Assalammualaikum semua
Secara jujurnya, susah betul keluarga kolin nak berkumpul sekarang ni. Sejak anak sulung masuk IPTA dan jarang-jarang balik ni. Adanya cuti panjang bersempena Deepavali baru-baru ini. Kami plan percutian yang tak di rancang hahah, faham tak?
Day 1 - 1 November
Kami keluar dari KL jam 8.00 malam, singgah makan, toilet dan sebagainya kami sampai Tanah Rata Cameron Highland hampir jam 12.00 tengah malam.
Sampai tanah rata, baru kami cari bilik penginapan untuk berehat. Dapat harga RM130 sahaja, katil queen satu, katil single satu, bilik air, air panas semua ada.
Dah siap basuh muka all, kami pun tidur. Selesai aktiviti hari pertama.
Day 2 - 2 November
Selesai solat subuh kami keluar dari hotel untuk mencari sarapan. Takut juga jalan jem sebenarnya. Tempat pertama kami ke Agro Market yang mula viral tu. Nak masuk tiket almost RM25 untuk bergambar-gambar rasa tak berbaloi. So kami lepak makan sarapan lah dulu ada cafe walaupun kurang menarik tapi sebab dah lapar kami sebat apa sahaja.
Destinasi seterusnya ialah Kea Farm. Dah okay banyak tempat ini sekarang, parking dah mula teratur, kedai pun elok aje nak membeli belah.
Sebelum itu kami ke Sheep Santuary yang viral tu. Alahai bau kandang ada sikit hahaha. Memang kalau datang standby minyak angin ke perfume kalau tak tahan. Tapi kolin enjoy aje main-main kat sini. Anak-anak pun seronok.
Selepas itu kami shopping untuk makan-makan. Beli sekilo strawberry murah pulak. Mungkin orang tak berapa ramai sebab jalan simpang pulai masih tutup kan.
Untuk lunch day 2 kami ke food court kat brinchang dan tiba-tiba hujan lebat sangat-sangat. Kami mesyuarat keluarga sambil lunch dan terus ambil keputusan untuk tidur lagi satu malam di Rosa Pasadena Brinchang. Ala booking pakai agoda sahaja.
Usai check ini kami ke pasar malam yang terletak di kawasan baru. Ada apartment kawasan sini. Ramai juga yang check in kat sini. Okay juga lebih tersusun dan tak jem.
Dah berjalan kat pasar malam tapi tiada yang menarik, kami terus ke Kampung Sedia untuk BBQ Buffet. Harga tak mahal sangat untuk seorang, maklumlah cuaca sejuk kalau makan buffet bbq dan stimbot ni memang best lah.
Selesai dinner kami balik ke bilik berehat. Cuaca sejuk mengigil tau...sebab hujan gerimis sepanjang malam.
Day 3 - 3 November
Selepas subuh, anak-anak ke restoran untuk sarapan. Siap kemas barang kami pun check out. Sambil bergerak balik sempat lah beli ole-ole sikit untuk bawa balik.
Dalam jam 3.00 petang kami sampai semula kat rumah. Selesai trip kami yang memang suka terjah sana sini.
Semoga ada masa lagi untuk kami bersama-sama macam ini. Harapan ada lagi rezeki lebih nak belanja keluarga. Insha Allah
Thank you sudi baca blog ya :)
Rosa Pasadena hotel masa SA honeymoon...lama plak rasanya x naik CH..jalan Simpang Pulai tu dah ok ke agaknya
ReplyDelete