Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Kuala Gandah, Pahang

Assalammualaikum

Hari ahad 13 Januari 2013, kami memang baru balik dari Kg. Awah Jengka, kebetulan aku berkursus di Gambang, adik ipar bertunang di Pekan dan bertandang di Kg. Awah, Jengka. So Ahad..time to go home..anak-anak nak sekolah yee..

So masa nak balik teringin ikut jalan lama..so memang ikut jalan lama. Dari temerloh keluar mentakab dan kami hanya mengikut papan tanda yang tulis kuala lumpur..well tak akan sesat dan jalan dalam sangat ok to explore tau. FUN!!

so masa jalan-jalan nampak signboard "Elephant Reservoir and DeerLand" menyenget laki aku belok masuk hahah. Ini di antara tujuan kami lah, ikut jalan dalam untuk explore apa yang ada jeng jeng jeng. So akhinya sampai lah aku kat kuala gandah, nak tengok gajah oii...

apek

tulang gajah

perjalanan ke dalam kawasan ini memang ke dalam dan melalui perkampungan orang asli. Jalan agak sempit dan memang lalu di bahagian hutan lah, tapi jangan takut ..teruskan saja perjalanan anda. Sesampai di sana, kawasan parking sangat mudah dan tiada bayaran dikenakan tau. Semua pelawat dikehendaki mendaftar di kaunter bagi mendapatkan sticker. Sticker tu nanti lekat kat baju, mungkin untuk keselamatan kut.

so kami pun terus lah ke tempat menengok gajah...

 laki aku petik bunga wangi..bunga hutan kut..lawa landskap di sini

peace!

so masuk dalam kawasan tu..adalah taman herba bla bla..so nampak sungai di sebelah kiri kami. tapi paras sungai memang tinggi dan bendera merah dinaikkan so for sure tiada aktiviti mandi bersama anak gajah laa kan.

di sinilah anak anak gajah di simpan

ada makanan yang boleh kita beli dan bagi anak anak gajah ni makan. seronok tau

anak gajah!

ali imran yang lari hahahha..so papa dia pergi dapatkan ali imran..takut oii

sampai kene dukung ali imran..dia takut sangat

the drama queen!! terkejut tengok gajah

budak takut

hubby


bagi gajah makan tebu!

tengok gajah makan dan mandi

ini lah kisah gajah kuala gandah, dimana dikatakan anak anak yatim ni semua ditinggalkan ibu bapa mereka semasa kecil. ada juga gajah OKU di sini, mereka memelihara gajah di sini. baik hati kan..

tapi malangnyer aktiviti mandi bersama gajah tak boleh laksana sebab paras sungai yang tinggi. mungkin lain kali kami boleh singgah lagi di sini. senang aje, dari lebuhraya karak tu masuk MTD kan..masuk tol lanchang selepas itu ke kanan, lebih kurang 20km dari situ sahaja. kita plan next trip yaa...sampai kita bole mandi ngan anak gajah..ko hado?!! heheheh

chow

4 comments:

  1. zura pun mmg teringin nk mandi ngn anak gajah tuh..cm best je tgk dlm tv... anak2 kolin tk tunggang gajah tu ker

    ReplyDelete
  2. zura..masa kolin pergi tu tak dapat mandi ngan anak gajah. tunggang gajah pun tak dapat lah..so dapt tengok dah bagi makan, pegang pegang gajah aje. kene p musim panas. syok sikit air sungai surut..hihih. kolin pun cadang tuk repeat nih.

    ReplyDelete
  3. ada org sajeskan suruh bawak makanan & minuman sendiri sbb kt sana tkde kedai makan, maybe sbb lokasi dia jauh ke dalam... ada org siap berkelah kt tepi kolam sementara nk tunggu waktu melawat gajah tuh..

    ReplyDelete
  4. oh iye....kolin ada nampak kedai makan melalui jambatan yang merentasi sungai tu. tapi bagus jugak kalu bawak bekalan tak rugi apa pun. waktu melawat dia macam biasa, mungkin waktu nak turun mandi bersama anak anak gajah tu kut. kene pergi waktu kemarau tu..dalam pertengahan tahun. sure syok

    ReplyDelete

loving me..loving you