Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

REVIEW: Westside Bistro tampil dengan menu baru - Stik & Grill

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Buat semua warga Shah Alam, kolin nak berkongsi tempat baru untuk korang lepak dan menikmati makan malam minggu. Dan semestinya tempatnya senang sangat, di tengah Bandaraya Shah Alam aje. Westside Bistro, restoran santai menampilkan kombinasi selera Barat dan Timur buat semua. Beroperasi sejak tahun 2010 lagi dan  ianya terletak di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC). Bistro yang menampilkan suasana tenang dan mendamaikan ini sesuai dijadikan tempat lepak seisi keluarga. 






Kalau korang nak buat mini reunion atau apa sahaja sambutan boleh lah ke sini. Kolin suka sebab suasana santai di sini. Memang best sebab sambil makan, boleh layan lampu-lampu tepi jalan tu. Inilah dia ruang makan di luar untuk menu baru Stik and Grill di sini. Buat peminat stik mesti cuba menu baru ni lah


Westside Bistro bakal mengadakan promosi terkini mereka iaitu hidangan stik dan grill bermula 4 Oktober 2017 bermula dari 6.00 petang sehingga 10.30 malam setiap Rabu sehingga hari Ahad. Dengan promosi hebat ini, orang Shah Alam atau mana yang berdekatan tu boleh lah datang sini dan menikmati hidangan stik dan grill yang disediakan ala minute. 



 

Menurut kata Kamarolhizen, Pengurus Westside Bistro, Saya dan warga kerja di sini amat teruja untuk memperkenalkan seleksi pilihan sajian stik dan grill yang disediakan khas buat semua bakal pengunjung nanti. Istimewanya menu kali ini, Chef Eksekutif, Jamili Napiah membawakan keunggulan dalam masakan yang bakal dihidangkan. Hidangan utama Stik & Gril - Daging panggang Skewer, Kambing Panggang Skewer dan Ayam Panggang Skewer. Chef menjanjikan semua hidangan yang bakal disediakan adalah segar demi menjaga kelazatan hidangan yang bakal dihidangkan. Jadinya korang yang belum pernah ke sini, patut lah cuba kan. 




Promosi Sizzling Skewer yang sedang berlangsung dari sekarang sehingga 31 Oktober 2017, diberikan penjimatan hebat tau. Jangan lepaskan peluang ini korang semua. Lawat laman https://sacc.onpay.my/order/form/wssteakandgrill bagi penjimatan yang berbaloi buat korang sekeluarga. Bagi tempahan meja yang dibuat pada hari Rabu dan Khamis, kanak-kanak berumur 7-1- tahun akan dijamu secara PERCUMA di buffet kanak-kanak yang disediakan. Sementara kanak-kanak di bawah usia 6 tahun percuma! Selain hidangan utama ini, korang juga boleh nikmati free flow air, soup, salad dan buah-buahan.





yang ini boleh order dalam menu tau


cheese cake tersedap ini boleh dibeli dengan harga RM75 sekilo

Kalau korang nak buat majlis pun boleh tau. Westside Bistro mampu menampung lebih 100 orang  pengunjung pada satu-satu masa. Itu lah yang kolin cakap, kalau nak buat keraikan pejabat ataupun peribadi, silalah pertimbangkan restoran ini okay. Akses parking pun senang, tengah-tengah Shah Alam sure jemputan korang tak akan sesat lah. 

Bagi yang perlukan maklumat lebih lanjut sila ke 


Ataupun call sahaja mereka untuk penempahan segera di talian 03-5511 8858. Kolin cadangkan kalau korang sekeluarga nak chill out malam hujung minggu sila lah ke sini. Bolehlah lepak makan stik sambil dengar lagu dan tengok Shah Alam di waktu malam.
 Ini pula harganya :

Normal Rate : RM 48.00+
Normal Rate Kids Buffet : RM 12.00+

Terima kasih Westside Bistro !! Jangan lupa lepak sini okayyyy

Love, 

Kolin Zainal 

2 comments:

  1. aida ni agt suka kedai gini.
    nampak santai tapi ekslusif.
    lama dah x gi makan2 ni, kolin.
    and lama la jugak aida x ke shah alam.

    ReplyDelete

loving me..loving you