Assalammualaikum korang
Trip Padang, Indonesia kolin dan geng pergi Disember 2024. Tapi rasanya Mei 2025 cerita tak basi lagi kan hahaha. Jom kolin cerita serba sedikit itinerary kami semasa mengembara ke Padang, Indonesia.
HARI PERTAMA
Untuk penerbangan kami ambil seawal pagi, so jam 4.00 pagi kami dah sampai kat KLIA2. Memang mengantuk tak tidur semalaman sebab dah excited kan. Langsai subuh, kami fly tepat waktu jam 7.10 pagi.
Dan best pulak rasanya sebab Padang ini lambat sejam dari kita, so kami sampai kat airport Padang jam 7.10 pagi juga.
Untuk perjalanan kami kat sana, dah siap tempah supir. Anak muda yang kami panggil Aji. Sangat menyenangkan, kami dapat lah ootd kat sekitar airport dan terus sarapan pagi.
Tempat viral LAMUN OMBAK lah tujuan kami sarapan. Tapi overrated, mahal dan tak sedap. So untuk korang yang bakal pergi sila elak makan di sini okay. Cari tempat lain tau.
Hari pertama kami diteruskan ke area Bukit Tinggi. Masa dalam perjalanan macam-macam buah tempatan dijual tau. Kami berhenti beli manggis dan akhirnya kami berhenti makan durian kat sini. Murah wei...untuk 2 biji durian, pulut dan air tak sampai RM25 pun.
Lepas tu kami singgah di Air Terjun Lembah Anai selepas itu kami ke Bukit Tinggi untuk makan lunch. Lupa snap nama restoran, tapi sedap juga. Oh lupa sebelum lunch ada singgah tempat shopping, tapi mahal ler. Tak beli apa pun.
Tak lupa juga kami cuba makan KUIH NERAKA kat bika talago. sedappp...wajib cuba. tempat cantik jugaaa
Habis makan lunch kami ke Rumah Buya Hamka dan kena lalui 44 keluk wei. Jalan tu memang macam ular kena palu, sebelum asar kami sampai. Rumah di atas bukit mengadap Danau Meninjau wei. Lawa sangat, kalau korang minat buku-buku kat sini ada jual. Kolin tak minat hahahahah
Untuk takut jalan gelap malam dan berkabus kami gerak balik ke Bukit Tinggi. Sebelum sampai kami singgah Puncak Lawang, tapi kabus tebal so tak nampak view. Kemudian singgah tengok kerbau pakai spek, minum air tebu, beli kopi dan kacang. Kat Padang famous tau kacang.
Singgah makan sate padang untuk dinner dan akhirnya kami check in lebih kurang jam 10.00 malam. Korang bayangkan pening kepala hahahah. Baru nak tidur ni, masa nak check in tu hotel kami tu tengah-tengah sawah. Dalam gelap jalan terkial-kial hahahahha. Dah siap berkemas, bersiap, kami tidur awal weii...Alhamdulillah bilik selesa!
HARI KEDUA
kami menginap satu malam di PADI ECOLODGE. Bila dah siang baru perasan tempat tu lawa betul! Siapa ke Padang, sila booking sini. Sarapan bersekali dan tidak dihidangkan secara buffet, so pilih mee atau nasi.
Sawan ootd kat kawasan ini tau, dalam jam 10.00 pagi keluar dan gerak untuk kembara hari kedua.
Aktiviti pertama kami diberikan masa sejam setengah untuk shopping di area menara jam padang. Kat sini macam-macam ada dan jangan lupa tawar menawar okay. Ada juga ambil kesempatan suruh bayar pakai RM. Tapi dah kalau rupiah bawa banyak, sila beli pakai rupiah okay. Sini buah pun sedap, segar-segar nanti try okay. Sebelah depan tu ada pasar, jual macam-macam makanan trasidi macam keropok, emping dan pelbagai lagi. Boleh lah kalau berminat nak beli untuk ole-ole.
