Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

SUDAH BERSEDIAKAH ANAK ANDA UNTUK MENGHADAPI MASA HADAPAN?

 Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Sudahkah anak kita bersedia? Adakah kita sendiri sudah menyiapkan anak-anak kita untuk masa hadapan yang kian mencabar.

Setiap ibu bapa pasti ada kerisauan dalam bab membesarkan anak-anak. Apakah anak-anak kita bersedia dengan cabaran yang mendatang dalam kehidupan.

Antara tiga perkara yang membuatkan ibubapa risau akan masa hadapan ialah:


1. Ibubapa risau dengan perkembangan AI teknologi dan mengecilkan peluang  kerjaya/pekerjaan di masa hadapan. 

2. Ibubapa risau akan pihak sekolah atau pendidikan yang terus menerus membebankan anak-anak dengan kerja dan pelajaran di mana ianya menjadi salah satu punca peningkatan stress di kalangan anak-anak sehingga sukar dibendung. 

3. Ibubapa risau sekiranya kesihatan mental anak-anak terjejas kerana tahap stress atau tekanan ini menjadi lebih serius. Kajian menunjukkan banyak negara mengalami masalah ini iaitu dalam 3 anak-anak, 1 anak akan mengalami masalah kesihatan mental. 

SESI 'FUTURE -READYING' DARI MONEYTREE

 
Selaras dengan  isu kebimbangan ibubapa mengenai perkara ini. MoneyTree Asia Pacific mengadakan satu sesi yang menarik untuk kita hadir bersama anak-anak. 

Kolin juga akan hadir bersama anak kolin bagi menyertai sesi ini pada hari Sabtu, 30 November 2024 di Midvalley MegaMall Kuala Lumpur

Ibubapa dan anak-anak boleh bersama-sama berinteraksi di dalam bengkel yang di adakan. Disamping bengkel, kita juga akan menonton wayang MOANA 2 pada hari tersebut. 

Untuk yang ingin sertai bengkel ini, korang boleh klik link ini https://peatix.com/event/4205598 pada harga yang sangat istimewa.

Jangan lupa booking seat korang hujung minggu ini okay. Kita bersama-sama menyiapkan anak-anak kita untuk masa hadapan dan sudah pastinya anak-anak akan berterima kasih kepada kita yang mengambil tindakan bijak pada hari ini. 


Jumpa korang kat sana okay. Kolin dah pun mendaftar. Jom sama-sama kita tambah ilmu dalam melindungi anak-anak kita. 



Jangan lupa jumpa weekend nanti okay.

 

1 comment:

  1. wah ada bengkel dengan anak eh, bagusnya. waktu ni lah top up ilmu parenting

    ReplyDelete

loving me..loving you