Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

RESIPI MASAK LEMAK CILI API SIPUT SEDUT

Assalammualaikum semua. Kepada yang buntu tak tahu nak masak apa, jom kolin kongsi dengan korang resipi makanan eksotik ini. Tapi lauk ini kalau makan masa berbuka puasa memang bertambah-tambah nasi tau. Memang renyah sikit lah nak buat persediaan nak masak. Sebab siput tu biasa beli memang berlumpur dan tak di potong bahagian bontot tu. Jadinya memang kolin kalau nak masak berusaha wei potong bahagian belakang dia. Kalau tidak susahlah nak sedut masa makan nanti.



Satu lagi, kolin tak suka buat terlalu pedas kalau melibatkan kulit atau siput. Macam ketam atau udang tuu..kalau pedas sangat nanti abis laa kebas dan merah mulut kan. So jom korang kolin share cara kolin masak siput sedut masak lemak cili api. 

BANDAR PEKAN DI PAHANG MENAWARKAN SERIBU SATU KEMANISAN BILA BERCUTI

Assalammualaikum semua. Mesti korang terfikir apa yang best sangat pergi bercuti 3 hari 2 malam kat Pekan, Pahang tu kan. Kalau ke Kuantan dan boring, sesak dan banyak tempat orang semua dah pergi. Kali ini kolin sekeluarga bawakan korang sisi lain "apa yang ada di Pekan, Pahang Darul Makmur"



Kenapa Pekan? Sebab dah boring dengan Melaka & Penang hahah. So nak explore tempat menarik lain pula di Malaysia. Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020, jom lah kita support industri perlancongan tempatan kita. Perkara pertama ialah penginapan. Di Pekan hotel terbaik dan sangat berbaloi untuk menginap ialah ANCASA ROYALE PEKAN PAHANG. Kalau nak tahu kenapa kena pergi ke link ini okay. Bilik besar, tandas besar, ruang parkir banyak dan paling penting korang kena order puding raja kat restoran mereka, sedap giler! Harga murah dan lebih selesa buat sekeluarga.

1. PEKAN RIVER CRUISE

Ini benda wajib yang patut korang cuba. Aktiviti ini kalau tak cuba di Pekan memang rugi. Masa kami pergi pagi tu cuaca mendung. Jadi okay lah boleh melepak tengok pemandangan apa orang tempatan kat sini buat sehari-sehari. Sepanjang sungai ada aktiviti korek pasir dan pelbagai industri lain. Selain ada juga nampak orang tempatan memancing.


PROMOSI MAKAN BESAR 'LOH HEI' MERAIKAN TAHUN BAHARU CINA DI CONCORDE HOTEL SHAH ALAM

Assalammualaikum semua. Hujung minggu ini satu Malaysia bakal merayakan perayaan tahun baru cina. So semua akan mula lah ucap 'Gong Xi Fa Cai" pada semua kenalan yang meraikan, betul tak? Untuk korang yang ingin cuba 'makan besar' yang cuma akan ada masa CNY boleh lah cuba di RakuXin, Concorde Hotel Shah Alam. Jom datang bersama keluarga dan teman-teman kita "Loh Hei' bersama bersempena Tahun Tikus kali ini. Chef Yu Chee Chun, memperkenalkan 5 jenis Yee Sang tahun ini tau. Menu yang melambangkan kemakmuran, kekayaan, kejayaan dan juga nasib yang baik. 

thank you Chef Yu masak sedap-sedap untuk kami semua
Bercerita pasal Yee Sang korang boleh order antara Abalone yee Sang, Fish Maw Yee Sang, Scallop Yee Sang, Salmon Yee Sang dan Pacific Clam Yee Sang. Ianya ada dari saiz kecil sampailah besar untuk lunch dan dinner yang bermula dari harga RM78 nett sehingga RM198 nett. Haa..pilih sahaja yang mana korang nak.

