Tuesday, July 25, 2017

DIY telur masin dengan kos RM7.69 sahaja.

assalammualaikum dan salam sejahtera

Semalam kolin sarapan nasi kerabu daging. Korang semua tau kan macam mana nasi kerabu. Tapi feeling terus tak best sebab nasi kerabu yang dibeli dengan harga RM5.50 tu tak ada telur masin. Adei....memang tak kick dan tiada maknanya terus tau. Kolin suspek telur masin tu mahal ! So penjual nasi kerabu ni asingkan telur masin tu dijadikan lauk jugak kut. Maknanya macam nasi lemak tak letak telur rebus lah. Kalau nak telur rebus tambah lagi kut duitnya. Terus macam tak best kan !

Disebabkan itu lah kolin share cara buat telur masin senang dan murah. Murah la kalau dah 10 biji telur masin kos hanya RM7.69 aje. Sebab kalau beli 3 biji telur masin siap tu dah RM5 ke RM6 kan. Yang ini lagi bagus, lagi bersih sebab kita sediakan sendiri.  Semua bahan-bahan ini kolin beli kat Sri Ternak Selayang. 


 Telur itik 10 biji RM7.00 dan garam tu sekilo RM0.69 sahaja. Balang tu kita guna semula dan letak air dalam balang tu. Tak perlu penuh-penuh sebab nanti nak masukkan telur itik tu. 


Korang semua basuh bersih-bersih ok telur itik tu. Masa beli memang agak kotor pun. So basuh bersih-bersih dan letakkan di dalam satu bekas. Berkilat putih telur kita kannn 


 Haa..susun semua telur dalam balang dan masukkan 10-15 sudu garam dalam balang air tu. Nak bubuh lebih pun boleh, sebab kita memang nak masinkan telur itik tu kan. Tak sedaplah kalau tak masin kan. Selepas tu kacau pelan-pelan tepi-tepi balang sebab nak bagi garam larut. Kalau nak lebih larut, korang bancuh 15 sudu garam dalam bekas lain dan tuang dalam tu. Pun boleh jugak.


Hah..siap sudah 10 biji telur masin pada kos yang sangat berpatutan iaitu RM7.69 sahaja. Senang dan sememangnya bersih dan suci sebab kita buat sendiri kat rumah. Tinggalkan dalam balang dan biar lah seminggu dua dalam balang tu. Nanti korang nak masak senang aje. Ambil terus dan rebus. Tapi kalau malas masa masak nasi dalam rice cooker tu masukkan telur tu. So nasi siap, telur masin pun siap terus untuk dihidangkan. 

So kepada penjual nasi kerabu kalau rasa mahal kos nak beli telur masin yang dah siap tu. Buatlah sendiri macam ini. Satu telur boleh potong 6 bahagian dan masukkan dalam bungkusan nasi korang tu. Tak lah mahal sangat kos tu kan. Jangan lupa buat begini tau. Semoga semua nasi kerabu dah boleh ada telur masin hihih

Love, 

Kolin Zainal 

Monday, July 24, 2017

jahit manik dalam masa sehari !

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Sebenarnya bukan lah sehari. Tapi disebabkan kolin bekerja dan masa yang ada malam sahaja. So kalau total out semua jam memang tak lebih 24 jam pun kolin siapkan manik ni. Maklumlah sejak akhir-akhir ini kolin jam pukul 11 malam aje memang dah mengantuk sangat. Mungkin letih di tempat kerja dan letih merayap-rayap itu yang malam aje cepat nak beradu. Lagipun tidur kan kena 8 jam dah menganjak umur ni hehehehe

Ini tempahan dari jiran kolin. Dia hantar rabu malam dan malam jumaat tu nak pakai. Itu yang marathon la kolin jahit manik ni. Request nak warna warni, selain tu tak ada permintaan lain. Itu aje lah yang sempat kolin fikirkan untuk design manik baju akak ni. 





Ok lah design simple macam ni kan. Sebabkan nak cepat, nak laju, nak segalanya hihih, itulah design nya. Semoga jiran kita suka dan tempah lah lagi kalau sudi ye. 

Love, 

Kolin Zainal 

Friday, July 21, 2017

Apa rancangan 'holiday' tahun ini ?

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Hurmm..camne ni kan. Geng-geng kaki travel memasing dah tanya kolin plan tahun ini nak pergi mana hahahha. Maklumlah dah setengah tahun berlalu perancangan masih tak ada kan. Ntah la kolin sendiri tak booking apa-apa pun tahun ini. Tak terasa nak ke mana-mana pulak. Korang ada cadangan tak ?

Macam nak repeat Bali, nak lepak berurut. Macam nak ke Korea makan strawberry dan kalau la kaya raya nak pergi London hahah. Ni pun group wassap dah berdesup-desup masuk tanya apa plan tahun ni. Tahun ni kita nak pergi mana hah?

