Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Debaran UPSR 2018

Assalammualaikum dan salam sejahtera 

Tak lengkap rasanya kalau tak abadikan cerita ini dalam blog. Pengalaman kolin bila anak pertama menduduki peperiksaan UPSR 2018. Bukan anak yang berdebar sahaja korang, mak bapak pun mengeletar. Maklumlah kita semua nak yang terbaik untuk anak-anak kita semua kan. Kolin merealisasikan kehendak guru tuition English anak yang inginkan sedikit bacaan doa selamat untuk anak-anak didik dia. Itu yang buat majlis sikit kat rumah tu. Ini lah calon UPSR yang kami raikan malam tu.


Penjagaan Kulit Wajah dari NUViT


Assalammualaikum dan holla korang  semua


Mencari satu produk rangkaian untuk kulit wajah bukanlah senang. Lagi pula kalau kita ada masalah kulit muka kusam dan juga berparut. Dengan itu, Kolin baru sahaja diperkenalkan dengan rangkaian penjagaan kulit wajah terbaru dari NUViT. Terima kasih buat kawan yang memperkenalkan produk ini kepada Kolin. Buat pengetahuan korang, kulit muka Kolin memang ada banyak parut jerawat lama, maklumlah zaman muda-muda suka sangat picit jerawat. Disebabkan itu, Kolin cuba rangkaian ini selama 2 minggu dan hasilnya sangat memberangsangkan. Disebabkan itu lah Kolin kongsi dalam blog ini.
C:\Users\Azlin\AppData\Local\Microsoft\Windows\INetCache\Content.Word\IMG_20180911_214021-01.jpeg

Borong bunga segar di Petaling Street

assalammualaikum dan salam sejahtera

Siapa kalau tak suka dapat sejambak bunga kan! lagi pulak yang tersayang hantar terus ke tempat kerja, haaa..masa tu rasa terharu nak menangis kan. Itulah dia bestnya dan kuasa bunga. Buat korang yang rasa bunga tu mahal..halooo tak mahal pun lah. Jangan risau, kali ini kolin nak berkongsi dengan korang kat mana tempat borong bunga yang terletak berdekatan dengan Petaling Street, Kuala Lumpur. Kalau dari Central Market tu jalan kaki ajer, yang penting korang kena yakin lah. Tahu ada yang ngeri nak ke kawasan tu sebab banyak warga asing kan. Tapi jangan risau, Malaysia Kita Punya tau. So jom pergi Petaling Street. 




PAKEJ SANDING DI HOTEL SUMMIT HOTEL, SUBANG USJ DARI WEDDING STUDIO SDN BHD.

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat bakal  pengantin atau yang mana belum ada plan nak kahwin pun boleh baca lah entri ini. Kolin bertuah dijemput bersama-sama ke Majlis Pratonton Dewan & Sajian dari Wedding Studio Sdn. Bhd. yang diadakan di Summit Hotel, Subang USJ baru-baru ini. Suasana memang macam meraikan pengantin dan penuh meriah. Ada candy bar, ada photobooth kalau lah ada pengantin yang mahukan kemeriahan sebegini boleh lah cepat-cepat call mereka. Dengar cerita tempahan pun semakin meningkat, maklumlah siapa yang tidak kenal Official Wedding Planner ini kan. Untuk Dewan Pahlawan 5 & 6, Summit Hotel, Subang USJ inilah dia official wedding planner untuk korang. semua. Korang boleh hubungi nombor di bawah untuk keterangan lanjut:

Adam 012-429 2806
Habibah 012-4978827
Zuria 012-2844827



pelamin yang sangat meletop kann....macam alam fantasi..

Makan ala ShellOut tapi Murah di Zombie Seafood

Assalammualaikum dan salam sejahtera


Buat kaki yang suka makan seafood atau makanan laut, sila baca entri kolin kali ini dengan teliti okay. Kerana hari ini kolin nak kongsikan tempat makan romantik dan murah dan berbaloi yang terletak di Kampung Melayu Kepong. Siapa yang tak tahu lokasi, tempat ini dekat betul dengan FRIM. Atau nak lagi mudah korang waze terus ZOMBIE SEAFOOD kolin gerenti korang jumpa. Mulanya kolin asyik lalu lalang kawasan ini. Tak tahu pun ada kedai ini. Tapi sebabkan banyak lampu menarik, malam tu kami terus bercadang nak makan malam kat sini. Kiranya kolin pemalas masak lah pada malam tersebut leerr..kita pi makan sini aje






Dan inilah dia Zombie Seafood, kalau tengok Instagram mereka dah femes lah. Cuma kolin aje baru perasan, tapi dalam media sosial memang kolin tak pernah perasan pun restoran ini.