Jacob's Krim Kraker Original Satukan Rakyat Malaysia Untuk Bawa Tarian Singa Tiang Tinggi Ke Pengiktirafan UNESCO


Jacob's Krim Kraker Original Satukan Rakyat Malaysia Untuk Bawa Tarian Singa Tiang Tinggi Ke Pengiktirafan UNESCO


Kraker Krim Original Meraikan Tradisi

Original Malaysia Sempena Tahun Baru Cina ini

 

Tandatangan Petisyen ini Sekarang Juga 

Ayuh bersama Jacob's membawa Tradisi Tarian

Singa Tiang Tinggi mendapat pengiktirafan

UNESCO. Tandatangan petisyen ini dengan

mengimbas kod QR berikut atau melalui pautan




Bagi meraikan tradisi rakyat Malaysia yang original sempena Tahun Baru Cina ini,  jenama biskut di bawah Mondelēz International (Malaysia), Jacob's Krim Kraker Original (Jacob’s) berazam memartabatkan tradisi Tarian Singa Tiang Tinggi yang berasal dari Muar. Bagi membawa tradisi ini ke pengiktirafan UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan), Jacob’s menyatukan semua rakyat Malaysia untuk menandatangani satu petisyen.

10 PICK UP LINE YANG BOLEH BUAT ORANG SENYUM

Assalammualaikum semua. Siapa pandai 'pick up line'? Haaa...siapa yang belum tahu atau ada idea camne nak buat pick up line pikat hati orang tersayang boleh teruskan bacakan sampai habis ye. 

Pick up line ni viral sejak tahun lepas tak silap kolin. Masa tu ramai sangat artis dan pelawak tanahair selitkan pick up line semasa persembahan mereka. Apa yang boleh kolin katakan, ada kena gaya memang kita tersenyum-senyum bila pasangan kita bagi kita pick up line sesekali memujuk tu kan. Lagipun pick up line ni sebenarnya sweet tau. Menceriakan suasana yang muram dan confirm kalau korang bagi pick up line sesekali kat pasangan korang mereka sure tersenyum. 

gambar tak ada kena mengena ngan artikel, tapi saja sebab rindduuuuu LOMBOK


So jangan tunggu lagi, jom kolin kongsikan dengan korang semua 10 pick up line yang boleh buat orang senyum!

ANTABAX DAN KPJ AMPANG PUTERI SPECIALIST HOSPITAL ANJUR KEMBALI KEMPEN ABC FOR HEALTH

Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC for Health 

Dengan peningkatkan jumlah kes influenza di Malaysia, Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital kini bekerjasama untuk menganjurkan kempen kebersihan ‘Always Be Clean’ (ABC) for Health. Ia bermatlamat meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai kebersihan tangan. 


Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, sentiasa membasuh tangan dengan sabun dan air atau pembersih tangan (hand sanitizer), mengikuti etika yang betul ketika bersin dan batuk serta menjalani gaya hidup yang sihat.

UNPLANNED TRIP!

Assalammualaikum korang. Pernah tak nak buat 'UNPLANNED TRIP'? Untuk 2020 ni kan kolin rasa macam nak buat satu unplanned trip. Kalau dengan family kolin dah biasa buat trip yang macam ini. Biasanya kalau cuti panjang kami sekeluarga akan mula packing barang dan terus start kereta. Dalam kereta baru fikir nak pergi mana?! hahahah ..masa baru-baru kahwin lagi rajin sebenarnya. Naik bas kat puduraya dulu tu, terus ke Melaka. Sampai melaka cari hotel murah dan melepak. Dengan tshirt, selipar dan seluar pendek aje memasing. Tapi kini berubah dengan anak-anak pula. Kalau korang nak tahu, anak-anak kolin dah biasa tidur dalam kereta. So memang tarak hal lah kan.

Gambar dari Facebook 


RESIPI KETAM MASAK BUTTER TELUR MASIN

Assalammualaikum semua. Weekend adalah time kolin masak-masak tau. Siapa yang ikut sosial media kolin memang tahu dah kan dan kali ini kolin nak berkongsi resipi mudah cara masa KETAM MASAK BUTTER TELUR MASIN. Resipi mudah ini mengunakan barang yang senang dan murah sahaja. Kita konsep jimat hihi


Kolin suka yang berkuah sebab sedap nak buh gaul kat nasi. Lagi pula ada telur masin. Jadi semua dah ready ke? Kolin mulakan sekarang ye, be ready uolss :). Resipi tersedap tau! Anak-anak memang suka makan masak ketam gini. So mak semua nak pikat hati anak balik rumah selalu, kena masak tau. Tips untuk anak-anak ingat mak selalu tuuuu..

