Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

ANAK MAMI DAH KERJA

Assalammualaikum korang

Buat yang tahu anak kolin kan dah habis SPM. 27 Mei 2024 keputusan pun bakal diumumkan.

Dan kalau korang nak tahu, ali imran dah mula kerja tau. Kerja part time kat cafe berdekatan rumah. 

Dah sebulan dia kerja, dapat gaji baru lah kolin pergi  melawat hahahah. Excited wei..seronok tengok dia berdikari kerja. Pada masa yang sama mami ni sayu hati sedih pulak. Dia kerja penat susah payah  mencari duit. 

Apa pun kolin doa  yang terbaik untuk anak-anak. Semoga mereka sukses dalam apa jua bidang yang diceburi.

Gambar ini ajelah sempat snap hahahha. 

Sebab tak nak nampak sangat kacau anak tengah kerja. Alhamdulillah syukur, rakan sekerja dia semua baik-baik belaka. 

Merasa lah makan di Yin's Sourdough Cafe ni. Makanan ni okay, tapi harga memang kayangan lah.




Setakat kami makan hari tu semua sedap-sedap. Air kosong memang free sahaja. So kalau korang order 1 pizza, makan kongsi-kongsi pun okay.

Akhir kata, anak mami dah kerja...

semoga anak mami sukses dan jangan lupa menyimpan duit gaji tu. Nanti nak masuk universiti banyak modal.

All the best anak mami dengan keputusan SPM yang bakal diumumkan nanti. 

Lebiu anak-anak mami :)

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you