Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Bali oh bali

Assalammualaikum
 
 
waa seronok kan kali ni weekend panjang sikit bersambung dengan perayaan thaipusam. dan pada 28 ni kolin, peja, mas dan huda akan berangkat bercuti ke bali indonesia. macam tak sangka plan kami dari last year akan direalisasikan pada hari isnin ni. flight ke sana jam 10.30 pagi isnin nanti, kali ini kolin pergi dengan girlfriends saja..family maybe next trip. Insya Allah..

doakan pemergian kami pergi dan balik ya..

nanti kolin update perjalanan di sana ya..

adios

Lace bermanik

Assalammualaikum

sekian lama buat baju orang, ini kali baju kolin. kain yang dibeli hanya RM3 semeter di bandung pada tahun 2009 akhirnya siap dihantar jahit. manakala kain kosong bahagian atas kolin beli di nagoya saja. kurung moden dan kain duyung menjadi pilihan untuk fesyen kali ini.

apa yang kolin buat, kolin ambil cebisan lace yang kolin mintak dari kak mun. so dah dapat kebetulan biru jugak. so kena aje lah bila buat kat baju kosong ini. manik dan pearl yang kolin gunakan pun tak heavy sebab memang tak suka heavy beading.

enjoice ~




suka tak?
kolin suka sangat..dan rasanya boleh pakai baju ni nanti masa kenduri adik kolin pada 17 feb 2013 nanti. sebab tema dia kelabu, pink dan hitam..ha elok lah aku pakai kelabu kan..

chaiyokkk

Coretan di Gambang

Assalammualaikum

ini lah gambar pertama bagi tahun 2013 kolin yang berkursus di Gambang. So jum tengok gambar-gambar di sana semasa kolin berkursus. Di sini kami selitkan sekali sambutan hari lahir tuan pengarah kami yang ke 25 oopssss...hahahha..stay young yaa..age just a number...

keseluruhannya sangat sangat happy dan sangat sangat seronok. nak bercerita apa yang kami lakukan kat sana pun boring aje. sebab kebanyakkan berbincang pasal kerja.
so ini di antara gambar-gambar seronok yang kolin mampu share. sekali lagi, gambar di taman air takde sebab kamera lupa bawah..cess

kami lah jurulapor kali ini..reena and me!


dinner time




my working station. that nine west bag bought from http://usaboutique.blogspot.com/ with superb price...heheh


 Assalammualaikum

  last week pejabat kolin ada buat pesta makan buah buahan tempatan. bersempena dengan musim buah yang di sana sini sekarang. so apa lagi, pagi tu dimulai dengan bacaan yaasin dan doa kesyukuran. abis semua tu..sebat!! semua bersilat dengan rambutan, durian, duku tapi ada juga terselit buah buah yang bukan tempatan seperti anggur dan limau mandarin untuk pre CNY yaa..ye lah 1  Malaysia kan..so merasa lah makan semua tu. dan untuk info khasiat buah-buahan tempatan kolin kredit pada  http://petuaseharian.blogspot.com semasa pencarian di google untuk support gambar kolin di bawah. so enjoy the picture dan info menarik mengenai buah buahan tempatan. 

Enjoice~

my face soooo happy kann

http://petuaseharian.blogspot.com

Khasiat buah-buahan tempatan

Makanan adalah penting untuk tumbesaran dan kehidupan harian manusia. Kita memerlukan pelbagai jenis zat makanan untuk memastikan badan kita kuat dan sihat. perlu memakan pelbagai jenis makanan untuk mendapat nutrient yang seimbang. Salah satu makanan yang penting dan berkhiasiat ialah buah-buahan. 
Walau bagaimanapun, buah-buahan import seperti oren, epal dan anggur dianggap sebagai buah-buahan yang mahal. Bagaimanakah kita boleh mendapatkan buah-buahan dengan berkhasiat di samping berjimat? Oleh itu kita hendaklah mencari buah-buahan alternatif lain bagi memastikan kita mendapatkan khasiat makanan seimbang yang diperlukan.
Sebenarnya Negara kita bertuah kerana mempunyai iklim yang sesuai untuk penanaman pelbagai jenis buah-buahan tropika. Buah-buahan tempatan ini bukan sahaja sedap, berkhasiat tinggi. Kita dapat membeli buah-buahan tempatan yang lebih segar dengan harga yang lebih murah daripada buah-buahan yang diimport. Jika rumah anda mempunyai kawasan halaman yang besar, anda juga boleh menanam buah-buahan tempatan seperti betik dan pisang yang mempunyai khasiat tinggi dan mudah diatanam.
Mari kita lihat khasiat yang terdapat di dalam buah-buahan tempatan.
Khasiat Buah Betik
- Mempunyai serat yang dapat mencegah toksin di dalam usus besar.
- Mengandungi antioksidan
- Kaya dengan papain, sejenis enzim yang baik untuk proses pencernaan makanan.
- Baik untuk jantung
- Membantu dalam pemulihan luka.

