Assalammualaikum semua
Bulan Disember 2024 yang lalu kolin sempat bercuti ke Padang, Indonesia tau. Lupa nak kongsi kat blog lah itinerary kami ke sana. Nanti kolin kongsi okay.
Untuk kali ini kolin nak kongsi apa benda best yang korang patut bawa balik dari Padang. Ini dia pes rendang minang yang memang sedap giler!
Kalau korang nak pergi sana, tolong minta supir korang bawa ke sini. Memang buah tangan paling best untuk bawa balik. Tak pun korang aje lah borong buat stok. Senang nak masak bila-bila teringin.
Dia ada yang dah siap atau pun pes. Kalau pes ada yang siap segala santan atau pun ada yang kena tambah santan. Harga pun tak lah murah dalam RM20 ke RM40 duit kita. Tapi ni rupiah dah makin murah dah kan. Kena beli ini kalau ke Padang Indonesia, WAJIB
Kolin ingatkan ada jual kat Shopi, sekali tak ada jual lah. Tu nak order macam mana wei. Ke aku kena pi Padang sekali lagi hahahahah
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you