Assalammualaikum
Dugaan dan ujian kami :(
Kalau korang nak tahu 28 September 2025 yang lalu, motorsikal kami kena curi selepas lebih 20 tahun kami guna. Bukan motor baru pun, tapi iyelah motor 125z kan tengah panas sekarang. Tapi tau tak kami dah parking situ lebih 20 tahun, sebelum berkahwin motor tu dah ada.
Nak dijadikan cerita, anak bujang kolin nak pakai dan habis restore balik, betulkan motor tu berhabis sampai RM4,000+. Sedih bukan kepalang la hati anak muda yang baru kenal motor.
Motor tu parking di bawah rumah, biasalah rumah flat. Tapi again, motor tu dah lebih 20 tahun parking tempat yang sama.
MOTOR KAMI KENA CURI - BGD364
28 September 2025 dalam jam 5.00 pagi macam tu motor tu dicuri. Dalam 5.03 pagi di larikan dan kami memang sedar masa tu. Malangnya motor tu boleh dihidupkan dan laju di larikan oleh pencuri.
Video penuh ada di sosmed kolin
 
































