Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Seminar Pemasaran Online Anjuran Sahabat Zakat PPZ- MAIWP

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Seronok dan teruja !! Itu yang boleh kolin katakan  masa nampak Sahabat Zakat PPZ-MAIWP berkongsi mengenai ini. Inilah untungnya jadi Sahabat Zakat dan berzakat dengan Pusat Pungutan Zakat Wilayah. Kolin memang tercari-cari kelas macam ini. Maklumlah, berapa kita boleh bekerja, berapa lama kita boleh berblog begini. Satu hari nanti memang menjadi impian kolin untuk buat satu perniagaan. Kalau bukan 'offline' kolin target 'online'. Kita tak nafikan lah sekarang semua orang membeli belah di alam maya. Kalau tidak masakan lah pelbagai platform e-commerce yang muncul macam cendawan selepas hujan kan. So sabtu yang lalu kolin berkesempatan hadirkan diri ke seminar ini. 




Korang ingat yang hadir seminar hari tu cikai-cikai ker. Kolin sendiri terperanjat tau. Sebab yang hadir yang memang tauke bisnes yang memang dah maju dah kaya. Tapi kenapa mereka masih luangkan masa dan hadir tu buat kolin kagum. Terus terang bisnes yang kolin nak jalankan belum tahu lagi arah tujuan pun wei. Masih mencari-cari produk yang terbaik, ada yang kata teruskan sahaja dropship tak perlu jadi produk owner pun tak pe. Tapi itu lah, kena ada ilmu juga lah kalau nak jadi agen dropship kan. Nak main rempuh pun beragak-agak juga. Sebab ramai dah berjaya tau, berjaya berbisnes online sahaja. Kalau tauke bisnes pun datang seminar macam ini, kenapa kita tak mahu kan. Tak ada bisnes tak per korang, datang dan timba ilmu. Timba ilmu dan kita belajar sampai mati. Kalau sebelum ini pernah ke kelas lain kan, tak pe datang pula ke kelas Saudara Raja Safuan ini. Mungkin korang dapat kutip ilmu yang lain juga kan. 



Walaupun kelas tu sekejap sahaja, tapi sangat membantu. Penceramah mengajar pelbagai tips untuk memantapkan lagi bisnes online. Lagi best, saudara Raja Safuan ini sangat santai. Korang boleh tanya terus kalau ada masalah apa-apa. Siap ajar buat FB Ads, siap bagitau masa bila terbaik untuk post up. Lagi syok masa yang tak bagus pun dia bagitahu. Haa..mana nak dapat dengan yuran RM30 sahaja tau. Mana yang belum jadi Sahabat Zakat cepat-cepat lah jadi sahabat. Banyak lagi aktiviti yang bakal mereka jalankan nanti. 


Terima kasih Sahabat Zakat PPZ-MAIWP, ada rezeki kolin join lagi ye. Memang tak rugi, korang kalau nak join komen bawah okay. Tinggalkan alamat email korang untuk kolin share berita nanti tau.

Salam Sayang,

kolin zainal 

2 comments:

loving me..loving you