Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Bersempena Birthday Shopee yang Kedua : Jom undi video parodi kegemaran anda dan menang RM500

Assaalammualaikum dan salam sejahtera

Berita baik buat kaki contest dan juga pembeli tegar Shopee.  Bermula dari 27 November sehingga 14 Disember 2017, platform eDagang terkemuka di Malaysia bakal mengadakan pertandingan Undi Parodi Influencer Kegemaran semua bersempena ulangtahun mereka yang kedua. Dalam pertandingan yang bakal dijalankan ini, 3 orang influencer kegemaran Malaysia akan berkongsi video mereka yang diterbitkan berdasarkan parodi iklan television rasmi pertama oleh Shopee. 

Tiga influencer tersebut ialah M.C.R atau Mak Cik Roast-Mah (Arwind Kumar) yang terkenal dengan rambut kerinting dan ayat pick up line dia 'sunat you?'. Yang kedua ialah Kak Leh Bunting atau (Faiz Dickie) yang glamor dengan Komuniti Village People dan yang ketiga ialah Lizz Chloe yang merupakan DJ Radio dan jua seorang model. Haa nak tengok video mereka korang perlu ke sini https://shp.ee/a32nusf
 


 Lepas dah tengok ketiga-tiga video parodi tersebut, korang boleh lah buat undian korang di https://shp.ee/d9hev8q

Dan paling best dengan menyertai peraduan yang simple dari mereka ini korang berpeluang memenangi RM500 tunai setiap minggu tau. Jadi bukan susah pun, mana lah tahu rezeki korang memang RM500. Hadiah di tawarkan tu mingguan lak tu. Memang wajib join lah kan.  Pemenang akan diumumkan pada 2, 8, 15 dan 22 Disember 2017. Jadi mula join peraduan dari Shopee cepat-cepat dan sebarkan benda baik ini pada semua kawan okay. Suami pun kita suruh join jugak tau, mana tahu menang boleh kita pergi shopping nanti hahahahah. RM500 siapa nak bagi oiiii..banyak tu

 Jangan lupa muat turun aplikasi Shopee secara percuma menerusi App Store atau Google Play secara percuma okay. Shopee mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan kini menjadi antara yang terbaik di Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Untuk korang yang nak tahu maklumat lagi pasal peraduan ini sila lah ke laman web ini




Banyak peraduan yang bakal dijalankan korang wei.. So jangan malas, gunakan segala medium yang kita ada dan mula menang semua ini. Rugi tau kalau tengok aje, baca aje tapi tak join. Tuah di ayam nampak di kaki, tuah kita mana tahu menang besar.

So korang follow rapat-rapat Shopee dan good luck !!!

Love, 

Kolin Zainal  

REVIEW: Nusa Holiday Village - Episod Akhir !!!!

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Dah entri terakhir dah untuk pengalaman kolin 4 beranak ke Taman Negara Pahang. Siapa cakap budak-budak tak boleh pergi Taman Negara. Nahh ini dia review kolin buat korang yang ada perancangan untuk mengembara di bumi Malaysia. Jangan lupa klik dan baca okay. Yang tak faham, sila lah komen. Kolin sure balas sebab kita memang sokmo free hahaha


Pemandangan waktu pagi yang berkabus


 Bila dah penat sebelah siang, aktiviti malam kami hanyalah makan malam dan berehat. Maklumlah esok pagi dah nak balik dah kami. Malam tu kami makan malam dan anak-anak kami menyertai aktiviti malam yang ada di sini. Malam tu mengaduh nasib lah kaki lenguh, badan sakit-sakit. So inilah dinner terakhir kami yang disediakan oleh pihak resort. 




Buat pengetahuan korang, di Nusa Holiday Resort ada aktiviti untuk anak-anak sahaja. Di sini mereka dijaga dan diberikan pendedahan mengenai alam sekitar. Malah mereka pun ada juga jungle night walk, rapid shooting dan juga melawat kampung orang asli. Lagi best mereka di berikan pengalaman baru iaitu mewarna mengunakan batu sungai. Kalau korang nak tahu batu sungai di sini istimewa. Ada warna-warna yang boleh korang hasilkan. Jadinya kalau nak conteng muka ka, badan ka memang lah boleh. Jadi mana yang pak mak yang nak hantar anak-anak kat sini pun boleh. Mereka duduk la dorm beramai-ramai dan ada juga aktiviti di surau bersama ustaz yang ada.



