Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Lebih segar dengan SkinSoul SkinShield Travelling Set

assalammualaikum dan salam sejahtera

Adakah anda masih tercari-cari rangkaian produk yang bagus untuk kulit anda. Kolin nak share rangkaian produk terbaru dari Korea ini. Kenapa ianya best? Sebab ianya tidak menyumbat lubang pori dan pastinya muka pun bertambah segar dan sihat. Inilah dia SkinSoul SkinShield Travelling Set dan ouletnya terletak di Lot -LG077 in Mid Valley MegaMall Kuala Lumpur.


 Hydra- Purifying Cleanser





Dihasilkan dengan skin vitamins dan minerals dari Ashitaba mempunyai ketulenan Swiss Glacier Water yang sememangnya membantu membersihkan semua kekotoran, minyak dan pencemaran yang ada di kulit muka. Meninggalkan rasa segar dan nyaman. Memang kolin suka sangat cleanser ini sebab ianya senang untuk diratakan di seluruh muka. Tiada wangian juga, sesuai untuk kulit yang sensitif. 

Hydating, Energizing & Pore Refining Lotion



Toner yang sangat ringan ini mampu membantu kulit muka yang berminyak dan bermasalah. Rumusan yang terbaik tidak membuatkan pori-pori tersumbat. Malah toner ini berupaya mengecilkan liang pori yang terbuka dan memberikan kelembapan wajah yang seimbang. Ianya juga mengembalikan PH wajah.

 Lift & Bright Serum


Kolin yang dah berada di pertengahan 30 an ini memang memerlukan serum untuk mengembalikan keanjalan kulit. Dengan Lift & Bright Serum dari SkinSoul ini memang terbaik. Ianya dihasilkan dengan molekul kecil Ashitaba anti aging essence yang mampu mengembalikan kulit elastik dan anjal. Lagi best serum ini boleh digunakan di kawasan mata. Senang kan...hanya sapu sahaja dan tidak berminyak langsung!

12 in 1 Suncare Day Cream SPF 50

Krim yang sangat bagus ini kolin memang suka. Ianya senang diratakan dan mengikut warna kulit wajah. Tak perlu risau bercapuk atau berbelang. Memang senang dan tiada wangian tambahan. Powerful skin care dilengkapi dengan sun protection ini adalah base make up yang mampu memberikan kita 12 kebaikan untuk kulit. Melembabkan dan melindungi kulit, meratakan complexion, mencerahkan, menutup cela dan noda, melawan tanda penuaan, memberikan kulit lebih rasa sihat dan berbagai lagi. SkinSoul Day Cream dengan SPF50 memang memberikan rasa ringan kepada muka selepas memakainya.



Nampak tak muka lebih cerah dan bersih selepas mengunakan rangkaian SkinSoul SkinShield Travelling Set. Memang kolin puas hati sangat, sebab lebih senang nak bermekap selepas ini.


Untuk sebelah malam pula kolin mengunakan Night Cream dari SkinSoul. Ianya mampu membaiki kulit wajah sepanjang malam. So esok pagi bila kita bangun, kulit tampak lebih segar dan sihat.


Senangnya nak dapat kulit segar bukan? Untuk makluman korang, Ashitaba ialah daun yang mempunyai kebaikan yang mampu mendetox, menaikkan metabolisme, menguatkan sistem imun dan berbagai lagi. SkinSoul sememangnya mengunakan bahan semulajadi untuk produk mereka. 


Untuk mendapatkan set travel ini korang hanya perlu Follow Blog Kolin here *Follow FB SkinSoul here*Follow Instagram SkinSoul here 

Selepas itu gunakan kod ini #iluvSkinSoul untuk mendapatkan set ini dengan harga RM388 dari harga asal iaitu RM500. Korang juga layak untuk dpat SkinSoul SkinShield Set yang berharga RM100 dengan pembelian RM100 dalam satu resit. Jangan lupa follow semua link yang kolin berikan tu tau. Gunakan  #iluvSkinSoul untuk mendapatkan tawaran menarik ini. Jangan malu dan segan-segan masuk outlet SkinSoul untuk cuba dan rasai sendiri kesan pengunaan produk mereka. 

Bagi pengemar teh pula, SkinSoul juga ada Ashitaba Tea untuk dicuba. Kotak 60 uncang dijual RM98.00 sekotak dan Kotak 24 uncang hanya berharga RM39.80 sahaja. Rasakan kebaikan Ashitaba untuk kesihatan yang lebih baik. Jangan lupa pergi outlet SkinSoul ok!

#iluvSkinSoul 

Love, 

Kolin Zainal






No comments:

Post a Comment

loving me..loving you