Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Travel: Aktiviti Malam di D'Muara Marine Park, Haji Dorani -


 Assalammualaikum dan salam sejahtera

Kalau yang mana baca entri pertama tu, kolin nak sambung dah episod kedua. Sesiapa belum baca jemput lah klik link kat bawah ni


Macam yang kolin cakap kami semua dah lapar. Misi pertama selepas maghrib kami mencari restoran untuk makan. Punya meronda sana sini kami terus berhenti kat restoran yang nampak gah ini. Tapi...kalau korang datang sini, pendapat peribadi kolin, cari lah kedai lain. Tak berniat nak kacau ganggu bisnes orang. Tapi rasanya kalau lapar..mengamuk rasanya...ye saya mengamuk masa bayar tu. Nak tahu kenapa mengamuk takkk...aishhh




Restoran memang lawa, bersih, dan mungkin juga kebetulan orang ramai masa tu. Silap saya kut ambil restoran yang ramai orang. Makanan lambat sangat..hampir sejam. Bila sampai, alahaiii


Minta makan untuk 5 orang, datang hidangan macam ini..oklah..
 
 Ini sotong goreng kunyit (sedehhhhhh)

yang ini ikan bawal 3 rasa...awak rasa apa? Ya ampun..macam terpinga-pinga tengok ikan ni. Lagi best, mak kolin ambil sikit makan. Ikan tu busuk!!! Ikan lama tau...so terus tak jamah. Habiskan nasi kosong tu terkulat-kulat kolin bawak ikan tu ke kaunter bayar. Kolin bagitahu, saya bayar semua termasuk ikan ini. Awak kira, dan mulalah aku komplen laaa..bla..bla ..bla. Tak minta maaf pun, tapi dia tak mahu kolin bayar ikan tu. Berakhir lah kat situ, tak minta maaf servis lambat, tak minta maaf hidangan 'huduh'. So pengajaran pada kami ni..memang TAK AKAN DATANG SINI LAGI. RESTORAN ALA MINANGKABAU ini memang tak de dah laaa. Bukan nak berlagak atau apa, baik kami ke warung kecil tapi sedap dan servis elok sikit. 

Keluar dari situ, kami pergi ke tempat lain dan tapau makan kat kedai lain terus balik ke chalet. Hidangan ikan busuk tu menyebabkan mama kolin muntah 2 kali kat hotel. Hanginnnnnn...bukan niat nak memburukkan atau apa. Mana tahu mereka dah tak macam tu kan. Tapi kolin memang serik..tak pernah blacklist tempat makan oiii . Selalu review makan, memang sedap ajeee..lazat..ini tak payah!

Balik chalet, kami melepak laa sambil ambil angin malam haaa...Menyejukkan hati sebab peristiwa tadi kan. Dan sepanjang malam anak dan suami tak tidur sebab memancing!!! Ye boleh memancing wei dari balkoni penginapan ini. Tak bawak pancing takpe, boleh sewa dari mereka. Senang cerita bawak semua sesiap termasuk umpan...karang jadi macam kami pergi laa mencari-cari.



 happy dia dapat memancing tau
 antara hasil yang dapat malam tu..
ada ikan gelama dan ikan apa ntah ni

betapa terangnya bulan malam tu..kami memancing sampailah matahari terbit. Memori terindah betul, korang nak bersama keluarga baik tempah tidur sini semalam. Memang lawa betul. Paling best 'family bonding' masa inilah bapak dan anak sesama buat kerja. Anak pun boleh belajar sesikit skill mancing kan. Ala aktiviti yang sihat kita support laa..asyik belajar pun boring.


Ini pula view dari dalam chalet tu. Tempat tidur dilimpahi cahaya dari terang bulan. Lawa sangat..dan macam tidur atas kapal. Mama kolin suka gambar ini...cantik kata dia..
 

memancing dan  berborak sampai lah pagi..inilah pagi di D' Muara Marine Park atau chalet terapung Haji Dorani. Mendamaikan betul. Tak tahu kenapa kolin suka sangat tempat ini. Masa menulis ni semua ingat lagi, padahal pergi sebelum bulan puasa tau. Ni baru berkesempatan nak share.


Nanti kolin cerita aktiviti sebelah pagi pulak tau. Bukan malam aje ada aktiviti. Dah siang pun ada jugak. Kalau nak booking tengok entri pertama ada nombor telefon. Booking cepat ya.

Sekian terima kasih

Kolin Zainal

 

4 comments:

  1. Menarik la Kolin...best nampaknya tu..rasanya tu ikan gelama ngan ikan baung...banyak ke hasil ikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak gak ler..tapi kami bagi orang. Sebab lepas check out pergi berjalan. Lupa bawak bekas huhu

      Delete
  2. Nak tgk yg pagi view.. pat update

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah ..pagi lagi syok..part 1 dah baca ker belummmm

      Delete

loving me..loving you