Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Deer Land Kuala Gandah

Assalammualaikum

Selesai tengok gajah, kami terus keluar dari situ dan membelok ke arah Deerland yang ada di papan tanda jalan sebelum masuk ke tempat gajah ini. Dalam 2 kilometer melalui jalan yang agak sunyi dan kiri kanan hutan kami pun sampai lah di kawasan ini. Kawasan parking agak senang, mungkin tidak ramai mengunjungi tempat ini pada hari kami pergi..iaitu ahad ye.




Di tempat melawat gajah tadi memang tidak mengenakan apa-apa bayaran akan tetapi di sini mengenakan RM6 untuk seorang dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Kami diberikan sticker dan kupon untuk memberi makanan kepada haiwan di sini.

perjalanan masuk pun dimulakan..semasa masuk di dalam kawasan ini banyak tumbuhan herba yang kami jumpai. Suami dan kolin adalah peminat pokok, so memang tak heran kebanyakkan pokok kami kenal dan suka sangat nak tanam ye.

sepanjang jalan untuk melihat rusa ini ada haiwan haiwan lain yang dibela di dalam ini. ada ayam hutan, burung-burung yang susah dijumpai dan ular pun ada.

sesi bagi rusa makan pun bermula. sekali lagi anak-anak melarikan diri kerana takut. kami dibekalkan dengan dua mangkuk ubi keledek untuk memberi makan kepada rusa-rusa di sini. Mereka di berlakon macam super kebulur sangat-sangat tau.


nak pegang ular sawa albino pun ada tau..boleh la untuk sesiapa yang tak geli tu. 
kalu kolin..ampun ler..laki aku ni tiap2 kali nampak ular nak pegang saja hihi


last sekali kami p melepak tengok itik comel kata si imran.
deerland ni tak banyak aktiviti pun bole buat. untuk bayaran RM6 tu hanya tuk makanan si rusa kut. rusa dia memang banyak, tapi yang kebulur tu..ada laaa
tepi tepi tu untuk kita bagi makan siap gaduh gaduh kooo

so sesiapa yang suka nature macam ni sila lah ke tol lanchang dan follow papan tanda ke sini yaa

selamat berjimba


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you