 Kenangan di Beijing 

 Kenangan di Korea

Kenangan di Bali

Kenangan di Yogjakarta

Cuma tahun ini tak tahu nak ambil cop negara mana kan. Macam nak ke belah-belah Thailand pun ada, nak ke Indonesia pun ada jugak. Maklumlah ada banyak lagi tempat yang belum kolin terokai. So sebagai 'ketua rombongan' kolin belum buat apa-apa keputusan lagi pun. Tabung hampir penuh apa kata kita pergi London hahahhaha...Tapi dalam banyak-banyak destinasi satu tempat memang menjadi idaman. Harap tak lama lagi dapat jejak kat sana. Doa hari-hari supaya diberikan kekuatan dan dicukupkan semuanya. Doa kuat-kuat niiii

Okay lah korang, kolin nak jawab group wassap ini haa.. Masih clueless destinasi kami tahun ini. Tak ada pemilihan rasmi lagi lokasi mana yang bakal kami gegarkan hihi. So nanti dah ada kolin share ok. Mana tau korang nak tips masa pergi selepas kolin pergi kan. So selamat berhujung minggu korang !! Saja aje taip entri ni sebab tak ada bahan nak tulis hihihi. Babai..

Love, 

Kolin Zainal 
 

Thursday, July 20, 2017

Hasil 4 bulan dengan STEA TEH HIJAU

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Ingat tak ada satu entri blog kolin mengenai STEA TEH HIJAU yang dapat membantu mengawal berat badan tu. Kolin selepas review produk ini memang teruskan minum aje. Sebab kolin sendiri peminat green tea ini. Dan tanpa kolin sangka, STEA memang memang membantu kolin untuk hilang inci dan jua complexion muka. Muka pun sekarang kurang berjerawat, berminyak dan kurang masalah lah. Bab susut badan, tak usah cakap lah. Sebab lagi lama kolin consume produk ini dia macam kurangkan selera makan lah. Nak minum dan makan benda manis pun macam tak boleh ambil banyak sangat. Sebab macam terasa dah over manis tu. Dan hasilnya..pipi kolin tak tembam lagi uollssss


Kalau korang nak tengok yang first time kolin review pun dah hilang almost 2 kg berat badan. Tapi masa tu badan masih nampak tembam-tembam, pipi usah cakap ler. Memang terserlah sangat. Bahagian peha tu memang 'kepsi' sangat !! Sebab nampak bersayap tau. Korang jangan terkejut tengok gambar terbaru ni tau. Baju pink tu masa trip ke Penang bulan April 2017 dan gambar terbaru masa Julai 2017 menghadiri open house berhari raya. Nampak tak ketara muka dan susuk tubuh dah susut. Memang lah tak banyak, tapi kita hilang dan susut badan secara semulajadi tau. Jadi sihat lah, tak memudaratkan. Kalau korang sendiri buat research teh hijau adalah yang terbaik dalam anti-oksidan dan anti kanser. 
 Inilah gambar kolin !!! 
Haa mesti terperanjatkan ! Sebab kolin sendiri tak perasan kolin susut, tapi kawan-kawan ada tegur. Memang kalau perasan seluar dan baju kebaya ketat zaman dedulu semua dah boleh muat dah. Mana ketat tu dah mula longgar sedikit dan paling penting kolin rasa ringan badan. Dan lagi best, kolin sendiri dan jual STEA hahahah. Sebab kolin sudah cuba, dan jadi testimonial untuk produk ini tau. Produk yang organik, bagus untuk semua mesti lah kita share dengan semua orang kan. So korang nak beli STEA yang berada di Shah Alam, PJ, Kepong dan Jinjang boleh lah roger kolin kalau nak beli. Mana yang segan email pun boleh hehehe. 

Sama-sama kita tampil yakin dan sihat dengan STEA Teh Hijau ok. Kalau tak mula sekarang nak jaga kesihatan bila lagi betul tak. Kalau korang dah pernah minum teh hijau lain, korang patut cuba STEA sekotak. Lepas tu mesti korang nak lagi sebab STEA tak payau dan tak pahit. Dah abis minum, uncang tu guna untuk skrub muka dan badan. Tiada pembaziran pun setiap kali pembelian korang tu. Nanti 25 haribulan gaji kan ?!..jangan lupa order tau. 

Doakan kolin kurus dan sihat ye...


Love, 

Kolin Zainal  

Wednesday, July 19, 2017

Dah lama tak jahit manik banyak-banyak

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Lama betul kolin tak update pasal manik kan. Tapi sebenarnya rezeki jahit manik tu ada aje. Cuma kalu buka tempahan tak larat kolin nak buat banyak-banyak macam dulu. So bebaru ni pelanggan biasa kolin laa yang tempah untuk dinner. Baju simple warna hitam dan inginkan silver atau kilauan kelabu untuk tema dinner. Kolin memula pening jugak nak buat less is more hahahha. Tapi try juga dan alhamdulillah dia suka lah. Kita pun sedap lah sikit hati sebagai penjahit manik kan. Manik simple aje pun, ambil masa sehari sahaja nak siapkan dari tangan ke bahagian badan. 