JOM SAMBUT KEMERIAHAN TAHUN BAHARU CINA DI HOTEL GRAND BLUEWAVE SHAH ALAM



PROMOSI TAHUN BAHARU CINA
DI RESTORAN CINA TUNG YUEN
HOTEL GRAND BLUEWAVE SHAH ALAM


 Tahun Baharu Cina 2020 yang juga dikenali sebagai Tahun Baharu Lunar, Tahun Tikus akan bermula pada 25 Januari 2020 ini. Ia adalah masa untuk semua berkumpul bersama ahli keluarga dan sahabat handai. Perjumpaan penuh kegembiraan ini akan lebih bermakna dengan adanya sesi makan tengahari atau makan malam bersama-sama. Oleh itu, marilah datang ke Restoran Cina Tung Yuen, Aras 1 di Hotel Grand BlueWave Shah Alam untuk menikmati sesi makan besar yang amat menyeronokkan sempena Tahun Baharu Cina ini.

 
Pada tahun ini, untuk menambah kemeriahan musim perayaan, Restoran Cina Tung Yuen di Grand BlueWave Hotel Shah Alam mengalu-alukan ketibaan Tahun Baharu Cina 2020 dengan aneka masakan yang lazat sepanjang bulan Januari 2020 sehingga bulan Februari 2020. Ia disediakan oleh chef khas dalam masakan cina yang diketuai oleh Chef Patrick Ng.

SUMBANGAN KEMBALI KE SEKOLAH TOP KEPADA 674 PELAJAR ORANG ASLI MENCATAT REKOD TIGA KALI GANDA SASARAN DANA


Sumbangan Kembali-Ke-Sekolah TOP Kepada 674 Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana
Disokong oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)



Tahun persekolahan 2020 bagi 674 pelajar Orang Asli bermula dengan penuh semangat apabila mereka menerima keperluan kembali ke sekolah yang lengkap menerusi kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP’. 


Kempen TOP, jenama bahan pencuci inovatif dari Jepun yang memberi fokus kepada komuniti Orang Asli telah mencatat rekod dari segi jumlah penerima dan sumbangan yang ekstensif. Sumbangan TOP merangkumi pakaian seragam sekolah baharu, kasut, stoking, beg, alat tulis, buku latihan, buku kerja, buku aktiviti, bekalan alat seni dan kraftangan serta alat muzik.

BENGKEL SOLEKAN CALIT CALIT CANTIK BERSAMA MUA MALAYSIA - TYA AMIR

Assalammualaikum semua! Bercerita pasal make up, ada aje perempuan bajet 'natural beauty' yakin dengan rupa sendiri. Ada juga perempuan yang suka bersolek. Ala bersolek bukan nak mengoda sesiapa, tapi untuk tampil lebih ceria dan segar. So mekap simple cukup dah, jangan korang pergi majlis orang yang ada tema main redah ye! Kalau orang buat tema pastel, so sila ikut! Kalau orang buat tema pontianak, ikut juga! Kalau tak mau ikut jangan pergi! Sebab ending nya uols memalukan diri sendiri. So inilah dia hadirnya BENGKEL SOLEKAN CALIT CALIT CANTIK bersama MUA Ms. Tya Amir yang di anjurkan oleh Dea Marissa Resources (DMR). 


Bengkel solekan yang diadakan bertujuan memberikan sedikit ilmu kepada yang ingin mengetahui cara mengunakan skincare dan alat solek dengan betul. Dengan penaja utama mereka iaitu Catrice Malaysia, Lelab Routine dan jua Papillion sebagai penaja bersama menjadi bengkel hari tu sukses.

DETOX USUS MU DENGAN KINOHIMITSU PHYTOX

Assalammualaikum semua. Pernah dengar detox? Ala air lemon dengan timun tu pun kita panggil detox water. Detox ini macam satu proses nak membuang segala yang tak elok. Macam sekarang 'sosial media detox' pun ada juga. Ada orang 2 minggu tak update apa-apa atau tak baca apa-apa. Dia detox social media dan juga telefon bimbit, kadang macam kita tak boleh nak hidup tanpa HP kan. Entri kali ini kolin nak kongsi dengan korang, satu produk detox yang kolin sendiri cuba dan tak sabar nak share dengan korang mengenai kebaikan produk ini. Inilah dia KINOHIMITSU PHYTOX iaitu Raspberry Powder with Mixed Fruit & Vegetable. 



