Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) dari PPZ MAIWP

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Skim potongan gaji melalui gaji atau lebih dikenali Skim Thohir  telah kembali tau. Hari ini Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ- MAIWP) telah melancarkan kembali KEMPEN SKIM POTONGAN GAJI ZAKAT ATAU SKIM THOHIR 2018. Skim Thohir ini bakal berlangsung selama 4 bulan dari 1 Julai sampailah 31 Oktober 2018. Tahun lepas lagi sebenarnya dah lancarkan kempen ini tau. Disebabkan tahun lepas dapat sambutan hebat, tahun ini  usaha ini diteruskan bagi menarik semua orang berzakat. Berzakat kalau nak pergi kaunter, tiap-tiap bulan nak online kan susah. Kali ini senang, korang buat potongan gaji aje terus. Terus tetiap bulan tanggungjawab zakat dapat dilaksanakan. Antara syarikat swasta yang dah mula mengalakkan kakitangan mereka berzakat melalui potongan gaji ialah Malakoff, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kementerian Asas Tani, Touch & Go Sdn. Bhd dan Telekom Malaysia Berhad. Best kan...harap lebih banyak lagi majikan yang benarkan kakitangan mereka buat potongan gaji dan join skim thohir ini.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPZ- MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, bagi memeriahkan lagi skim yang dilancarkan hari ini, mereka turut menerima hadiah tajaan yang menarik bagi yang menyertai skim ini. 10 hadiah percutian menarik tajaan Five Estec Travel Services Sdn. Bhd ini ada tajaan menunaikan umrah yang hampir bernilai RM28,000.00. Dan kalau korang yang nak sertai, mana lah tahu kan bertuah nanti. Pemenang akan diumumkan semasa Karnival Zakat pada bulan November akan datang. Jadi nak tunggu lagi ker, dah lah dipermudahkan urusan zakat, lepas tu ada tajaan pelbagai hadiah lagi. 

Ini semua bagi memeriahkan dan memberikan galakan kepada orang ramai yang masih rasa keliru atau mungkin susah nak menunaikan rukun Islam ini kan. Sekarang senang tau ! Tak payah tangguh, dapat gaji, zakat dipotong sekali. 




Kempen yang telah dilancarkan dengan penuh meriah tadi sememangnya bakal memberikan semua orang lebih banyak informasi daripada PPZ-MAIWP. Korang kalau rasa keliru, atau masih tak faham fungsi mereka sila lah ke laman web www.zakat.com.my . Kali ini mereka sasar seramai 4,000 kakitangan akan membuat potongan gaji zakat sepanjang kempen berlangsung tau. Kalau nak kira zakat boleh klik laman web, nak ke 11 kaunter mereka pun boleh, nak call pun boleh Talian Zakat 1300 88 5757 ataupun boleh sahaja terjah kaunter-kaunter bergerak mereka. Syarat pun mudah, nak potong atau nak tambah potongan zakat korang hanya mengisi Borang Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) melalui laman web, kaunter, kaunter bergerak atau melalui majikan masing-masing. Punyalah mudah nak sertai kempen yang paling penting kita dah jalankan kewajipan. Kolin rasa semua usaha menyeru masyarakat berzakat ini adalah mulia sangat. 




Lebih banyak zakat, lebih banyak kita dapat bantu golongan asnaf. Korang mungkin tak perasan, atau mungkin mempersoalkan mana wang zakat disalurkan. Itu kolin cakap, buka laman web mereka atau follow Facebook atau IG mereka www.instagram.com/pusatpungutanzakat di situ segala maklumat yang korang tertanya-tanya itu akan terjawab. Jadi sebelum korang serkap jarang atau mengatakan itu ini mengenai institusi zakat, kita semak bebetul tau. Zakat ini hanya 2.5% sahaja dalam harta kita, tak banyak pun. Buat yang masih tidak pernah bayar zakat, tak pernah terfikir nak bayar zakat. Ambil peluang masa ini, kempen Skim Thohir 2018 yang berlangsung sampai 31 Oktober 2018. Kakitangan mereka sedia membantu korang tau. Terima kasih PPZ- MAIWP kerana memudahkan kami semua berzakat. Harapan kolin semua yang baca entri ini dan ambil pendekatan untuk mulakan berzakat. Kalau korang sudah, ajak lah kawan-kawan lain dan terangkanlah betapa mudahnya berzakat dengan Skim Thohir. 



Tahniah buat semua warga Pusat Pungutan Zakat PPZ-MAIWP kerana berjaya melancarkan kempen ini dengan meriah hari ini. Bersyukur diberikan kesempatan hadir sama dan menyebarkan perkara yang penuh kebaikan ini. Follow FB mereka untuk lebih banyak video serta live manakala IG mereka untuk lebih banyak informasi okay.

Love,

Kolin Zainal 

2 comments:

  1. Zakat ni penting kan.. rugilah kita tak menggunakan kemudahan yang ada untuk laksanakan tanggungjawab diri untuk masyarakat dan agama.

    ReplyDelete

loving me..loving you