Assalammualaikum korang
Tahun 2024, kolin nak buat menu berbuka macam diari kat dalam blog ini. Setiap hari berbuka nak tangkap gambar dan share kat sini. Siap share lah sekali berapa kos yang kena. Kolin rasa ramai juga antara pembaca blog kolin yang jenis merekod perbelanjaan harian, lebih-lebih bulan puasa. Kita kan tak mahu membazir, tapi akhirnya kita juga yang berbelanja kat bazar tu hahaha
HARI PERTAMA RAMADAN
Untuk hari pertama kolin berjaya sampai rumah dalam 5.15 petang. So memang lega sangat.
Untuk nasi kolin memang masak lebih masa sahur, so berbuka tak perlu masak nasi, panaskan sahaja.
Untuk minuman, ais memang dah buat sendiri, so air sirap selasih untuk hari pertama.
MENU PEMBUKA SELERA
Kolin ni sekeluarga memang suka sangat masakan kampung. So hari pertama kolin goreng ikan bilis dan petai. Sambal pulak memang dah siap buat awal-awal. Just sira sahaja terus dalam kuali. Sambal tu senang aje korang, goreng bawang merah, bawang putih, cili dan belacan. Bila dah goreng layu, tumbuk semuanya. Lepas tu simpan sahaja dalam peti. Boleh makan macam tu sahaja atau makan bersama telur ke, ikan goreng ke, ayam pun boleh juga.
Siap sudah 1 menu
Untuk menu yang lengkap dalam gambar lah. Ni hidangan untuk semalam tau.
Agar-agar merah tu buat sendiri, buah tembikai jiran sedekah. Kuih hijau 2 jenis tu, siap dengan lauk gulai daging kawah dan asam pedas pari 2 ketul RM23 sahaja. Murah kan.
Balik beli telur sepapan dan minyak masak 2 paket RM18.
Jadi hari pertama ramadan kolin spend RM41. Untuk lauk berbuka dan juga stok up barang dapur sikit.
Tunggu hari kedua, berapa pula lah kolin belanja ya.
Selamat berbuka semuaaaaa
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you