Inilah dia benda tu. Dalam satu kotak ada 3 sachet dan kolin rasa dah cukup powerful dah. Ianya khas untuk kalau korang dah makan seminggu tu banyak, korang rasa badan lesu, cuaca panas atau korang dah mula rasa badan korang 'berat' tu. Boleh lah try minum yang ini. Selama ini kita macam tak tau yang body kita boleh di detox sebegini kan. Inilah dia salah satu usaha yang boleh kita semua buat. 

MASKER MUKA LAP THERAPY DARI DEOPROCE MALAYSIA

Assalammualaikum semua. Bagi yang suka jaga kulit muka dan suka pakai masker kat wajah setiap malam, kini ada yang terbaru dari DEOPROCE MALAYSIA. Masker muka Lap Therapy yang didatangkan dari Korea ini sememangnya memberikan sisi lain tau. Kolin sendiri guna dan ternyata ianya lain dari yang lain, itu yang terus berkongsi dengan korang kat blog. Deoproce Lap Therapy Mask mempunyai beberapa variasi ada untuk putih, untuk memberikan nutrisi, untuk melembab dan juga anti kedut. Yang ini memang kolin nak cuba sangat. Malam tadi kolin cuba warna hijau iaitu placenta dari soya bean. Ada caranya nak pakai tau, special sikit. Kalau masker lain terus buka dan tempek aje kan..yang ini ada step 1 and 2

Memula korang kena letak serum yang ada kat sebelah atas tu, step one. Setelah kering serum tu baru lah buka masker tu dan letak di muka. Segala lebihan serum tu sapu kat leher okay. Jangan bazir! Itu yang paling best sebenarnya. 


Keluarkan semua isi tuu..dan habiskan ye. Sapu seluruh wajah dan juga leher.

CUTI PANJANG TAHUN 2020

Assalammualaikum semua. Baru 4 Januari 2020 tapi dah 'usha' terus tarikh cuti-cuti yang bersambung untuk holiyeay. Maklumlah tahun 2020 adalah TAHUN MELAWAT MALAYSIA. So jom lah kita semua ramai-ramai fokus untuk melawat segenap sudut negara kita sendiri. Lupa kolin nak buat satu entri pasal tempat menarik di Pekan, Pahang. Janji pada semua, lepas entri yang ini kolin akan share semua 'travel' yang 2019 tak sempat kolin tulis. Ada pergi kundasang pun tak tulis lagi. Jadi untuk entri kedua tahun 2020 kolin nak kongsi dengan korang semua tarikh-tarikh yang boleh kita plan dengan yang tersayang untuk holiyeay!



Bermula dengan cuti tahun baru 2020 dah boleh bercuti sambung. Masa ini kolin sendiri cuti uruskan persekolahan anak-anak. Manakala end of month akan ada perayaan tahun baru cina menyaksikan cuti dari hari sabtu, ahad dan membawa ke hari isnin. Sudah tentu masa ini banyak yang balik kampung dan sure jalan jem sesangat time ini.


AZAM TAHUN BARU 2020

Assalammualaikum buat semua pembaca kesayangan. Di kesempatan ini kolin nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2020. Dan sudah tentunya semangat tahun ini kolin nak terus update blog hari-hari hahaha. Sebelum ini agak culas sebab sibuk sangat dengan kerja hakiki. So lupa hobi kolin yang suka menulis blog. So korang lepas ini jangan lupa singgah blog kolin hari-hari sebab kolin nak share story hari-hari. Penuh kan dengan perkataan hari-hari tuuuu. So bercerita pasal tahun baru memang kena ada azam baru. Sebab apa kena ada, supaya kita ada fokus dan target. Baru lah kehidupan kita tersusun dan teratur. Fokus kolin ada dua untuk tahun ini, nak menyimpan duit dengan lebih lagi dan kolin niat sangat nak ke menunaikan umrah. Well kalau korang nak tahu, tahun 2020 ni genap la umur kolin 40 tahun. Di usia begini, walau young in heart, tetap mencari kedamaian jiwa yang satu tu lah. Doakan untuk kolin ya.