Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

KEMPEN JOM POTONG 2024 - SKIM PZB JAMIN AGIHAN ZAKAT BULANAN KEPADA ASNAF

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


KEMPEN JOM POTONG 2024 - SKIM PZB JAMIN AGIHAN ZAKAT BULANAN KEPADA ASNAF|Pusat Pungutan Zakat - Majls Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)hari ini telah pun melancarkan Kempen Jom Potong bagi tahun 2024 di ibu pejabat PPZ-MAIWP. Ini merupakan kempen tahunan bagi PPZ-MAIWP bagi menyantuni agihan zakat bulanan kepada asnaf.



KEMPEN JOM POTONG 2024

Kempen Jom Potong atau turut dikenali sebagai Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) ini akan berlangsung selama enam bulan bermula 1 Julai sehingga 31 Disember 2024, menyasarkan jumlah kutipan sebanyak RM90 juta dengan bilangan pembayar seramai 7 ribu orang. 

Menurut Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP berkata, zakat melalui skim PZB amat penting kerana ia membantu dalam menjamin keberterusan agihan zakat oleh MAIWP kepada asnaf di Wilayah Persekutuan setiap bulan. Tambah beliau lagi, skim potongan zakat bulanan ini sangat digalakkan kerana agihan yang dibuat kepada asnaf seperti bantuan kewangan bulanan bergantung sepenuhnya kepada kutipan zakat ini. 



MUDAH DAN LEBIH SISTEMATIK

Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman, optimis bahawa saluran ini akan terus menjadi pilihan pembayar zakat di PPZ-MAIWP. Ianya lebih mudah dan sistematik dan ianya tidak membebankan individu terutama pada akhir tahun. 

Seperti yang telah diketahui umum, pembayar zakat secara tidak langsung mendapat 100% rebat cukai pendapatan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Untung sebenarnya, dalam kita memenuhi rukun Islam, kita juga dapat rebat cukai LHDN. 



Kita sebagai rakyat Malaysia, patut rebut peluang ini dan bersama-sama menjalankan tanggungjawab masing-masing kepada negara dan agama secara serentak dapat dilaksanakan. 

PEMBAYAR BERTUAH BAKAL MEMENANGI PELBAGAI HADIAH MENARIK

Buat makluman semua, lebih 250 pembayar bertuah yang menyertai Kempen Jom Potong 2024, berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik antaranya pakej umrah ziarah turki, motorsikal elektrik, kerusi urut, airwheel luggage dan banyak lagi beserta produk barangan asnaf. 



Selain itu, pembayar juga akan dilindungi dengan Skim Kafalah Muzakki atau dikenali sebagai khairat kematian di mana waris boleh menuntut wang sehingga RM3000 sekiranya berlaku kematian ke atas pembayar zakat. 

Hadiah adalah sumbangan dari dana pengoperasian PPZ-MAIWP ya, bukan dari bayaran zakat manakala untuk Skim Kafalah Muzakki sekiranya berlaku kematian, pihak majikan yang memproses potongan gaji zakat bulanan boleh terus berhubung untuk tuntutan khairat kematian tersebut. Mudah kan!!! So mana yang mana belum lagi buat potongan zakat bulanan, boleh lah rebut peluang ini. Mana tahu tuah korang memenangi salah satu hadiah menarik yang ditawarkan. 



CARA-CARA PENYERTAAN KEMPEN JOM POTONG 2024

Berikut adalah cara untuk korang sertai kempen ini. 

1. Daftar PZB secara dalam talian melalui www.ptg.zakat.my atau imbas kod QR 

2. Isi borang SKIM PZB manual di mana-mana kaunter PPZ-MAIWP di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya atau melalui majikan masing-masing

Bagi rekod 50% daripada kutipan zakat pada tahun 2023 adalah melalui Skim Potongan Zakat Bulanan iaitu sebanyak RM519,369,537.69 

Sebarang maklumat lanjut korang boleh layari portal PPZ-MAIWP di www.zakat.com.my atau ikuti laman media sosial PUSAT PUNGUTAN ZAKAT. 

"PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT"


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you