 Inilah dia hasilnya. Ok ker tidak. Nanti ada masa kolin share lagi banyak hasil manik. Terima kasih buat kawan-kawan yang banyak menyokong kolin tau. Semua tempahan ini hasil dari buah mulut kawan ke kawan yang lain. 


Terima kasih membaca kerana membaca entri ini !!

Love, 

Kolin Zainal

Monday, July 17, 2017

Happy Birthday ALTHEA #Altheaturns2

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat peminat kosmetik, skincare atau apa sahaja barangan kecantikkan dari Korea ini lah masanya untuk korang shopping !!! Buat pengetahuan korang semua, Althea Korea  tengah meraikan ulangtahun kedua mereka. Jadinya banyak sangat tawaran menarik tau !! Antaranya banyak potongan harga dan ada contest untuk korang semua tau. Haaa...


Inilah dia yang korang boleh dapatkan dan sertai kalau korang shopping di Althea Korea sekarang
  • Althea Birthday Sale
  • Birthday Giveaway 
  • (Free Beauty Products for shoppers to add into cart)
  • Althea Birthday Goodies  
  • (Limited Edition Box + DIY Bday Kit + Sample Pack)
  • FLY ME TO KOREA for TWO!
  • Contests to win prizes 
  • Terms & conditions apply, more info on www.althea.kr
 Inilah dia antara barangan yang kolin sempat shopping di Althea Korea tau. Ada BB Cream, Lipstick 2 tone, penyembur pewangi rambut dan pelbagai lagi. Dan lagi menarik kalau korang shopping sepanjang sambutan hari ulangtahun kedua mereka, pelbagai sangat barangan percuma yang bakal korang dapat. Goodies tu ada face mask, bedak dan pelbagai barangan kecantikan dari mereka.


Inilah dia kotak istimewa dari mereka. 


Beli 4 barangan aje tau, sekali penuh goodies dari Althea. Memang seronok masa bukak kotak ini. Haahahaha happy sangat !!! Antara barangan yang ada dalam kotak inilah dia. Keindahan dunia sangat


Lipstik ini kalau pakai memang 2 tone lah kat bibir. Macam retis korea tu. 

 


Untuk orang yang macam kolin gila skincare dan mekap memang gembira dapat semua ini. Dan kalau korang tak pernah ke Korea, korang kini boleh dah shopping barangan Korea dah. So mana tahu boleh cantik jelita macam artis Kpop tu kan. Jangan lepaskan peluang dan mula bershopping dengan ALTHEA KOREA sekarang untuk pelbagai tawaran dan peraduan yang sedang mereka lancarkan. Rugi laa kalau menang boleh terbang ke Korea tau

Kalau beli semasa promosi sambutan ulangtahun Althea korang akan dapat kotak cantik bersama semua DIY Birthday Decoration yang macam atas kotak kolin hias ni. So korang boleh hias sendiri dan masuk laa peraduan siapa hias kotak happy birthday paling comel!! Haa macam kolin ni.


Happy birthdah ALTHEA KOREA
Korang kalau dah beli jangan lupa share di media social dan letak hashtag ini okey, #Altheakorea #Altheaturns2
Love, 

Kolin Zainal

Saturday, July 15, 2017

Pusara Abah

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Inilah pusara abah kolin Allahyarham Syed Zainal Bin Syed Ali. Dah 22 tahun abah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Kenangan sebenarnya makin pudar, tapi selalu bercerita kat anak-anak mengenai arwah atuk enal. Atuk enal garang, atuk enal pandai bertukang, atuk enal orang yang kelakar dan atuk enal pandai memasak. Memang cara kolin ingat arwah abah macam tu lah. Dengan mengingati apa sahaja menda kelakar yang pernah dia buat. Arwah pergi pada umur 44 tahun dan kami semua masa kecik lagi. Jadi anak yatim dahulu, tak sesenang anak yatim sekarang. Kalau dulu memang terus terang cakap kami tak ade zakat, bantuan atau apa-apa sumbangan. Memang mama atau dikenali sebagai cik timah aje lah membesar kan kami adik beradik. 

Nak pakai apa, nak mewah apa semua sendirian berhad. Itu yang kolin mula bekerja umur 15 tahun. Duit tu lah guna untuk pelbagai benda. Mewah lah kalau time tu kerja dah RM1,000.00 sebulan kan. Itulah dia serba sedikit pasal kami ni.

Inilah kubur arwah abah yang berada di Batu Pahat Johor. Memang mengharapkan sedara mara sanalah tengokkan. Kami ni kalau ada kesempatan balik Batu Pahat memang tak pernah tak singgah tengok rumah abah. Terima kasih kepada pakcik kolin yang sudi share gambar ini kat group wassap keluarga kami. Terima kasih sudi mengemas dan melawat kubur abah kami. Jasa dan budi baik hanya Tuhan sahaja yang membalas. 



Alang rindu sangat dengan abah !! Takpelah Allah lagi sayangkan abah.... Al Fatihah

Love, 

Kolin Zainal