Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Spore day trip - Ali Imran Birthday Getaway

Assalammualaikum


so masa sampai kat imigresen spore tu kami dikehendaki mengisi kad berwarna putih untuk dikepilkan bersama pasport. selesai urusan cop pasport, kami segera ke bawah untuk menaiki bas yang sama kami naiki. malangnyer kami terlambat, dan terpaksa menunggu bas yang sama untuk ke stesen MRT Marsiling. dinasihatkan tiket harus disimpan untuk pemeriksaan semasa menaiki bas nanti. Dan mula lah perjalanan kami untuk menaiki MRT di Spore.

Masa sampai di MRT tu, perkara pertama kami mengambil peta perjalanan MRT. ini bagi memudahkan perjalanan kami seharian di kota singa ini. Pada bulan februari lalu kami ke kota singa untuk universal studio dan merlion park dan berjalan sekitar bandaraya. kali ini kami ingin ke tempat yang selalu disebut. Little India dan Chinatown of Singapore. 

So dari MRT Marsiling kami harus menempuh berbelas stesen untuk sampai ke Little India. Siap transit di Dhobi Gout. Sebab di spore MRT mereka sangat mudah dan pantas, lagi pulak ada 3 laluan utama yang kita kene pandai tengok lah.

stesen Marsiling

gambar kabur ajee

perjalanan yang berbelas stesen itu telah menyebabkan alisa maisara dan ali imran mengantuk lalu mereka pun terlelap lah sementara nak sampai ke Little India tu.

lisa sleep

imran sleep too

well sesampai di Stesen Dhobi Gout kami terus bertukar LRT ke Little India. Sesampai kat situ, hujan renyai renyai pulak. kolin cuma bawak rain coat takde payung. tapi tak lebat so kami pun mcm relaks lah, anak anak semua pakai topi hihih. tapi perut dah lapar minta di isi walaupun tadi dah makan KFC.  So masa pusing pusing di Little India dan melihat-lihat apa barangan yang dijual, culture dan berbagai gadjet elektronik boleh didapati di sini. Dan harganya boleh tahan lah. kain sari pun cantik-cantik. memang kalau kita bekerja di sini dalam gaji SD memang murah lah kalu berbelanja.

anway perut lapar, nampak aje satu restoran halal makanan ala masakan India kami pun masuk. Kolin pesan briyani ayam dan suami briyani kambing. Ali imran pula roti prata (roti canai). Tak mahal mana pun SD7.50 untuk nasi briyani dan roti prata tu dalam SD1.20 sahaja. Kalau sibuk duk convert memang lah kome tak payah makan lerr hahaha..



portion nasi briyani yang agak besar jugak ler yang disediakan di restoran halal ini. Kolin dan suami pun suap lah anak anak bagi perut mereka kenyang tuk berjalan jalan lagi. maklumlah bila hop in hop off public transport ni memang agak penat. Tapi kami bercadang untuk chill aje pada trip kali ini.

Selesai makan kami pun pusing lagi lah town little india nih..memang semua bangsa india. tak nampak bangsa lain pulak ye..hahahha. Dah puas pusing pusing kami pun berjalan lah menuju ke stesen bas untuk ke China Town of Singapore pula. Agak jauh juga berjalan sebab di sini banyak satu hala, so nak ambil bas arah bertentangan harus ke jalan yang bertentangan lah. Lagi pulak kami dapat tahu Little India dan China Town agak jauh antara satu sama lain. So masa di little india ada yang berkenan tapi tak beli sebab malas nak pegang barang. Jom ke China Town mana tau sana banyak yang boleh dibawa balik untuk souvenior.

papa dan ali imran

jom naik bas!!!...excited sebab 2 tingkat hahah

to be continued...


3 comments:

  1. betul jgk cakap kolin, klu dok sibuk nk convert matawang tu mmg spoil mood la kan, sape srh gatai g holiday kt obersi klu dok berkira sgt ngn currency.. hhihihhihi

    ReplyDelete
  2. yup....yg pasti simpan duit tuk emergency balik. masa kan sana jalan aje..makan, minum baru enjoy holiday. zura dah ke spore belum?

    ReplyDelete
  3. belom pernah g singapore.. teringin jgk..aritu smp JB tgk je singapore drpd jauh.. kena penuhkan tabung gajah dlu la nmpk nyer..

    ReplyDelete

loving me..loving you