Tuesday, November 14, 2017

REVIEW: Tempah baju Melayu, Kemeja dan Kurta mengunakan Aplikasi Online CUSTLR

Assalammualaikum dan salam sejahtera 

Siapa sangka sekarang nak tempah baju boleh guna aplikasi online sahaja? Iye..memang boleh guna aplikasi online la korang iaitu Aplikasi Online CUSTLR. Dengan mengunakan telefon pintar, korang boleh download aplikasi tersebut dan mula menempah. Mudahnya laa sekarang nak tempah baju yang sesuai dan 'fit' terus dengan si pemakai. Kain pun berkualiti tau, bukan senang nak cari tailor yang begini di luar. Ini pula aplikasi mobile online. 

Buat kolin yang pertama kali mencuba aplikasi ini sememangnya ingin menempah kemeja buat yang tersayang. Maklumlah dengan kesibukan harian nak pergi shopping mall memang tak sempat, lagi pulak husband kolin agak cerewet orangnya. Jadi kita bagi peluang dan terus menempah dengan CUSTLR.

Sedikit latar belakang CUSTLR, ianya adalah hasil ciptaan Daniel Chua, seorang graduan dalam bidang Engineer yang telah menghasilkan satu aplikasi yang memudahkan orang ramai beli secara atas talian tetapi yang menariknya korang boleh letak ukuran badan sendiri semasa menempah. Maknanya bukan laa size S, M, L atau XL tu. Ukur badan dan terus isikan semua saiz badan. Harga yang sangat berbaloi, kualiti setaraf yang punya jenama malah menurut CEO dan Director of Custlr, Daniel Chua ianya sudah tentu memberikan kualiti pakaian terbaik buat semua. 

Mr. Daniel Chua & Mr. Daniel Loo

Ukuran juga boleh dibuat melalui A4 fit algorithm, iaitu pelanggan hanya perlu  menangkap gambar dengan meletakkan kertas bersaiz A4 di bahagian depan dan tepi badan untuk tempah. Ataupun korang boleh sahaja meletakkan ukuran badan dengan tepat dengan mengikuti arahan yang diberikan. 

 Antara pilihan yang ada

 antara pilihan yang ada

Tapi buat suami kolin, tempahan saiz XL untuk dia. Kemeja warna biru ini menawan hati kolin. Banyak lagi warna lain sebenarnya tapi, memang masa nak menempah tu warna ini menambat hati. Pilihan pula korang boleh pilih kolar yang disukai dan potongan di bahagian tangan. Tempah sahaja dan selama 2-3 hari tempahan baju pun sampai. Dibalut rapi dalam kotak dan dilipat rapi dengan siap tali pengukur lagi. 


inilah baju yang kolin tempah 


Haa..maknanya selepas ini kolin tak perlu menempah saiz siap XL tu, malah kolin boleh ukur badan suami terus. Lepas ni nak beli kurta atau baju melayu untuk hari raya memang tak perlu lah bersesak kan. Tempah aje online, senang, kualiti pun best.

Inilah cara menempah mengunakan telefon pintar. 


Boleh pilih yang mana korang nak tempah. Samada Dress Shirt (lengan pendek atau panjang) atau Baju Melayu atau Kurta

Pilih nak hujung lengan macam mana dan juga kolar baju


Haa.. ini yang kolin cakap tu, Samada nak gunakan A4 fit atau ukuran badan yang di ukur. Tapi buat kolin terus pilih Standard Sizing iaitu size XL

Selepas pilih warna dan semua tu, tibalah masa pembayaran. Kolin gunakan Internet Banking aje M2U tu senang. Dah bayar nanti dapatlah email yang mengatakan tempahan dah diterima dan akan dihantar bila. Semuanya di hujung jari uolss

Bagi yang meragui kualiti kain yang diberikan, di sini kolin nak bagi jaminan. Kain yang kolin terima untuk kemeja ini memang cantik, selesa dan tebal. Kredit tambahan, jahitan nya pun kemas sahaja. Memang kualiti yang tinggi pada harga yang sangat berpatutan. Jadi buat korang yang mencari-cari tukang jahit baju lelaki, tapi tiada masa, CUSTLR adalah jawapannya. 
Inilah baju yang di tempah dan dipakai oleh kesayangan hamba. Suka laa dia warna kegemaran dia dan ngam aje ukuran tu.  Terasa macam Remy Ishak lak rupa laki aku hahahahah perasan


sesuai aje kan. Saja pilih French Cuff lain sikit kemeja yang ada dah tu.
Dan dia memang suka laaaaaa

tengok lah jahitan dari belakang tu, kemas aje. Kolar pun terletak

pandangan dari sisi, hubby kita happy weiiii

jangan lupa download aplikasi CUSTLR dan tempah okay

Inilah dia link yang perlu korang download dan mula menempah di 
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.makefit 
 Instagram: https://www.instagram.com/custlr.app/ 
Twitter: https://twitter.com/custlr 
Facebook: https://www.facebook.com/Custlr-106291836637536/ 

Bagi yang membaca entri ini kolin nak share berita baik dengan korang. Buat yang ingin menempah korang boleh dapatkan diskaun sebanyak 10% dengan memasukkan kod KOLIN10 

Sila lah buat tempahan korang sekarang dan enjoy dengan diskaun yang diberikan okay. Dengan klik, klik, klik terus sampai. Bestnya menempah baju Melayu, Kemeja dan Kurta dengan CUSTLR



Love, 

Kolin Zainal 



2 comments:

loving me..loving you