Kakak tidur dalam khemah! - Berkhemah di Pantai Sri Purnama, Port Dickson

Assalammualaikum dan salam sejahtera
Kalau selama ini kolin asyik lah bercerita pasal menginap dan suka tidur kat hotel, kali ini kolin keluar dari zon selesa. Tetap selesa, cuma kali ini tidur dalam khemah. Ingat tak entri yang kolin pernah kata mencari khemah tu. Haa..akhirnya kolin beli khemah dekat AEON Big sahaja wei. Khemah untuk 6 orang dengan harga RM92.90 tak silap. Dan warna sudah tentu yang orang nampak dari jauh iaitu warna oren. Nak dijadikan cerita, malam tu pergi beli khemah dan esok pergi terus hahaha. Nampak sangat kami memang dah tak sabar untuk pergi berkhemah sekeluarga. 



Pagi tu selepas segalanya siap, kami bertolak ke Port Dickson. Ikutkan kami memang tak tahu langsung mana nak pergi. Kolin terus tuju ke Blue Lagoon. Sebab pernah terbaca dalam blog dan FB perkongsian orang berkhemah disini. Malangnya apabila sampai, memang padat dengan orang ramai. Tanya pakcik yang jaga toilet dia cakap tiada yang bermalam berkhemah di kawasan itu. Kami memang mencari tapak perkhemahan yang mesra untuk keluarga. Inilah tapak perkhemahan Pantai Sri Purnama, Port Dickson tauuu


Jenama Ayam Brand terpahat di hati rakyat Malaysia selama 126 tahun

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua



Siapa suka makan sardin! Dari kecil sampai lah besar ni lauk sardin adalah kegemaran kolin. Lauk paling senang disediakan buat sekeluarga dan sedap. Buat pengetahuan korang, jenama AYAM BRAND telah bertapak dari zaman British Malaya ke Malaysia. Kalau ikutkan ramai antara kita 'membesar' dengan nya. 






Dari tahun 1892, jenama ini telah diasaskan oleh Alfred Clouet, seorang warganegara Perancis. Jenama Ayam Brand ini atau mak kita selalu cakap sardin cap ayam ini merupakan perniagaan perdagangan produk mewah yang di import dari Perancis. 

DMR anjurkan projek CSR kali ke- 3 #darihati123mamanet 2.0

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua !!

Apa khabar semua, kolin harap semua sihat lah ye. Sekali lagi ucapan tahniah buat www.123mamanet.com yang telah berjaya menganjurkan projek CSR mereka kali ketiga yang telah berlangsung pada 13 September 2018 yang lalu di Kidzania Kuala Lumpur.  Program Corporate Social Responsibility (CSR ) ini adalah kerjasama di antara  Dea Marissa Resources (DMR) bersekali dengan KIDZANIA KUALA LUMPUR dan jua McDonald's Malaysia. 




Karnival Rempah 2018 di Tamarind Square Cyberjaya bersempena Hari Malaysia

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua

Bersempena Hari Malaysia 2018 yang bakal disambut pada 16 September nanti, korang semua dijemput meraikan semangat negara di Karnival Rempah 2018. Mesti korang tertanya-tanya apalah Rempah 2018 ini kan. Kat sini bakal ada makanan, muzik, seni dan juga kraftangan. Maknanya satu keluarga boleh datang dan bersuka ria bersama. Ianya anjuran One Nation Fits All (ONFA), ianya adalah 'community platform' yang menyemarakkan lagi semangat kenegaraan di sisi masyarakat. Karnival ini bakal di sokong oleh Big Bad Wolf, BookXcess Sdn. Bhd. Sunway Education Group, Balai Seni Negara, GanForHire, Tujuan Gemilang, Village Grocer dan banyak lagi yang terlibat. 



Kongsi keenakkan minuman blackcurrant di Ribena Berrylicious Workshop

Assalammualaikum dan holla korang semua..

Harapan kolin semua yang membaca entri ini dimurahkan rezeki.  Sekali lagi kolin ingin berkongsi cerita sikit dengan korang semua. Iaitu minuman dari zaman kolin kecik-kecik dulu. Semua tahu ayat 'kanak-kanak ribena' itu kan. Dulu itu lah ayat paling selalu kita gunakan bila nak menunjukkan sesuatu kegembiraan. Yee..ini lah dia Ribena, minuman blackcurrant yang telah bertapak di hati setiap rakyat Malaysia sejak 63 tahun yang lalu. Ribena ini memang minuman wajib bagi mak-mak dari dulu lagi tau. Memang ikutkan banyak sungguh kenangan air ribena ini. Paling best kalau hari raya ke, air ribena ini kalau dihidangkan memang sedap dan memikat hati tetamu kan. Dipendekkan cerita, ribena ini memang dekat di hati para ibu memberikan kebaikan air ini kepada anak-anak. Inilah dia Ribena BerryLicious Workshop pada 5 September lalu.

Inilah salah satu aktiviti SBFM iaitu melaksanakan satu bengkel bagi ibu dan peminat minuman ribena untuk belajar pelbagai demonstrasi makanan dan minuman dari Ribena. Seperti biasa, Dr. Jezamine Lim Iskander di jemput bagi memeriahkan lagi Ribena Berrylicious Workshop pada hari tersebut.





REVIEW: Hotel Best Western, Petaling Jaya

assalammualaikum dan salam sejahtera korang

ini dah entri ketiga tau kolin bercerita pasal hotel ini. Kalau mana yang terlepas boleh lah rujuk dua link yang ada kat bawah okay.



