah Alam

assalammualaikum dan salam sejahtera

Siapa yang tak kenal JAKEL kan ! Ingat kain, ingat JAKEL, itu lah tagline mereka. Baru-baru ini kolin berkesempatan untuk hadir sama di kempen Oh!! Meriahnya Raya Bersama JAKEL di Shah Alam. 


 Pagi-pagi lagi kami semua dah sampai kat sini bagi menyaksikan sendiri lelongan yang bakal dibuat oleh Duta-Duta Jakel pada kali ini. Antara selebriti yang tampil untuk sesi kali inilah Datuk AC Mizal, Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al-Yahya dan tidak ketinggalan selebriti cilik Lara Alana yang sangat terkenal itu. Followers di Instagaram 1.9 million tau !!


 Sementara nak tunggu semua selebriti sampai sempat lah kami semua berposing dahulu di pentas utama tu. Maklumlah kalau dah kata blogger, semua kuat posing. Sementara itu, banyak promosi yang dijalankan oleh pihak JAKEL. Diantaranya ialah penyerahan 500 pasang percuma baju melayu. Datang pepagi, beratur, dapat nombor. Siapa yang bernasib baik tu dapatlah baju melayu free. 


Inilah pentas utama dan khemah yang bakal di hadiri oleh semua selebriti.
Masa ini masih kosong lagi, sebab masih pagi kan. 
Semua Duta dijangka akan sampai dalam 12.30 tengahari. So jom kita ronda area JAKEL dan lihat apa 
aktiviti yang ada di sekitar. 

Ada belon untuk adik-adik yang datang teman mak ayah shopping.


 Mari dapatkan 500 pasang baju melayu percuma tau !!!
Sila lah terjah page JAKEL kalau nak tahu ada lagi tak promosi macam ini kat mana-mana.
Mana tahu dapat baju melayu FREE. Save budget raya kita kan. 

Kaunter ambil nombor pun ramai orang tau. 
Siapa yang tak datang hari tu memang rugi. Majlis kian gamat dengan adanya pengacara Dee dari sitkom Jangan Ketawa dahulu. Siapa membesar di zaman kolin memang akan ingat sitkom tu. Best giler!!


Inilah barisan selebriti yang menjadi Duta Jakel pada tahun ini. 
Oh! Meriahnya raya bersama JAKEL kali ini telah diketuai oleh Encik Mohamed Izani Mohamed Jakel, Pengarah Urusan JAKEL Trading Shah Alam. Menurut kata Encik Mohamed Izani, penampilan selebriti ini adalah platform untuk mempromosikan koleksi pakaian raya siap. Di mana selebriti turut mengayakan koleksi masing-masing untuk para peminat mereka. 

Selain itu, selebriti juga akan membuat sesi 'happy hour' atau jualan lelongan bagi memberikan harga atau potongan istimewa bagi baju koleksi mereka di JAKEL. Koleksi yang terbaru dan terkini dari JAKEL kali ini mempunyai harapan yang tinggi agar semua yang datang ke JAKELdapat membawa pulang sepasang
baju yang siap daripada koleksi Duta JAKEL sendiri. 



Mesti korang semua tertanya-tanya, apa bezanya setiap baju melayu mereka kan. Meh kolin story sikit, mana tahu lepas ini nak pergi beli baju suami atau abah dah ada lah idea sikit kan. 

Baju Melayu Moden yang direka khas untuk Aaron Aziz menampilkan kekemasan pada leher, poket dan motif bercorak. Istimewa Koleksi Aaron Aziz sememangnya berbeza dari segi pengunaan fabrik dan warna. Rekaan khas 2016 ini mengunakan hijau zamrud, biru diraja, peach, jingga, hijau tiffany, hijau mint dan merah cili. Sapa yang nak tahu, baju Aaron ada pesak tau. Kira masih ada ciri lama tu sikit.

Untuk koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad berkonsepkan moden kotemporari yang menekankan kekemasan pada leher dan poket. Baju ditawarkan dalam harga yang berbeza-beza tau.
So siapa yang ramping macam Nabil boleh lah pakai design dia. Memang cutting untuk orang slim.

Selain itu koleksi Baju Melayu Jep Sepahtu, Baju Melayu Datuk AC Mizal turut ada. Nak tahu apa kelainan, kunjungilah butik Jakel segera ok. Sempat lagi ini, baru seminggu berpuasa kan. 