Dan hasilnya anak-anak kolin dapat lah sijil penyertaan. Esoknya kami bersarapan buat kali terakhir dan anak-anak mandi lah sungai. Maklumlah sungai tak jauh pun dalam resort aje. Kami bertolak balik tengahari tu, sempat kolin singgah foodcourt yang ada di pekan untuk mencuba ikan patin masak asam rom. Rupanya masakan ini mengunakan biji getah dalam penyediaan ramuan. 

Ini pula sarapan pagi terakhir kami pada hari tu.


Sebelum balik sempatlah selfie kat pagar masuk resort. Selamat Tinggal NUSA HOLIDAY VILLAGE. Ada rezeki kami sekeluarga datang lagi dan mengembara sisi lain hutan di Taman Negara Pahang. Percutian sekeluarga yang sangat manis dan sukar dilupakan. Sebab masa kolin menaip entri ini pun anak-anak masih bercerita pasal pengalaman kami bersama kat sana. 


Bersama pengurusan resort


Tak semestinya nak bercuti tempat mewah kan. Kadang-kadang tempat beginilah lagi memberikan kenangan yang sukar dilupakan. 

Terima kasih kepada pihak pengurusan resort yang melayani kami sekeluarga. Semoga review dari blogger picisan macam kolin ini memberikan sedikit informasi buat korang semua. 

Jumpa lagi !

Love, 

Kolin Zainal
 

REVIEW: Makan Durian di FRENGKY DURIAN AMPANG

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Semua orang kalau cakap pasal DURIAN mesti meleleh air liur kan. Pada kolin siapa yang tak makan rugi hahahah. Ada aje kawan yang memang tak suka makan durian. Tapi buat kolin lah, adalah satu kenikmatan bila dapat makan Raja Buah ini. Dulu ingat lagi RM10 dapat 3 biji. Dan kalau kualiti yang elok tu pun tak lah mahal sangat. Bila musim durian tu selalu makan bubur durian cicah roti. Kalau dah musim tu memang sebulan tu rumah asyik lah penuh tong sampah dengan durian. 

Tapi zaman 2017 semuanya berbeza. Durian dah lain nilai komersilnya. Mahal wei...memang terkejut bila tanya durian kampung yang biasa tu pun dah RM25 sekilo. Tapi disebabkan kolin dan keluarga teringin, hujung minggu yang lalu kami pun ke Ampang. Memang kat area Taman Dagang ini banyak tau gerai-gerai tepi jalan yang menjual durian. Dan tips kolin kalau nak makan, beli dan makan di situ. Bukan apa dah la mahal, so kalau masa kat sana durian yang kita pilih tu busuk, tak masak betul atau apa sahaja peniaga itu akan ganti semula. Itulah yang terjadi masa kolin makan di FRENGKY DURIAN. Pakcik yang melayani kolin dan suami memang baik sangat. Alhamdulillah di temukan dengan peniaga yang sangat jujur dan sopan santun. Kebetulan D24 yang kami pilih tu agak keras di sebelah bahagian. Tapi pakcik ganti dengan durian yang lain dan sedap tau. Syukur sangat..itu yang kolin berkongsi ini. Sebab kita memang mencari peniaga yang sebegini. Tapi kalau durian tu elok semua korang jangan lah mengada nak minta ganti pulak ye.
Sian pakcik yang meniaga tu tau !!





Di sini ada banyak jenis durian. Untuk kolin suka yang pahit-pahit tu. Tapi suami suka yang manis-manis. Sudahnya tak mau musang king, kita amek D24. Walaupun suka durian sangat-sangat tapi kolin bukan boleh makan banyak pun. So sebijik durian cukup untuk kami sekeluarga yang baru lepas makan nasi hahahahahah.




ini lah cik timah kita

Selain dari pelbagai jenis durian yang pakcik ni jual, mereka jua menyediakan cendol yang super sedap. Sedap weiii cendol pulut mereka. Dan kalau korang nak cendol durian pun boleh. Jadi hujung minggu nanti boleh lah bawak keluarga lepak makan kat sini. Dah gaji pun kan, sesekali belanja makan sedap. 


tu dia makan cendol jemaah anak banak


Buat yang menetap di KL dan mencari tempat durian yang berbaloi. Kolin cadangkan korang ke FRENGKY DURIAN yang terletak di Ampang okay. Nak senang lagi korang boleh lah call pakcik ini di 011-2773 9628. Mana tahu korang nak beli sebakul musang king kan. 


