Bengkel kedua yang anak kolin hadiri ini di adakan di GSC Starling Mall, Petaling Jaya. Bengkel yang bermula 9.30 pagi ini fokus kepada anak-anak yang berusia dari 12 tahun sehingga 17 tahun sahaja.
Bengkel FUTURE-READY WORKSHOP SERIES BY MONEYTREE ini memberikan peluang kepada anak-anak muda ini mempelajari skill yang tidak di ajar di sekolah. Alisa selepas join bengkel pertama memang teruja sangat nak join bengkel yang kedua pula.
Anak-anak remaja yang sertai bengkel ini akan mempelajari aspek:
1. Financial Literacy
anak akan belajar cara buat bajet, amalkan amalan menabung atau menyimpna dan kesedaran membina atau kukuhkan kewangan bagi persediaan meningkat dewasa
2. Accelerated Learning
mempelajari kompleks dalam idea, belajar dengan lebih efektif dan menukarkan konsep ini kepada ilmu yang berpanjangan
3. Joyfulness
Mereka akan belajar cara untuk melepaskan stress dengan cara yang lebih baik. Semua strategi bagi menyingkirkan pemikiran negatif. Dan juga persediaan bagi menghadapi cabaran dengan lebih yakin.
Banyak lagi tau sebenarnya kelebihan anak-anak kita dapat bila sertai bengkel ini. Ada juga sesi soal jawab dan hadiah yang diberikan sangat-sangat menarik tau.
Bengkel yang bermula dari jam 9.30 pagi sehingga 12.30 tengahari ini diakhiri dengan aktiviti menonton wayang bersama anak.
Kali ini kami layan movie The Lion King Mufasa. Siap ada popcorn dan air sekali tau dalam pakej.
Bengkel yang padat dan baik untuk anak-anak ini memang best. Tak sabar tunggu siri yang ketiga pula.
Untuk korang yang ingin tahu lebih lanjut sila klik sini https://www.moneytree.asia/
semua maklumat ada dalam itu ya. Jangan lupa join nanti yang bengkel ketiga mereka, boleh tengok kat Instagram mereka di @moneytree.asia
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you