Hujung minggu lalu, kolin berkesempatan untuk hadir sama dalam perkongsian yang di jayakan oleh MONEYTREE ASIA PACIFIC di GSC Midvalley MegaMall.
Memahami setiap ibu bapa mahukan anak-anak mereka berjaya dan sukses dalam kehidupan. Dengan itu anak-anak kita berikan tumpuan dalam kursus, bengkel dan mempelajari skill terbaru bagi mendepani cabaran masa hadapan.
Dengan memberikan yang terbaik, MONEYTREE ASIA PACIFIC dedikasi dalam menyediakan dan membantu para ibu bapa berkaitan perkara ini.
Sesi penuh informasi dan berpengalaman yang dijalankan oleh MONEYTREE ASIA PACIFIC dengan dihadiri oleh ibu bapa dan jemputan cukup memberangsangkan. Dengan tajuk 'The Future is Racing Ahead: At Least You Are Doing Something About It', ibu bapa dapat terlibat sama di dalam perkongsian yang hebat ini.
Bersama-sama berkongsi di sesi itu ialah En. Michael Reyes (CEO & Founder of MoneyTree Asia Pacific & Quantum Intelligence), Dr. Hamidah Helmei (Head of Secondary at Idrissi International School dan Puan Carmen Kong (Board Certified Behaviour Analyst & Founder of the ABA Project).
Sesi yang melibatkan insan-insan hebat ini membuka mata kita semua mengenai bagaimana cabaran anak-anak kita akan hadapi pada masa hadapan.
Dengan adanya teknologi AI yang kian berkembang maju, memisahkan banyak peluang kerjaya dan anak-anak sendiri sedang bekerja keras dalam mengejar mata pelajaran dan kerja sekolah yang kian mencabar. Peningkatan ini sudah tentunya memberikan tekanan yang kadang-kadang anak tidak dapat membendungnya. Dan itu makluman dalam negara ini, 1 daripada 3 anak-anak mengalami masalah mental.
Menurut kata En. Michael, kami di MoneyTree Asia Pacific mahu tukar permasalahan ini dengan memastikan anak-anak kita semua sudah bersedia dengan 'future-skill'.
Sesi yang kolin hadiri minggu lalu adalah satu sample atau percubaan bagi memberikan satu kesedaran ubat semua. Dengan adanya bengkel seperti ini, ibu bapa akan nampak anak mereka lebih bersedia dan lebih matang.
Setiap ibubapa yang hadir dalam sesi ini bersama-sama anak yang berumur 8 - 16 tahun akan diberikan topik yang penting seperti kesihatan mental, isu di kalangan remaja, tips keibubapaan untuk lindungi anak dan juga mengenal pasti faktor yang menyebabkan masalah hadir.
Bengkel interaktif bersama anak-anak ini akan menyentuh perkara asas kewangan dalam kehidupan, ilmu dalam menguruskan kewangan, habit diri, skill kendiri dalam meningkatkan daya ingatan, cara untuk tenangkan diri dan mendepani cabaran dengan lebih bijak.
MoneyTree adalah salah satu syarikat Financial yang terbesar di Southeast Asia dan mempunyai pengalaman yang besar. Financial Program mereka telah dikenali oleh pelbagai agensi perbankkan dan juga kementerian pendidikan kerana keberkesanan dalam meningkatkan kesedaran tentang kesihatan kewangan di kalangan kanak-kanak.
MoneyTree percaya dengan adanya keupayaan menguruskan kewangan dengan bijak ianya salah satu perkara penting bagi menghadapi masa akan datang. Dengan itu MoneyTree berkongsi kemahiran mereka dalam ilmu 'financial' dan jangan terkejut material ini memang menyokong dalam menyediakan anak-anak bagi masa hadapan yang mencabar.
Menurut salah seorang ibu yang hadir, Puan Ayu Rafikah mempunyai 7 orang anak, kagum dengan sesi yang telah dihadiri. Ianya memberikan cara bagi ibu bapa dan anak berhubung satu sama lain yang sering kali terlepas pandang terutama kesihatan mental. Kesedaran ini perlu di perluaskan bagi semua rakyat Malaysia. Penting buat ibubapa dan juga anak-anak.
Sesi yang menarik ini diakhiri dengan sesi menonton movie Moana 2 buat ibu bapa dan juga anak-anak. Terima kasih buat MoneyTree Asia Pacific untuk tajaan ini.
Buat yang berminat untuk ikut sama dalam bengkel bagi persediaan anak-anak ini boleh emel ke info@moneytree.my atau layari https://www.moneytree.asia/
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you