Lepas makan durian, kolin ke Taman Tasik Perdana berjalan hahahah. Iye lah dah makan banyak tadi kenalah burn kalori. Ke taman bukan jogging aje, tapi kalau korang berjalan pusing satu taman pun satu senaman tau. Nanti kalau ada tempat makan menarik lagi kolin kongsi okay. 




Love, 

Kolin Zainal 

EVENT: Pengalaman ke Karnival Upin & Ipin 2017 di MAEPS Serdang bertemakan #upinipinluarbiasa



Assalammualaikum dan salam sejahtera


Bertuahnya permulaan cuti sekolah tahun 2017 apabila kolin dan anak-anak turut hadir sama di Karnival Upin Ipin 2017 yang diadakan di Hall A dan Hall C MAEPS Serdang. Bermula dari 24 November sehingga 26 November yang lalu.  Kolin dan anak-anak berpeluang ke sana , sabtu 25 November dan tak sabar sangat nak berkongsi dengan semua yang sudi baca entri kolin ni apa yang ada kat sana. Tiket boleh dibeli secara online ataupun datang sahaja di MAEPS Serdang Hall C dan beli di sini. Ada dua Hall yang kolin pasti menjanjikan pengalaman yang super menarik buat anda sekeluarga. Ini harga tiket yang ditawarkan di sini. Kali ini karnival ini berlangsung untuk 3 hari hopefully nanti mereka buat seminggu kan. Boleh lah korang yang jauh pun datang sama kan. Pepagi kami anak beranak dah sampai sini dulu. 





Yang beli tiket untuk kedua-dua hall, korang akan dapat buku kecil tau. Dalam buku tu ada lima (5) aktiviti iaitu Upin & Ipin Laksamana, Upin & Ipin Detektif, Upin & Ipin Robot, Upin & Ipin Pin Pin Pom dan Upin & Ipin Luar Biasa. Lengkapkan kesemuanya dan korang akan dapat medal Upin & Ipin istimewa tau. Maknanya kalau lengkap semua, korang dan anak-anak akan bawa pulang 5 medal tau. 

Kolin dan anak-anak bermula di Hall C. Ada pelbagai aktiviti yang menarik menanti. Ini antaranya yang boleh kolin kongsikan. Ini kolin dan alisa di Tadika Mesra. Sini banyak spot untuk bergambar tau. Kebanyakkan semua 3D, nasib kolin baik ada photographer terjun si Ali Imran.




Ini lah rumah opah, sebijikkk sama dalam kartun tu


Di Hall C, boleh tengok dinasour juga.





Ada pertunjukkan robot menari dan pelbagai lagi aktiviti yang ada buat kanak-kanak. Memang penuh dengan kejutan di Hall C. Wayang kulit pun ada juga.
 

Yang ini nenek kebayan muncul di cermin. Masa tu ingat tak ada apa, memang anak kolin si Alisa melompat ketakutan masa tengok yang ini. Agak menakutkan lah..Rasa kolin ini adalah episod baru Upin & Ipin Luarbiasa yang bakal menampilkan pelbagai unsur magikal nanti. 

 




 Aktiviti mewarna kat dinding ini memang best. Semua anak-anak boleh duduk dan mewarna mengunakan marker yang dibekalkan. Leka anak kolin duduk sini mewarna. Sejam juga lah teman mereka berkarya kat dinding ini.



Ini pula sesi bertanya bersama Kak Ros. Banyak hadiah yang boleh dimenangi tau, cuma perlu masuk sahaja aktiviti yang mereka sediakan. Itu yang kat Hall C, itu pun dah separuh hari kolin duduk dalam ini. Dengan aktiviti menanam pokok pun disediakan di sini. Bayar sahaja RM5 dan anak-anak boleh merasai pengalaman menanam pokok sendiri dan bawa pulang. Memang berbaloi. Selesai di sini kami terus ke Hall A pula. Banyak betul nak explore!




