Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

China Town, Singapore

Assalammualaikum

selesai kami di little india, so now its time to catch bas. So kami harus ke sebelah jalan lain untuk menaiki bas. Semasa kami berjalan tu, baru lah betul betul boleh tengok kota singa. bukan semua cantik pun, sama aje macam malaysia heheh. 

papa dan lisa..

ali imran ~ birthday boy

naik bas..




semasa di dalam bas memang kami lost sangat sebab tak nampak mana nak turun chinatown. tapi ada satu uncle ni kata, takpe he will get down at the same place. so selamat! kami just relax dan chill..itu yang bergambar rupa pelancong jakun dalam bas hahha..anyway we have so much fun together as a family that day. hope ali imran when he grow up and reading this...this is for you sayang..we appreciate you and really wanna celebrate ur special day..ali imran ..

jadi ambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai sebab jem dan traffic light dan akhirnya kami sampai lah..memang lagu cina aje lah kedengaran. nama pun china town. kolin nak cuba find out adakah sama barangan di sini dengan bugis street. Bugis street is a very nice place to shopping yee


jalan ke china town

 
si manja ni memang nak berdukung saja

semasa di china town berbagai barangan dijual. untuk tshirt i love singapore dan semua cenderahati memang murah murah. Tshirt di sini SD4 sahaja, barangan cantik cantik. dan memang kolin perhatikan baju baju mereka sangat trendy. sebab skirt high waist murah sangat SD10 sahaja. kalu kita convert memang lah mahal. tapi kalu dibandingkan duit mereka, barangan cantik dan berkualiti. so kalau membeli belah di singapore tak lah rugi sangat. cuma doakan satu hari nanti currency kita akan jadi macam mereka. Insya Allah..masa tu mak p London ok hahaha


semasa di sini ada juga muzium kecik kecik di chinatown. so sempat kami singgah coins and notes muzium, tu dibelakang adalah 'world largest coin'. mampus ok nak bawak..kalu baca di situ dia kata..duit syiling ini memerlukan 2 orang memikulnya dengan meletakkan batang besi di tengah tengah lubang duit tersebut...ko bayangkan kita bawak p pasar duit gitu..meninggal...

selekeh aje rupa aku eh...huhuhu

sesudah membeli belah souvenior untuk anak anak akak aku. kami pun terus menaiki mrt ke stesen woodlands. di chinatown ini tak susah, di penghujung lepas kita membeli belah dah ada mrt. so tak perlu susah payah. beli tiket dan naik lah...lagipun dah petang, kami tak nak sampai jb malam, sebab perjalanan kami masih panjang ke Bandar Mas, Kota Tinggi pula. Melawat kak ngah kolin yang menetap di sana...so long way to go..

sit on the floor

masa kami naik train balik ke woodlands, kami dapat train yang tempat duduk sangat sangat limited. mungkin bagi warga singapore ianya pelik tapi kami suruh anak kami duduk bersila di bawah. sebab station nya banyak oii..meragam laa anak anak kalu berdiri macam kami. memang penat.


haa bola bola lampu tu lisa dan imran beli SD1 untuk 3 biji. Dema borong sampai 9 biji sebab nak bagi semua sepupu. baik tak hati...hehehhe

 muka penat!

so berakhirlah perjalanan kami di kota singa selama sehari ini. masuk time lunch dan petang kami keluar. bukan susah pun nak ke kota singa bagi yang belum mencuba. apa salahnyer jadikan singapore negara pertama di luar untuk anda lawati. cuba dan tengok..seronok berjalan tengok tempat orang. setakat ini kolin hanya ke indonesia, thailand dan singapore. doakan kolin simpan duit banyak banyak untuk ke tempat tempat yang selain nya. mana tau ada peluang tengok mat saleh kaa, minah arab kaa..kann...simpan duit kolin oiiii



ini aktiviti membeli terakhir mereka, siap beli roti, buah laa..dan siap air masa di station MRT woodlands tu. Selepas siap dah makan semua, kami menaiki bas ke imigresen singapore dan terus ke ICQ Iskandar. Selesai semua kami dapatkan kereta yang diparking di belakang bangunan ini. So mari kita ke Kota Tinggi pula.

Sempat jugak kolin dan suami tapau nasi ayam penyet betty benafe yang terletak di hadapan hotel new york tu..memang sedap. boleh lah cuba nanti yer..

so berakhirlah percutian day trip to singapore kali ini...

adios



2 comments:

  1. tengok gambar2 tu sume cm tkde beza je singapore ngn msia kan... yg beza cuma currency...

    ReplyDelete

loving me..loving you