Salah satu tempat yang korang boleh food hunting ialah LAMANMOK yang terletak di daerah Temerloh.
Menjanjikan hidangan yang terbaik untuk peminat manisan dan pastri, ini lah tempatnya.
Tempat yang dirias ringkas untuk para tetamu dan tak susah pun nak cari. Kalau dari tol Temerloh, selepas traffic light ke kanan dan terus sehingga jumpa Kg. Sri Ketumbit, Kerdau. Dalam perjalanan nanti akan jumpa replika buah manggis dan sekolah agama rakyat.
LamanMok terletak di seberang jalan tau, kalau perhatikan ada lampu-lampu cantik tu, itu lah tempatnya di hadapan laman rumah. Sempena laman rumah emak, pemiliknya menamakan LamanMok. Pada hemat kolin, memang manis sangat!
LAMANMOK
Kami sampai dah agak lambat. Rasanya banyak pastri yang dah habis.
Tapi disebabkan lapar, kami semua makan nasi lemak. Dan inilah harga yang ditawarkan di sini.
Kolin pula masa tu tak ada mood nak makan manisan. So order nasi lemak lah.
Kolin order 1 nasi lemak kerang, sotong, nasi lemak biasa dan satu lagi nasi lemak lamb black pepper. Semua sekali siap air dalam RM55.Kat sini boleh bayar pakai QR Code, senang lah kalau korang lalu sini dan tak ada cash. Buka dari jam 2.00 petang sehingga 11.00 malam.
Kolin suka konsep macam ini. Walau kat area kampung boleh aje ada tempat lepak hipstur macam ini.
Owner pun ramah sangat! Semoga terus sukses tau.
Kolin harap satu hari nanti ada rezeki buka cafe melepak macam ini. My wish!!
Terima kasih LAMANMOK :)
Assalamualaikum..Terima kasihh kerana singgah ke kedai kami..Saya harap di masa akan datang puan dapat mencuba pastry dan dessert kami yang lain🤍🤍🤍🤍
ReplyDelete