Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Ali Imran Darjah Satu!!

Assalammualaikum
 
Hari ini dalam sejarah 31 Disember 2012 anak sulung aku melangkah ke tahun baru. siapa sangka dulu aku ni huru hara, sekarang dah ada anak yang ke sekolah. betapa bangganya aku dengan ali imran. imran yang bakal ke kelas 1 amanah, di sekolah kebangsaan La Salle 1 Jinjang U tara. Kedudukan sekolah dan rumah lebih kurang 2 kilometer, dan pastinya aku memang kena upah pengasuh dan van lah. sebab i am working mother sob sob sob..
 
 
so pukul 8.30 pagi kami semua diminta berada di sekolah untuk orientasi sekolah. aku sampai awal lah, biasa nak bagi good impression kat cikgu hahah. dan sampai aje kat sekolah semua tuju ke dewan sekolah bersebelahan dengan kantin. ali imran dan semua murid tahun 1 diminta beratur. selesai nyanyian negaraku dan bacaan doa, semua anak anak di minta masuk ke dalam kelas. kami penjaga dan ibu bapa, duduk lah dengar taklimat cikgu. banyak jugak info yang cikgu kongsikan. terutama masalah anak yang boleh membaca dan tidak membaca dengan lancar..mamy doakan yang terbaik buat imran.
 
selesai dengar taklimat, kolin siap ke kedai buku dan membeli semua keperluan ali imran. syukur, alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar. pada masa yang sama, cikgu sedang  menjalankan ujian terhadap semua murid yang hadir bagi mengenalpasti kelemahan murid murid. imran looks happy dan paling bagus sekolah ini semua cikgu peramah dan senang memberikan maklumat. so pendaftaran sekolah berjalan lancar..
 
air mata yang menitis cepat cepat kolin lap dengan tudung. malu siottt hahahhaha...anyway..betapa bangga nyer anak bujang sorang ni dah masuk sekolah. semoga baik baik aje dan jangan lah nakal sangat ye ali imran.
 
semoga dikabulkan cita cita mu, dipermudahkan segalanyer..sob sob...



 

 
 p/s: wait for wednesday..alisa maisara 1st day at kong ming kindergarden..uwaaaa
 


2 comments:

  1. be a good boy Ali Imran..how time flies...darjah satu sudah...

    ReplyDelete
  2. yup.darjah satu...darjah satu...darjah satu hihihi

    ReplyDelete

loving me..loving you