Hall A tidak kurang hebatnya dengan jadual aktiviti yang sungguh padat. Tambahan pula dengan pelbagai booth yang dibuka untuk pengunjung. Sempat kolin semak status criss kolin di booth Bank Negara, semak penyata SSPN anak dan pelbagai lagi. Kalau nak beli makanan pun ada juga di dalam Hall A, pendek kata di sini semua lengkap aktiviti untuk para ibu bapa dan jua anak. 



Haaa tengok tu betapa ramainya peminat Upin & Ipin kan. Penuh orang ramai di Pentas Utama yang menjanjikan pelbagai hiburan. Kolin pun melepak sama di ruangan pentas ini sebab nak tengok pertunjukkan Persembahan Puteri Limau, Persembahan pada Zaman Dahulu, Persembahan Upin & Ipin Luar Biasa, Ultraman Ribut, Upin Ipin The Musical dan banyak lagi. Semuanya memang jadi tumpuan di bahagian depan ini lah. 


melepak tengok show atas bean bag...selesa betul







Anak kolin pun turut sama masuk peraduan. Masa ini Alisa dikehendaki menyanyi lagu Pada Zaman Dahulu dan menang cup cake bersempena Hari Lahir Si Kancil. Berani betul budak zaman sekarang kan. Tapi kan bukan nak cakaplah, semua hasil keluaran dari Les' Copaque kan memang mendapat tempat di hati anak-anak. Cepat betul tangkap semuanya. 


 Alisa dan Susanti





Ini pula persembahan yang menakjubkan dari Ultraman Ribut dan Raksasa. Masa ni memang gegak gempita satu dewan lah. Pertama kali kolin jumpa Ultraman uolss hahahahha. Bukan anak-anak aje seronok sekali dengan mak budak pun tumpang seronok. Sekali terkejut keluar raksasa besar weiiii..


Dapatlah anak dara kolin yang super excited nak jumpa Upin & Ipin ni bergambar bersama. Memang bagus lah karnival macam ini. Selain persembahan pentas korang juga boleh buat pelbagai aktiviti yang ada di Hall A. Antaranya menjadi PUTERI !!!!

 tunggu giliran untuk di layan

 Ini pula pilih tiara yang mana satu nak dan kemudian baju puteri warna apa yang diingini.

 dah dapat dah...warna kuning dia pilih. Selalu pink dan purple, tak tahu kenapa hari ini dia nak kuning. Mungkin dia dah tahu kuning warna diraja kut. 

 Buat face painting

 tu laa dia..PUTERI hahahhaa


Inilah dia puteri jinjang hahaha. Baguskan, seronok bebudak ada aktiviti macam ini. Aktiviti ini dikenakan bayaran sebanyak RM50 untuk semuanya pakej lengkap. Yang penting anak suka !

Kalau anak bujang pula aktiviti bermain dengan VR, membuat robot dan bermain games. Bukan laa aktiviti perempuan aje ada.
Memang seimbang aktiviti kat sini. Anak lelaki ada, anak perempuan pun ada, budak kecil pun ada.











 Inilah dia pengalaman kami seharian di Karnival Upin & Ipin 2017 yang bertempat di MAEPS Serdang. Harapnya karnival macam ini adalah lagi kan. Buat korang yang nak tengok update terbaru mereka boleh lah klik follow instagram mereka www.instagram.com/upinipinofficial 





Terima kasih Les' Copaque untuk pengalaman ini. Permulaan cuti sekolah 2017 yang terbaik setakat ini!! Memang banyak sangat gambar yang kolin nak kongsi lagi sebenarnya. Tapi pendek cerita memang best sangat. Tak rugi kalau ada lagi karnival Upin & Ipin di masa akan datang kita pergi sekeluarga. Aktiviti penuh dari pagi sehingga ke malam tau. Harap ada peluang lagi laa..Selamat Maju Jaya buat penganjur !

Love, 

Kolin Zainal