Assalammualaikum semua
Buat yang ingin ke Muar untuk makan angin jangan lupa pergi ke salah satu tarikan pelancong yang ada kat sini. Jujur ya, kolin ingat Muar boring. Tapi best kalau bercuti kat sini sambil 'blend in' dengan culture kat sini.
Selain korang boleh makan seafood, tiram muar atau melepak kopi. Korang boleh lah naik MUAR RIVER CRUISE.
Tak se-komersil macam kat Melaka dan view dia pun biasa-biasa sahaja. Tapi why not sekali seumur hidup menyelusuri Sungai Muar kan.
MUAR RIVER CRUISE
Di buka setiap Jumaat, Sabtu, Ahad atau Cuti Umum sahaja. Itu yang kolin kata Muar River Cruise dia tak komersil lagi. Mungkin juga hari biasa bilangan pelancong pun kurang kan.
Mula operasi pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada 5.30 patang. Dan ada lunch break dari 12.30 tenghari ke 2.30 petang.
Untuk orang Malaysia Dewasa RM20, kanak-kanak 12 tahun ke bawah RM15 dan Bukan Warganegara Malaysia RM30.
Masa naik tu korang boleh pakai jaket keselamatan yang disediakan dan dengar semua arahan keselamatan yang ada.
Sambil menyusuri Sungai Muar, ada orang bercerita dengan lagu-lagu klasik. Seronok lah duduk atas bot, bawak pun perlahan-lahan menikmati bandaraya Maharani Muar dari sisi lain. Worth the view!
Seronok walaupun cuaca agak panas. Bila dia ronda dapat tengok istana, masjid dan juga aktiviti masyarakat setempat memang memberikan pengalaman lain bila berada di Muar.
Jangan lupa datang Muar waktu hujung minggu dah try naik cruise ni okay. Sokong industri pelancongan tempatan kita
Terima kasih baca blog :)
Memang tau wujudnya Muar River Cruise ni tapi blom pernah cuba..pi Muar makannnnn aje aktivitinya...hahaha...okeh nanti daku cobaaaa
ReplyDelete