Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

SELAMAT HARI RAYA 2025

Assalammualaikum semua,

1 Syawal 2025 dah berlalu dan sekarang 15 Syawal tau. Masih meriah dengan undangan rumah terbuka dan orang datang beraya di rumah. 

Cuma kolin berpendirian orang tak ajak memang tak akan pergi rumah orang nak beraya. Kecuali rakan atau saudara mara terdekat. Bukan apa, nak jamu tetamu makan menu raya ini bukan lah murah. Kesian yang orang sebenarnya. 

So kalau ada undangan tuan rumah ajak beraya barulah kolin pergi. Kalau tidak memang duduk rumah sahaja. Kalau ada budak datang beraya di rumah tu memang suka lah sangat. Bak kata orang, tetamu datang tu kan rezeki. 

Cuma tak ada lah nak call atau mesej orang yang tak berapa rapat nak pergi beraya. Kita memahami semua ada situasi memasing. 

Tema rumah mama kolin tahun ini ungu, warna awam sangat ye hahaha. 


Syukur semua ada masa 1st raya. Kecuali abang kolin yang beraya sebelah isteri di Temerloh. 

Di kesempatan ini kolin nak mohon ampun maaf kepada semua pembaca blog. Maafkan kolin samada dalam sedar atau tidak menyakiti atau berbuat tak baik kepada kalian.

Selamat hari raya aidilfitri dan berhati-hati okay. Sentiasa ingat orang yang tersayang. 

Doakan mama kolin sihat selalu tau. Love u always ~


 

2 comments:

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri Kolin, sama la kita..org x jemput kita xde la nak pergi terjah..nak plak tahun ni puasa dan raya diduga dengan sakit...dah 2 bulan batuk x elok2...so duduk la dendiam kat rumah...

    ReplyDelete
  2. salam aidilfitri utk kolin sefamily...btul tu org ajak kita pegi..jgn la plak dok tnya2..tk buat openhouse ke..ada juga jenis org camni

    ReplyDelete

loving me..loving you