Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

CONCORDE HOTEL SHAH ALAM RAIKAN CSR CHRISTMAS 2024 BERSAMA GOOD SAMARITAN HOME

Sempena musim perayaan ini, Concorde Hotel Shah Alam dengan rendah hari berkongsi dan meraikan anak-anak dari Good Samaritan Home. Sambutan di adakan di bilik majlis Grand Patio, Concorde Hotel Shah Alam.


Concorde Hotel Shah Alam, terus komited untuk menganjurkan acara tahunan ini kerana ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat kami kepada masyarakat, ulas Puan Amalia Alias, Pengarah Jualan dan Pemasaran, Concorde Hotel Shah Alam. 

The Good Samaritan Home telah ditubuhkan sejak tahun 1999 oleh Albert Ong dan YM Ong bekas paderi dan isterinya, ianya adalah sebuah rumah kebajian berdaftar yang menyediakan perkhidmatan kepada anak-anak terbiar dan di dera. Puan Ong adalah penyelia rumah kepada seramai 18 penghuni perempuan dan 22 lelaki dengan 10 penjaga yang tinggal di rumah ini. Kanak-kanak ini berumur dari 4 tahun sehingga 21 tahun. 

Kanak-kanak ini menceriakan majlis dengan lagu-lagu Krismas yang didendangkan oleh Kugiran Batak "Los Ganesha'. Selepas nyanyian, majlis diteruskan dengan pertandingan menghias kek mini dan jamuan makan tengah hari istimewa buat semua. 

Sepanjang majlis, kanak-kanak dihiburkan oleh En. Vincent Tan, seorang ahli silap mata dan badut. Puan Amilia Alias mengucapkan terima kasih kepada penaja bersama iaitu Cik Lilian Yeong dari Metro Travel & Tours dan Limosin bagi menyediakan kemudahan pengangkutan ke hotel. Beliau seterusnya berkata, kami berharap akan terus dapat menganjurkan acara ini untuk tahun-tahun yang mendatang. Kami di Concorde Hotel Shah Alam amat gembira kerana dapat menghiburkan dan melihat senyuman  yang terukir di bibir kanak-kanak ini. 

Semoga usaha murni Concorde Hotel Shah Alam berterusan dan dicontohi oleh semua pihak. Terima kasih :)




1 comment:

  1. Sama-sama terus menyokong inisiatif seperti ini yang menyebarkan keceriaan dan kasih sayang, terutama di musim perayaan yang penuh bermakna ini!Tahniah Concorde Hotel Shah Alam atas usaha murni ini.

    ReplyDelete

loving me..loving you