Khasiat Pisang
- Memberi sumber tenaga yang segera.
- Membantu untuk mengatasi masalah sembelit
- Mengandungi Tryptophan, sejenis protin yang m’bolehkan badan mengubahnya menjadi serotonin yang akan membantu anda berasa relaks dan gembira :)
- Boleh merangsangkan pengeluaran haemoglobin di dalam darah. Ini dapat membantu mencegah anemia.

Khasiat Jambu Batu
- Berkesan dalam menurunkan kadar kolesterol dan tahap glukosa dalam darah.
- Bahan antioksidan yang berkesan 
- Dapat memperbaiki keadaan kulit dan mencegah masalah kulit 
- Baik untuk sembelit
- Jus Jambu Batu yang mentah dapat melegakan penyakit batuk dan selesema.

Khasiat Tembikai
- Dapat membantu mengurangkan risiko untuk mendapatkan kenser prostat dan penyakit kardiovaskular.
- Biji tembikai ialah sumber protin yang baik
- Dapat meningkatkan sistem imunisasi supaya tidak mudah diserang penyakit.
- Kaya dengan vitamin B yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga
- Dapat mengawal tekanan darah.

Khasiat Nenas
- Mengandungi potassium yang tinggi dengan kandungan sodium yang kecil, iaitu membantu menurunkan tekanan darah.
- Melindungi daripada masalah mata yang berkaitan dengan umur kerana ia kaya dengan bahan antioksidan.
- Membantu untuk membina tulang yang sihat.
- Melindungi badan badan kita daripada radikal bebas yang akan menyerang sel yang sihat.
- Membantu untuk membina sistem imunisasi badan yang semula jadi.
- Membantu untuk menghalang pembentukan plak.

Deer Land Kuala Gandah

Assalammualaikum

Selesai tengok gajah, kami terus keluar dari situ dan membelok ke arah Deerland yang ada di papan tanda jalan sebelum masuk ke tempat gajah ini. Dalam 2 kilometer melalui jalan yang agak sunyi dan kiri kanan hutan kami pun sampai lah di kawasan ini. Kawasan parking agak senang, mungkin tidak ramai mengunjungi tempat ini pada hari kami pergi..iaitu ahad ye.




Di tempat melawat gajah tadi memang tidak mengenakan apa-apa bayaran akan tetapi di sini mengenakan RM6 untuk seorang dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Kami diberikan sticker dan kupon untuk memberi makanan kepada haiwan di sini.

perjalanan masuk pun dimulakan..semasa masuk di dalam kawasan ini banyak tumbuhan herba yang kami jumpai. Suami dan kolin adalah peminat pokok, so memang tak heran kebanyakkan pokok kami kenal dan suka sangat nak tanam ye.

sepanjang jalan untuk melihat rusa ini ada haiwan haiwan lain yang dibela di dalam ini. ada ayam hutan, burung-burung yang susah dijumpai dan ular pun ada.

sesi bagi rusa makan pun bermula. sekali lagi anak-anak melarikan diri kerana takut. kami dibekalkan dengan dua mangkuk ubi keledek untuk memberi makan kepada rusa-rusa di sini. Mereka di berlakon macam super kebulur sangat-sangat tau.


