Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Tadika Kong Ming

Assalammualaikum
 
 
dah kisah ini adalah kisah alisa maisara, alisa sudah pun sudah bersekolah tadika di umur 4 tahun. dan aku rasa alisa adalah yang paling awal bersekolah di dalam keluarga besar aku. kolin sendiri dulu tidak pernah ke tadika dulu, mungkin sebab ada masalah yang tidak dapat dielakkan kut hihih. anyway imran pun sekolah umur 5 tahun...so lisa paling awal mendapat pendidikan di luar rumah lah kiranya.
 
setelah ditimbang tara, kami membuat keputusan untuk menghantar alisa ke tadika cina. dan memang semua orang tau tadika melayu hanya ambil 5 atau 6 tahun sahaja.. what a waste??!! bangsa lain semua bagi pendidikan awal, itu lah pasal melayu susah nak bersaing dengan bangsa lain, sebabnya pendidikan di peringkat awal pun kita dah kalah..mundur..walaubagaimanapun pendekatan yang kolin ambil ini mudah mudahan mendapat keredhaan Allah SWT bagi memberikan yang terbaik untuk amanah Allah ini.
 
Hari pertama 8.15 pagi kolin menghantar alisa maisara di tadika kong ming, jinjang utara. kelas 3 tahun dan 4 tahun ini tak sampai sepuluh orang dan melayu ada sorang lelaki dan alisa lah. waah...cikgu memang pandai mengambil hati anak anak murid cilik nih. sabar sungguh oii..ada yang menangis, ada yang suka melompat lompat, bercakap cakap tak tentu hala..memang mencabar lah kalu korang tanya aku. dan tentunya looking at the teacher personality, i teringat kat Janice hahahah...Janice u memang ada pesona untuk jadi cikgu tadika oiii..
 
so kelas pengenalan alisa pun bermula, harapan untuk alisa maisara mendapatkan pendidikan yang terbaik untuk hidupnya. Semua berteraskan bahasa ketiga iaitu cina, harapan kami ibu bapa agar alisa akan berjaya menguasai bahasa tersebut dengan jayanya.
 
semoga alisa baik baik selalu dan berjaya di sekolah ye anakku...chaiyokkk...
 
 


 
 
dan gambar terakhir ini menceritakan betapa kepoh si alisa maisara yang sangat mengambil berat hal abang imran ok. jangan lah korang marah atau kata abang dia apa apa dia akan backup dan protect macam apa. memang bole mencari nahas ye..so ini soalan ajaib alisa ialah:
 
"maman dah makan ke?"
 
haa amek ko...kepoh tak budak 4 tahun ini..hahahhahah
 


2 comments:

  1. zura dulu pun sekolah tadika sekejap jer, tak smp setahun cam org lain pong.. elok je jdk org, cantik plk tuh.. heheheeh...

    sekolah tadika alisa tu dalam sekolah rendah ker ?

    ReplyDelete
  2. hahahah..kolin langsung tak tadika oii. alisa sekolah tadika bukan dalam sekolah rendah....alah tadika cabuk aje oii

    ReplyDelete

loving me..loving you