Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Pakej Bufet Ramadhan di Me'nate Steak Hub

Assalammualaikum dan salam sejahtera korang semua. Me'nate Steak Hub dah terkenal pun kat Malaysia ini dan ianya lebih kepada masakan barat. Tapi untuk Ramadan kali ini, mreka tidak ketinggalan memeriahkan lagi untuk korang memilih tempat berbuka puasa. Promosi mereka yang menyajikan sehingga 40 menu hidangan sudah pastinya dapat memuaskan hati sekeluarga berbuka di Me'nate Steak Hub. Pakej Bufet Ramadhan untuk RM79.90 untuk dewasa dan RM39.90 untuk kanak-kanak. Manakalah untuk yang berumur 5 tahun ke bawah percuma !




Mengekalkan konsep tradisi, Me'nate menawarkan menu steak dan barat dan sebagai sajian utama ialah Istimewa Kambing Golek untuk semua pengunjung setia. Selain itu ada juga Nasi Briyani, Nasi Tomato, Mee Kari, Laksa, Mee Goreng/ Kuew teow Goreng dan pelbagai kuih muih tempatan.  Selain itu kalau anak-anak yang suka spaghetti, pasta atau pizza pun sesuai lah datang berbuka kat sini. Mesti suka meat ball dan chicken wing juga kan. Kat  Me'nate memang ada hidangan tu tau. 




















Bagi yang tak mahu bufet Ramadhan, korang nak makan steak aje boleh lah datang selepas jam 8.30 malam ye. 

Kenapa datang selepas itu, sebab mereka beroperasi seperti biasa selepas itu dan ada lah menu ala carte yang boleh korang order. 

Untuk tahun ini, fokus kepada pengemar daging premium, Me'nate menawarkan pakej Family Platter untuk korang. Ada dua iaitu Set A Premium Family Platter untuk 5-6 orang berharga RM450.00 atau Set B, Super Premium Family Platter untuk 5-6 orang RM650.00 sahaja. Yang set B tu ada lah Wagyu tuuuuuu

Dan untuk korang yang order set ini boleh makan hidangan buffet pemanis mulut atau dessert lah. Dan kali ini istimewa sangat apabila Me'nate melantik dua selebriti bersemut manis iaitu Elly Mazlein dan Shukri Sahar sebagai IKON ME'NATE.


Dan buat yang tak tahu, Me'nate ada 5 cawangan yang terletak di Setapak, Bangi, Ampang, Shah Alam dan jua Johor Bharu. Buat korang semua mari lah beramai-ramai berbuka puasa di Me'nate dan rasai lah kemewahan daging premium yang ada di sini. Masa kolin pergi tu, melepak dengan kak anie dan si emmy hahaha. Ini lah dia perangai bila duk berjumpa!! Korang jangan lupa set berbuka dengan kawan-kawan dan yang tersayang kat sini okay!



Terima kasih Me'nate Steak Hub sudi jemput preview !!! Love it 


Love, 

Kolin Zainal 

2 comments:

  1. Saya suka hotel ini kerana baru-baru ini, saya melawat sini jadi makanan itu sangat lazat dan saya telah menang hotels.com promo code

    ReplyDelete

loving me..loving you