Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Biogreen Pink Lady Oatmilk untuk anda yang sentiasa aktif

assalammualaikum dan salam sejahtera

Ingin kekal sihat dan kuat? Kolin diberi peluang baru-baru ini untuk mencuba minuman berkhasiat dari BioGreen iaitu Pink Lady Oatmilk. Sangat-sangat teruja sebab sememangnya kolin peminat susu dan juga nestum. Pendek kata, apa saja yang berkhasiat memang menjadi perhatian kolin.


Minuman yang berserat tinggi ini dihasilkan dari pelbagai bijiran dan kekacang yang bermutu.
Jom kolin senaraikan semua bahan yang ada dalam minuman ini supaya korang boleh nampak dan tahu kandungan Pink Lady Oatmilk dari Biogreen ini. Warna serbuk minuman ini pun pink. Kena dengan titlenya Pink Lady Oatmilk.
 

Inilah bahan-bahan yang dirumus di dalam tin ini:

Organic Oats
Buckwheat
Mung Beans
Black Rice
Red Lentil
Black Soya Beans
Soya Beans
Red Sorghum
Wheat Berries
Barley

Minuman berkhasiat tinggi ini diperbuat dari 10 jenis gandum, bijirin dan buah keras semulajadi yang tidak ditapis.  Tambahan lagi ianya mengandungi ubi bit yang merupakan sumber zat besi dan asid folik yang baik untuk meningkatkan bilangan darah merah dan tentunya memberik kan manfaat besar kepada wanita ketika dalam haid. Jangan tak tahu kebaikan minuman ini ianya juga mengalakkan kulit lebih cerah tau. 

Senang sahaja nak menyediakan minuman dari Biogreen Pink Lady Oatmilik ini. Ambil sahaja dua scoop dan bancuh dengan air suam. Pastikan kacau rata-rata takut ada serabut diet yang akan termendak di dasar cawan yang dibancuh. Kalau nak lebih spesifik sebanyak 25 gram setiap bancuhan lah. 


Kolin bancuh kat office senang sahaja sebab dah ada air panas dan air sejuk. Nak tahu rasanya bukan. Ianya tak manis dan tidak pahit. Macam minuman oat biasa. Tapi kolin suka tekstur kasar bijiran yang ada setiap kali kolin minum. Dan satu lagi kolin suka pink! Jadi...memang suka minum heheh


Sambil buat kerja, boleh minum demi kesihatan yang berterusan. Biogreen Pink Lady Oatmilk ini sesuai untuk Lelaki dan juga Wanita tau. Tidak bermakna nama dia Pink Lady kaum adam tak boleh minum. Boleh minum juga untuk menambahkan lagi kesihatan dalaman badan kita. 

Bagi anda yang mempunyai masalah antioxidant macam kolin memang patut rajin minum minuman yang berkhasiat ini. Ianya Malnutrisi (pelbagai nutrisi), untuk yang ada Anemia, bagi yang ada masalah kulit dan juga sembelit. Memang sedap perut minum ini. Dan kolin minum semasa perut kosong. Rasa ringan 
badan. Sedar tak sedar selama 14 hari minum Biogreen Pink Lady Oatmilk ini kolin rasa bertambah sihat. Masalah kulit kering pun dah berkurangan terutama di sekitar tumit dan siku.


Minuman berkhasiat ini amat membantu melembabkan kulit dan juga menolong kolin mendapatkan kulit yang lebih cerah dan halus. Rugi tak cuba kan. Untuk lebih maklumat mengenai BioGreen Pink Lady Oatmilk ini korang semua boleh lah layari www.biogreen2u.com dan selidik sendiri semua kebaikan yang ada.

Mungkin segelas sehari dah cukup kan. Tapi kolin ambil kadang-kadang sampai dua gelas sehari untuk kesan yang lebih optimum. After all, ianya hanya lah minuman berbijrin tinggi bagus untuk badan kan. Sedar atau tidak dah separuh tin dah kolin minum.  Dapatkan BioGreen Pink Lady Oatmilk dan rasakan sendiri perubahan kesihatan badan dan kulit anda ok.


Natural Beauty is Not a Myth!

Love

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you