Koleksi Jubah Tarawih juga ada untuk korang yang inginkan kelainan. Di bawah label Jep Sepahtu ini lah keluaran terbaru dan terkini dari JAKEL. Di mana ianya dijangka dapat memenuhi setiap citarasa pelanggan yang suka ikut trend. Memang sekarang trend lelaki pakai jubah kan. Kalau nak label Nabil dan AAron pun ada. Singgah dan lihat sendiri kualiti jubah lelaki yang ada di Jakel ok. 


Bagi pasangan selebriti yang meletops ini siap ada sedondon untuk sekeluarga. Koleksi Scha Al-Yahya, Awal Ashaari dan Lara Alana pastinya memudahkan kita sekeluarga untuk tampil sama di pagi raya kan. 


Bagi baju melayu Awal adalah kekemasan pada leher, poket dan motif warna. Diketengahkan potongan 'shirt' tanpa pesak ini memang nampak kacak sangat.Paling penting napkin yang ada kat poket atas tu, namanya 'hidden pocket'.  Disediakan dengan dua corak berlainan untuk korang. Beli koleksi Awal sahaja ada yang ini, sesekali nampak macho kan. Untuk pengetahuan korang, kesemua koleksi baju Melayu di Jakel dapat butang baju melayu dan sampin PERCUMA !! Bermula dari harga RM89 pastinya berbaloi untuk membeli semua pakaian raya siap di Jakel. 

Bagi koleksi Scha ada Baju Kurung dan Jubah Dress. Fabrik yang terbaik iaitu kapas sulam, chiffon, lace dan banyak lagi. Baju ini ditawarkan dengan harga berbeza mengikut rekaan dan kualiti. Nak tahu cantik ke tidak kena lah pergi ke Jakel kan. 

Si cilik Lara Alana juga tidak kurang hebatnya. Koleksi Lara Alana mempunyai lebih 10 rekaan ini mengunakan jenis fabrik yang lembut dan sesuai untuk kanak-kanak. Tak sabar kolin nak dapatkan untuk anak kolin koleksi Lara Alana ini. 

Buat korang semua ada berita baik. JAKEL akan mengadakan promosi Oh!! Meriahnya Raya di cawangan JAKEL Johor Bharu pada 18 Jun 2016,  Jakel Sabah pada 25 Jun 2016, Jakel Sg. Petani pada 1 Jun 2016 dan yang terakhir Jakel Alor Setar pada 2 Julai 2016. Datang beramai-ramai untuk dapatkan baju melayu percuma dari JAKEL ok. 

Seperti yang dijanjikan, selebriti mula melelong weiii !!!







Nampak kan...betapa meriahnya acara lelong dari selebriti atau Duta JAKEL pada hari tu.
Buat yang tak dapat join yang kat Shah Alam, jangan lupa join yang kat tempat lain kolin dah senaraikan tadi ok. Kenampakkan Blogger Nannie pun turut melihat sendiri koleksi dari Awal & Scha tu.

JAKEL yang telah ditubuhkan lebih 31 tahun yang lalu kini mengorak langkah dengan lebih maju lagi. Dengan memiliki 20 cawangan di serata negara kini menyediakan peluang pekerjaan lebih 5,000 kepada semua. Dengan slogan mereka, 'Ingat Kain, Ingat JAKEL', JAKEL Mall Kuala Lumpur menawarkan segalanya dari kain sehingga baju siap. busana pengantin, langsir, aksesori renda, kekemasan rumah, koleksi tudung Ariani sehinggalah kepada perkhidmatan tempahan menjahit. 

Korang kalau nak lebih informasi mengenai Kumpulan Jakel ini sila lah layari www.jakel.my

Majlis hari tu siap ada sesi autograph dan selfie bersama semua Duta Jakel.
Biarpun panas, tapi tetap happening dengan orang ramai yang turut hadir sama bagi 
memeriah majlis JAKEL ini tau. 

Terima kasih JAKEL !!!!
Jangan lupa korang, beli baju raya kat JAKEL ok. Happy Shopping !!!!

Love, 

Kolin Zainal

6 comments:

  1. nak beli baju kurung cotton ritu jue tgk rm50 jer.. hahhh kenan nak mampus!!

    ReplyDelete
  2. Sally tengok jela mampu...idok ade saiz..LOL!

    ReplyDelete
  3. Wah! Baru tau beza baju2 melayu tu.. Nampak macam sama je.. Rupanya perincian dia lain2 ye.. Untungla mana yg dapat baju melayu free tu.. Ruginya tak dapat join.. Huhu~
    RosmizaAli.Com

    ReplyDelete
  4. wahhh ada yang kat Shah Alam.. dapat g yang kat KL hari tu... sesak tak boleh bergerak!

    ReplyDelete

loving me..loving you