Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

ICIP-ICIP KAMPUNGKU HANYA DI EASTIN HOTEL KUALA LUMPUR

 Assalammualaikum 

Bulan puasa yang bakal tiba ini memang sangat di nantikan. Untuk kali ini, kolin nak berkongsi salah satu venue berbuka puasa di Kuala Lumpur buat korang sekeluarga menjamu selera.  

ICIP-ICIP KAMPUNGKU 

Eastin Hotel Kuala Lumpur, Chef yang berpengalaman iaitu Chef Dennie bersama pasukan terbaik mereka menyediakan pelbagai hidangan buat semua pengunjung.


Antara hidangan menarik ialah Kambing Panggang bersama Nasi Briyani, Sup Gear Box Berempah, Iga Penyet Sambal Terasi, Nasi Liwet Petai Ikan Teri, Belut Sukarasa. 

Ada lagi tau Aneka Panggang & Ikan Bakar, Ikan Siakap Kukus Masak Nyonya, Rendang Tulang Rusuk, Masakan Gulai Kawah, Apam Balik Durian, Sate Ayam & Daging dan banyak lagi menu bagi memenuhi citarasa pelbagai peringkat umur. 

 

Untuk penempahan awal atau early bird sebelum 6 Mac 2025 berharga RM158nett untuk dewasa.

Manakala harga selepas itu ialah pada RM198nett untuk dewasa dan RM99nett untuk kanak-kanak. Bagi yang nak take away Dome Set RM650nett bagi 4 ke 5 pax. Dan RM800nett bagi 6 ke 8 pax. 

 
Untuk korang yang nak buat majlis boleh juga tau. Banquet Buffet Dinner RM138+ minimum 40 pax.

Untuk Raya Open House RM138+ minimum 40 orang juga. 

Untuk pertanyaan dan penempahan lanjut boleh emel ke cateringsales.kl@eastin.com

Tapi kalau nak booking berbuka puasa call atau whatsapp 016-2622070.

Jom kita berbuka puasa di EASTIN HOTEL KUALA LUMPUR


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you