Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Terima kasih !!!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Sebenarnya sejak kolin pandai menulis dan berkongsi dalam blog ini memang bukan nak menunjuk atau apa sahaja tau. Sebenarnya lebih kepada perkongsian. Jadinya kalau pergi bercuti, kolin suka letak gambar dan cerita apa aktiviti yang kita sekeluarga boleh buat. Kalau pergi melancong dengan kawan-kawan pula, ada lah cerita yang lain pula kolin akan kongsikan. Ini semua adalah salah satu sebab kolin suka bercerita. Bercerita di dalam blog kan tak kacau sesiapa, betul tak? Kita bebas berkarya dan kita bebas berkongsi apa sahaja. 





Terima kasih buat pembaca ini, terima kasih sebab bagi kolin senyum satu hari. Sungguh beretika bila minta izin nak berkongsi review kolin mengenai AVANI SEPANG. Kalau bercerita tentang tempat tu memang kolin suka lah sangat. Tempat yang cantik, lawa, bersih dan paling penting para pekerja di situ semua ringan tulang. Kolin suka suasana tidur boleh dengar ombak waktu malam. Dan kalau rajin boleh berbasikal sepanjang resort tu. Perkara paling menarik ada meja makan luar tu. Ya ampun, seronok minum kopi melepak sekeluarga tau. Itu lah dia sedikit sebanyak review kolin mengenai Avani Sepang yang kolin kunjungi lewat tahun 2017. 

Terima kasih kepada pihak resort sudi menjemput kolin, layanan sekeluarga terbaik tau. Lepas tu terima kasih kepada tuan yang sudi berkongsi review kolin ni. Harap tahun 2018 ini lebih banyak lagi tempat yang boleh kolin berkongsi dengan korang semua nanti. 

Terima kasih tuan !!! 

Yang benar, 

Kolin gembira 

6 comments:

  1. sharing is caring kn kolin..rezeki dlm pelbagai bentuk...kita share info sesuatu tmpt bole kwn2 jd rujukan sama juga mcm tmpt mkn kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah...kita sharing aje. mana lah tahu ada yang nak pergi. Rujukan bukan nak menunjuk. Jom share banyak banyak amy hahaha

      Delete
  2. ada rezeki ble pergi cni. tq review sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha a...saya doakan awak ada rezeki ke sini nanti ya. thk you komen

      Delete

loving me..loving you