Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Part 5 : Trip to Lombok

Assalammualaikum semua!! Okay sebelum lagi basi cerita aku ke Lombok baik sambung cepat-cepat ye hahah. Nak cerita hatyai trip lagi oii..So masa dah lepas solat, dah abis tawaf satu Gili Trawangan kami pun balik ke tanah besar. Naik bot dan masa ini memang ombak dah besar, sakit bontot wei. Lombok ni laut dia semacam sikit lah, so kalau korang ke Gili Trawangan pastikan pagi or tengahari korang keluar dari pulau. Sebab kalu sebelah petang atau malam tiada penduduk yang berani, air gelombang sangat dahsyat. Nak tau kisah Gili Trawangan klik part 4 yee


muka tengah tunggu bot kami datang jemput. Ceria membeli belah air dan makanan kat sini. Cuma harga di sini mahal dari tanah besar Lombok lerrr.

Tempat pertama kami tuju ialah tempat menjual Mutiara. Mesti korang tak tau kan, lombok ada perusahaan mutiara. Ada dan mahal sikit lah, sebab mutiara mereka kualiti tinggi. Kalau korang nak tau, kedai ini milik abang ipar kepada supir kami si Bagus.  



kat sini ada pelbagai contoh mutiara yang ada di jual. Memang boleh aje tengok-tengok. Tapi agak mahal la untuk kita pelancong bajet ni. So akhirnya kami memang cuci mata aje...beg duit selamat tak dicuci hahaha.


selesai di sini, supir kami terus bawa kami ke tempat membeli belah yang lain. Ringkasnya pergi macam mall lah. Nak cari bazar-bazar macam pasar murah tu memang tak ada. Ingat nak beli beg bulat rotan tu dengan harga RM50 satu pun tak dapat. Kalau dengar cerita kawan satu lagi, supir dia support ekonomi tempatan. So bawak gerai-gerai tepi jalan. So servis ini aje macam kurang sikit, yang lelain supir kami memang baik menjaga keselamatan kami.

kedai ni paling best. Segala makan kudapan orang tempatan ada kat sini. Jangan lupa beli sambal taliwang ye buat ole-oleh. Sedap dan pedas nak mati. Masa kolin try tu melompat pedas, ko tahu apa sales girl tu cakap TAK PEDAS TAK LOMBOK LAA MBAK. Tu memang signature mereka semua pedas pedas. So beli dan bawa balik buh dalam kargo ye. Handcarry memang tak boleh masa kat airport tu nanti kena rampas masa cek bag. 

Kedai kedua pula banyak barangan souvenior dan baju. So beli la sikit kat sini buat kenangan. Kolin memang beli sikit sangat!! Siap bawak balik jutaan rupiah hahaha. Lombok ni bagus, tak habis duit.



antara tshirt yang menarik hati kolin, yang bawah ni hahahah. Dah beli dan dah pakai! Kelakar...dukun bertindak yee!



Selesai kat Lombok Exotic Mall, kami ke tempat lain pula. 



nampak takkk beg memasing kat tangan tu. Ni dema ni bukan duduk sesaja. Rupanya sambil korang tunggu orang shopping ada kerusi urut kat luar ni Sasaki Mall ni. Memang lenggang aje masa kami kat sini. Selesai semua ini kami terus ke Esany Gallery untuk makan malam. Makan malam sekali dah dengan pakej. Itu yang duit banyak berlebih masa ke Lombok. Sebab memang bajet trip lah kan. Bayar sekali sampai lah ke airport dia hantar kita balik. 
Makan malam ni special dia ialah pelincing kangkung, makanan orang tempatan yang sangat terkenal.



 ni lah pelincing kangkung tuuuuu. 

 ini signboard luar restoran. Tempatnya cantik, dekorasi ala Bali sikit. Boleh search dalam IG kut Esany Gallery kalau nak cuba makan kat sini. Sedapppp dan berbaloi. Cuma kolin tak tahu harga sebab dah termasuk dalam pakej kami kan.



 muka dah rabakkkk ...seharian keluar kan


 aksi kawan-kawan menahan pedas hahahahahhah

 kicap tu sedap..makan dedua ni cicah tu...sedap meletopppsss

Itulah makan malam kami di Esany Gallery. Dan masa ni dah jam 8.30 malam. Kami pun pulang ke hotel lah, dah penat giler. Malam tu kak intan dan milah siap ke spa hotel. Aku dan sue, masuk suite terus mandi, solat dan bersiap untuk tidur. Kak intan dan milah siap pergi spa lagi berurut balinese tu. Dah selesai hari kedua kami di Lombok...esok dah nak balik Malaysia...so tunggu next part 6 okay...part last sekali. Terima kasih membaca!



Love Lombok,

Kolin Zainal

1 comment:

loving me..loving you