nak pegang ular sawa albino pun ada tau..boleh la untuk sesiapa yang tak geli tu. 
kalu kolin..ampun ler..laki aku ni tiap2 kali nampak ular nak pegang saja hihi


last sekali kami p melepak tengok itik comel kata si imran.
deerland ni tak banyak aktiviti pun bole buat. untuk bayaran RM6 tu hanya tuk makanan si rusa kut. rusa dia memang banyak, tapi yang kebulur tu..ada laaa
tepi tepi tu untuk kita bagi makan siap gaduh gaduh kooo

so sesiapa yang suka nature macam ni sila lah ke tol lanchang dan follow papan tanda ke sini yaa

selamat berjimba


Reebonz CNY Sale

Assalammualaikum

kolin dijemput untuk menyertai sale yang akan diadakan bersempena perayaan tahun baru cina ni. macam tau aje si reebonz ni kolin dapat bonus tau..hihi. so sabtu ni Insya Allah kalu tak berapa sibuk akan pergi kut. tapi dah RSVP pun hari tu masa dema call kata nak pergi.

anyway kepada kepada semua kawan-kawan yang suka handbag bertajuk dan murah, sila lah ke sale reebonz seperti yang tertera di atas. mana tau ada yang murah dan menarik perhatian..

happy shopping!

Please find William Yau

PETALING JAYA: Let's do our part to help find six-year-old William Yau Zhen Zhong, who has been missing since Wednesday (Jan 16). Print this poster and stick it up to help with the efforts to find the boy, who was last seen at Jalan Putra Mahkota 7/6c in Putra Heights.


**************

mohon sebarkan dan sama sama kita mencari kanak kanak kecil ini. Semoga dia selamat kembali ke pangkuan keluarganya.

sedih..budak lelaki ini sebaya ali imran saja...
semoga selamat hendaknya..

 

kepoh

Assalammualaikum

dah 2 minggu alisa maisara dah mula bersekolah, apa yang kolin perasan dia yang berumur 4 tahun masuk sekolah ini makin petah bercakap. mungkin sebab dia dah ada kawan-kawan kut, hatta mereka bercakap macam itik dengan ayam hahahah. Tapi jangan tak tau, anak-anak mereka sudah mulai bersekolah di usia 3 tahun tau. 

nak dijadikan cerita, bila dah masuk sekolah cha ya nun alif memang terkenal dengan homework yang banyak sangat. ini lah di antara homework alisa oi..yang ini dia buat sendiri dan tunjuk kat aku kata"mummy, dah siap dah"..bangga tak aku..

math yee

well memang ikut dot dot aje..dan pandai pulak ko warna dinasour tu kuning ye alisa. sangat bangga ngan anak dara ini ok.


ini lah amoi alisa maisara...yang kepoh. 
korang nampak bunga atas kepala tu..tu lah bekas bunga hantaran tunang adik ipar aku tu. dia nak sangat pakai ats kepala. So mak ngah dia buat sanggul dan letak 3 kuntum bunga ok. Dan alisa sangat perasan cantik ok..pitamm..

sekian saja kesah si kepoh..wink*

Kuala Gandah, Pahang

Assalammualaikum

Hari ahad 13 Januari 2013, kami memang baru balik dari Kg. Awah Jengka, kebetulan aku berkursus di Gambang, adik ipar bertunang di Pekan dan bertandang di Kg. Awah, Jengka. So Ahad..time to go home..anak-anak nak sekolah yee..

So masa nak balik teringin ikut jalan lama..so memang ikut jalan lama. Dari temerloh keluar mentakab dan kami hanya mengikut papan tanda yang tulis kuala lumpur..well tak akan sesat dan jalan dalam sangat ok to explore tau. FUN!!

so masa jalan-jalan nampak signboard "Elephant Reservoir and DeerLand" menyenget laki aku belok masuk hahah. Ini di antara tujuan kami lah, ikut jalan dalam untuk explore apa yang ada jeng jeng jeng. So akhinya sampai lah aku kat kuala gandah, nak tengok gajah oii...

apek

tulang gajah

perjalanan ke dalam kawasan ini memang ke dalam dan melalui perkampungan orang asli. Jalan agak sempit dan memang lalu di bahagian hutan lah, tapi jangan takut ..teruskan saja perjalanan anda. Sesampai di sana, kawasan parking sangat mudah dan tiada bayaran dikenakan tau. Semua pelawat dikehendaki mendaftar di kaunter bagi mendapatkan sticker. Sticker tu nanti lekat kat baju, mungkin untuk keselamatan kut.

