Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Suria City Hotel, Johor Bharu - Imran Birthday Getaway

Assalammualaikum

Percutian kali ini adalah untuk ali imran birthday getaway. pada masa september lalu, alisa maisara kami bawa ke port dickson, tapi untuk ali imran ke JB dan Singapore. So kami bertolak agak lewat dari jinjang dan akibatnya jem semasa di seremban. Suami bercadang masuk putra mahkota dan keluar di nilai, di dalam perjalanan kami singgah makan tengahari di satu restoran. dan restoran tu memang sedap dan tak menyesal berhenti kat situ ok. segala lauk dan binatang ada semua buat masak lemak cili api..meletupsss!!! sedap bangat..malangnyer nama kedai dan semua gambar lauk pauk abis missing dalam bbery kolin yang dah nak jahanam ini. benci aku laa

anyway lepas habis makan tengahari kami memulakan perjalanan ke selatan. disebabkan hujan dan banyak kenderaan kami sampai hampir jam 9 malam. oh my god, penat nyer tak terkira kooo
di tambah pulak kami sesat mencari hotel di bandaray JB. Hotel Suria City Hotel yang terletak bersebelahan hotel bluewave ini pun kami tak jumpa. Last sekali ada seorang penunggang motosikal membantu kami. Alhamdulillah pukul 10.30 malam sampai hotel..waa nangis oo

Sesampai di hotel, pihak hotel kata ada call aku jam 8 malam untuk mengesahkan tempahan. helloo..hp saya melekat di tangan tak tiada panggilan masuk pun dari pihak hotel. nasib baik tak full house dan kami sekeluarga dapat lah cek in di deluxe puteri. View yang kami dapat mengadap woodlands...oh great..boleh jadi panduan untuk kami ke kota singa esok..
well bilik hotel, kecik aje untuk deluxe, kami memang sengaja minta twin bed. well tv versi lama yang gemuk tu, aircond pada mulanya memang tidak berfungsi dengan jayanya. dan toilet ok lah. dan hotel ini memang mengambarkan tiga bintang. untuk sarapan pagi pula, hotel ini tidak mempunyai banyak pilihan. dan paling mengecewakan, kolam renang hotel ini tidak attached dengan bangunan bilik. so kita terpaksa melintas jalan untuk ke bangunan sebelah. Ianya berbeza dengan hotel yang kolin menginap di Cherating iaitu Suria Beach Resort. Buat pengetahuan semua, kolin ke hotel ini untuk review bagi mengadakan kursus di masa hadapan. But for JB...not this hotel lah..sorry..

ok done with hotel review....

 dinner time, anak anak memang dan kelaparan dan penat. so jumpa bawang merah bistro mengadap laut. melihat pada menu banyak ikan bakar dan ada set jugak. so kami amek set dan kerang bakar. 

alisa makan nasi kosong ngan udang berempah aje

sory gambar agak kabur..

selesai makan ni semua bil kami RM75.00 ok..wah sangat terkejut. giler mahal, kerang yang banyak kulit dari isi tu RM10 sepinggan. tu lah penangan restoran di JB yang mempunyai pelanggan dari Singapore kan..dema duit besar. ada dema kesah!! tapi aku pelancong tempatan kesah ok!!

udang berempah telur ni memang sedap!!

anyway memang mahal lah..
so kalu ada duit lebih bole lah cuba..betul betul tepi jalan mengadap laut tu..


bersambung....

2 comments:

  1. hamboi dh dpt henfon, dpt gi bercuti lg si Imran ni.. Jeles auntie !!

    ReplyDelete
  2. alah auntie berjalan pun kami duk jeles ni tau hahahha

    ReplyDelete

loving me..loving you