Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

NAIM GULAI SEMBILANG

Gerai makan ni kolin try masa trip balik kampung. Kebetulan masa tu nak ke Tanjung Dawai shopping ikan kering. 

NAIM GULAI SEMBILANG ni terletak di sebelah kiri jalan kalau korang dari Yan. Kalau dari Tanjung Dawai terletak di sebelah kanan. 

Dia ada set atau boleh order ala carte. Kami 4 orang dewasa ambil lah set.


Dan ternyata portion lauk pauk tu banyak lah tuk 4 orang kami makan lunch kat situ. 

 

sotong goreng tepung dia paling sedap wei...tak tipu. Kalau korang ke sini jangan lupa order yang itu.


Menu utama dia gulai ikan sembilang. Kolin sekeluarga bukan lah pengemar. Tapi nak cuba! Restoran ni ramai orang tau, so kena lah cuba kan.

Tapi lepas cuba, boleh lah. Yang kolin suka ikan goreng ni. Sedap oi meratah.


kalau kata pendapat kolin, boleh datang lagi next round. Cuma tak payah ambil pakej lah.Kita boleh mix and match lauk yang kolin sekeluarga suka. 

Bil untuk hari itu, ni lah dia.


Kalau korang nak datang ke Tanjung Dawai dan nak try Gulai Ikan Sembilang, boleh lah ke NAIM GULAI SEMBILANG.

Kadang-kadang bila ke tempat orang ni kena cuba kan masakan orang sini. Just cherish the culture!

Anyway, kalau tanya akan repeat tak?! Mesti lah repeat soon...

sedap juga ...

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you