so kami pun terus lah ke tempat menengok gajah...

 laki aku petik bunga wangi..bunga hutan kut..lawa landskap di sini

peace!

so masuk dalam kawasan tu..adalah taman herba bla bla..so nampak sungai di sebelah kiri kami. tapi paras sungai memang tinggi dan bendera merah dinaikkan so for sure tiada aktiviti mandi bersama anak gajah laa kan.

di sinilah anak anak gajah di simpan

ada makanan yang boleh kita beli dan bagi anak anak gajah ni makan. seronok tau

anak gajah!

ali imran yang lari hahahha..so papa dia pergi dapatkan ali imran..takut oii

sampai kene dukung ali imran..dia takut sangat

the drama queen!! terkejut tengok gajah

budak takut

hubby


bagi gajah makan tebu!

tengok gajah makan dan mandi

ini lah kisah gajah kuala gandah, dimana dikatakan anak anak yatim ni semua ditinggalkan ibu bapa mereka semasa kecil. ada juga gajah OKU di sini, mereka memelihara gajah di sini. baik hati kan..

tapi malangnyer aktiviti mandi bersama gajah tak boleh laksana sebab paras sungai yang tinggi. mungkin lain kali kami boleh singgah lagi di sini. senang aje, dari lebuhraya karak tu masuk MTD kan..masuk tol lanchang selepas itu ke kanan, lebih kurang 20km dari situ sahaja. kita plan next trip yaa...sampai kita bole mandi ngan anak gajah..ko hado?!! heheheh

chow

Bukit Gambang City Resort

Assalammualaikum

Kali ini kolin kene pergi ke Bukit Gambang City Resort untuk hal kerja aka berkursus. Resort yang terletak di Gambang ini amat mudah sangat nak cari. Dari highway karak tu menuju ke kuantan dan keluar di tol Gambang. Terus dan ke kanan, dalam 8 kilometer akan nampak lah signboard Bukit Gambang City Resort nanti. Senang kan..

First impression, well nampak banyak ala ala kondo or apartment, tempat sangat bersih dan besar. So kami terus menuju lobi untuk mengambil kunci bilik. Memang macam tak sabar nak tengok bilik. sebab ruang lobi mereka sangat impressive ok..banyak kipas dan besar. yang penting nampak bersih!!! i like..

the reception

lobi..cosy kann

spacious..and windy

apa tunggu lagi..grab the key and i am going to my room!
kolin diletakkan di studio apartment, maknanya two super single bed. Arabian Bay kolin tak silap namanyer, so bilik 3924. Blok 3, tingkat 9 dan bilik no 24 super hujung dunia ok!!

tapi hilang penat bila tengok bilik dia..uwaa..heaven ..a perfect honeymoon getaway sangat sangat. kolin promosi nih..whoever want to go honeymoon or bercuti bersama keluarga the room will promise you the good vacation ok.

 the bed is super size ok

the sexy bathroom!!

clean!!

tired face!

tengok lah bilik dan bilik air nyer..besar sangat. suka sangat sangat..lagi pulak ada balkoni untuk melepak, aircond tak payah cari remote control kat dinding aje terus, tv lak clear aje siaran dan flat skrin, ada hair dryer, iron dan board dalam bilik tak perlu mintak. semua ok sangat tau..
so disebabkan semua ok..kolin pose hahah





dah siap kolin posing bagai-bagai hatta muka tak mekap tu ..so sekarang untuk melihat view luar pulak. jumzaa..

haa dari lobi di bawah tu la kolin berjalan ke bilik. jauh kann

dia ada banyak blok kat sini..



untuk ke taman tema air di gambang ini kena naik tram yang rimau tu lah. taman tema air tu terletak di belakang blok blok sana tu. 


ini lah Bukit Gambang City Resort di Pahang. Untuk ke sini mudah sangat, hanya perlu lalu lebuhraya karak sahaja menuju ke pahang. Kolin minta maaf di taman tema air tak de langsung snap gambar sebab kamera terlupa pulak nak bawak. sedeh mak!! tapi taman tema air nya ok sangat untuk kujungan sekeluarga. mereka dalam perancangan untuk membina lebih banyak tarikan ke sini. 

Thank you Bukit Gambang City Resort for warm hospitality...