Baiklahhh...kalau dah cerita pasal bilik penginapan mereka dan jua promosi makan tengahari yang ada. Kali ini kolin nak berkongsi apa yang menarik kalau menginap kat sini. Mesti korang tak sangka mereka ada kolam renang yang sangat cantik. Inilah kolam renang mereka ! Sesejuk mata memandang tau..




Misi Mencari Khemah, Kita nak pergi "Camping" uolss

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Haaa..selain hobi kolin tidur dan makan di hotel tu hahaha (penat aku kena hanjeng sepanjang minggu pasal suka makan hotel hahahah) Sekarang kolin dah nak tambah hobi baru iaitu nak pergi camping. Tapi bukan lah camping atau berkhemah macam korang naik bukit atau gunung tu. Kolin nak santai-santai aje, tepi laut, tepi sungai ataupun tepi swimming pool. Pendek kata nak ala glamping tapi Glamping kann mahal benor. Jadinya kita fikir bajet yang ada sempena menyahut seruan kerajaan berjimat cermat. Misi mencari khemah kita ke Decathlon yang terletak di Sri Damansara. 




Jom Lunch di Kembali Kitchen di Level 6, Hotel Best Western PJ

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Haaa...siapa suka makan kat hotel macam kolin!! Haa ini ada satu berita baik weiii...Makan hotel, tidur kat hotel memang hobi kita uolss hahaha. Tapi yang penting kita kena tahu promosi yang ada lah kan. Untuk korang yang teringin nak makan kat hotel tapi dalam masa yang sama nak yang sedap dan berbaloi ini lah masanya beb. Hotel yang terletak di Seksyen 13 Petaling Jaya, siap parking senang dan makan sedap. Ada 3 set yang boleh korang order siap ada air terus. Haa...korang mereka terkejut dengan harga promosi mereka iaitu WARISAN SET LUNCH RM15 NETT tau. Ada hari-hari untuk lunch dari jam 12.00 tengahari sehingga 2.30 petang, paling penting call untuk booking di talian 03-7610 2222. Kalau sabtu dan ahad malas masak boleh laa feeling-feeling lunch kat hotel uolsss. Boleh lah kita melayan hobi kita sesama kan haha. Hobi makan hotel tak perlu mahal !


inilah promosi yang kolin nak kongsi dengan korang. Menarik kann!!  Ada tiga pilihan buat yang datang nak makan lunch kat sini

Berhibur dengan komedi di The Joke Factory

Assalammualaikum dan salam sejahtera 

Well.... Siapa yang tak kenal dengan insan paling lawak di dunia iaitu Harith Iskander. Kolin baru tahu yang dia ada buka cafe dan ada pentas kecil untuk warga komedi dari seluruh dunia untuk mencurahkan bakat mereka di sini. Bukan orang tempatan sahaja yang tampil buat stand up comedy kat sini malah dari Texas, Jepun, Singapura malah dari Poland pun ada. Menarik kannnn... Itu laa korang memula tu kolin rasa macam eh ada ye orang datang. Rupanya penuh.. Full... Ramai yang menyokong bakat komedi baru tau. 




Menginap di Hotel Best Western, Petaling Jaya

assalammualaikum dan holla semua

Buat yang tak pernah sampai atau tidak tahu yang di Petaling Jaya, Selangor ada hotel yang bakal memberikan kenangan manis, rugi! Petaling Jaya adalah tempat kolin membesar sebenarnya, sekolah pun kat pj jugak. Dalam diam hotel yang dah 4 tahun beroperasi ini memberikan satu pengalaman yang manis. Teletak di Seksyen 13, kawasan yang sedang pesat membangun ini dekat dengan pusat membeli belah Digital Mall. Kalau korang nak ke Sunway Pyramid, Paradigm Mall, IKEA atau mall yang sekitar pj tu memang tak jauh. Lagi best lokasi hotel ini berdekatan dengan pusat penjaja durian di SS2. Hanya 3 kilometer ajer tau, kalau korang teringin makan durian memalam tu, nak senang naik sahaja grab. Menawarkan sebanyak 344 bilik untuk tetamu dan siap dewan untuk bermesyuarat membuatkan ramai pihak koporat datang bermesyuarat di sini tau. Kalau korang nak buat majlis kat sini pun boleh juga tau, manalah tau nak sambut birthday ke apa kan. Ini serba sedikit yang kolin nak cerita pasal hotel ini. tak sabar nak berkongsi dengan korang bilik penginapan kolin untuk satu malam. Walau satu malam, penuh aktiviti, tapi kita cerita bab bilik dulu


lupa nak bagitau, bahagian bawah hotel ada shopping mall, ada kedai serbaneka, salon, money changer dan pelbagai lagi, tapi bukanlah bawah pengurusan hotel tau. Dan kalau datang nak check in, korang terus parking kat basement atau B1, tekan lif ke tingkat 6 untuk ke lobi hotel. Jangan terkejut nanti pergi cari hotel kat level G pula, naik tingkat 6 okay. Tak sabar cerita pasal  Hotel Best Western, Petaling Jaya dengan korang uii...