Kemudian kami ke Muzium Bustanil Arifin untuk acara 'anak daro' pakai pakaian pengantin tradisi minang. Alahai lawa nya laa...suka! Kami bayar photographer tempatan kat situ seikhlas hati. Hasilnya banyak gambar dan video semua lawa-lawa. Syukur. Habis segala-gala kami lunch! Dah lapar oiii
Sempat singgah kat UniAdek tempat buat rendang tempatan. Siap rasa macam-macam rendang kat situ dan beli juga oi. Sedap!!!! Selesai itu kami meneruskan perjalanan untuk penginapan kami malam kedua. Sempat singgah beli ciku gemuk kat sini. Sempat kami singgah Tasik Singkarak. Lawa sini, jangan lupa singgah kalau ke Padang, Indonesia.
Perjalanan kami makan masa lebih kurang 3 ke 4 jam sebab jalan kat sini sangatlah sempit dan gelap. Sampai pun dah gelap...jalan nak masuk hotel pun menyeramkan hahahaha.
Dinner pun sejuk oi...sini memang ala-ala cameron highland. Penuh pokok pine macam iklan Saleem dulu-dulu tuuu
Jom lah tidur, kolin cerita kat korang day 3 punya adventure okay.
HARI KETIGA
Penginapan kami kat Alahan Panjang atau dikenali sebagai Switzerland Padang ialah Anjalai Kabin. Malam kami tidur pakai baju tebal, stokin tak lupa! Sejuk sangat Alahan Panjang tu. Tapi penginapan kami memang A+ sebab ada balkoni. Dan balkoni mengadap tasik yang sangat lawa, minum kopi sambil tunggu sunrise selepas subuh.
Kami bersiap dan pergi makan sarapan pagi. Sarapan dia boleh lah, tak lah mewah. Ada atuk jual bawang goreng sila beli tau. Sedap giler. Menyesal beli satu...akhirnya cepat aje abis hahah.
Bergambar banyak-banyak kat sini tau..memang lawa betul.
Lepas check out, aji (adik supir) bawa kami ke Bukit Cambai. Jalan dia memang mencabar. Rupanya atas ini ada pelbagai mainan. Kami naik raibow slide sahaja hehehe. Kalau nak tahu, kami aje orang Malaysia kat situ hahahah. Selainnya orang tempatan, but we have so much fun.
Setelah itu kami ke ladang teh pula, bergambar lah lagi. Sempat juga beli strawbery tempatan kat sini dan pergi makan nasi ayam gepuk di area situ. Agak popular tapi kolin lupa lah nama nya. Selesai lunch kami perlu balik ke Padang semula dan melalui jalan merbahaya di Sumatera Barat menurut kata supir kami. Sudahnya kami tak tidur hahahahah.
Dia punya belok 90 darjah tepat yaaa...tu bahaya sebab banyak lori terbalik. Alhamdulillah kami sampai dengan selamat dan terus ke masjid rasmi yang bentuk minangkabau tu. Masjid tak ada kubah tu, kami sempat melawat-lawat dan solat siap.
Kemudian kami ke Jambatan Nurbaya dan supir kami cerita lah kisah cinta mati si Nurbaya. Dan akhirnya kami tiba di THE PAGANG CAFE untuk layan sunset dan live band.
Mengadap laut memang mahal view kat sini. Makanan pun sedap-sedap wei. Abis sunset kami ke Jalan Pusat untuk hiburan lagi hahaha. Dalam sejam dua kami pun check in untuk malam ketiga, hotel di tengah bandar.
HARI KE EMPAT
Kami lepak DAIMA HOTEL, apartment 2 bilik yang selesa. Sarapan boleh tahan sedap kat sini, tapi pool tak payah join okay, kecik jur. Sepatutnya awal pagi kami dah balik tapi flight kami dari jam 10.00 pagi delay ke jam 5.00 petang.
Bestnya flight delay hahaha. Kami ambil grab dan terus merayap kat pasar. Sempat lah beli baju batik, tudung dan beberapa barang untuk koleksi sendiri. Kemudian kami check out jam 12 tengahari, supir bawak lunch. Sekali lagi lauk pauk padang lah. Kami dah terer...yang tak mahu asing siap-siap hahahah.
Selesai lunch supir hantar kami ke airport. Alhamdulillah ...
Cuma surau sini memang wuduk dan ruang solat campur laki perempuan. Agak janggal untuk kita sebenarnya. Tapi inilah budaya mereka kita boleh tengok kan.
Syukur flight Super Jet kami sampai tepat waktu dan selamat mendarat di KL.
bestnyaaaa jenjalan... luas mata memandang
ReplyDelete