assalammualaikum dan salam sejahtera
Sekejap sahaja masa berlalu dan kini anak dara kolin dah naik darjah satu tahun hadapan. Alisa yang mula bersekolah dari umur 4 tahun lagi. Dia sendiri yang ingin bersekolah, itu yang kami realisasikan dan penyudahnya dia bersekolah tadika selama 3 tahun.
Kalau dah nak habis belajar mesti ada Graduation Day kan. Ini lah Graduation & Concert 2015 yang berlangsung di Brem Mall, Kepong baru-baru ini. Meriah sangat!
Ini baju sebelum konsert. Lisa akan bagi ucapan alu-aluan dalam bahasa melayu dan juga menari tarian jepun. Memang gamat suasana Brem Mall dengan kehadiran semua ibu bapa dan kawan-kawan. Sampaikan ada yang bersila sebab kerusi tak cukup.
Punya lah excited Lisa. Dapat pakai baju penari jepun dan juga mekap. Tu yang gambar semua mulut tak tutup. Ajak minum air pun tak nak sebab takut lipstik hilang hahahha
Dah siap pakai jubah, Lisa gonna give a speech!!! My eyes watery!!!
Selepas itu penyampaian sijil dan hadiah pun belangsung. Yeay my dotter dah grad!!
Sekarang semua persembahan pun bermula. Bayangkan anak-anak umur 4 sehingga 6 tahun beraksi atas pentas. Memang cikgu semua mempunyai tahap kesabaran yang amat tinggi dalam melatih mereka semua ini. Good job teacher!
Kini tiba sudah giliran Lisa mempersembahkan Japanese Dance Fan
She is a good dancer. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan. Mak dia ketua penari UiTM Manjung di zaman kegemilangan tau hahahhaha. Belum sebut lagi menang daerah Petaling Jaya...
Siap dah semua persembahan, sekarang menyanyi lah semua murid-murid secara beramai-ramai. Officially, Lisa dah tamat sekolah tadika. Kini cabaran yang lebih lagi di sekolah rendah. Semoga Lisa lebih maju dan berjaya lagi. Dah habis nyanyi, Lisa pun dah lapar. Makan nasi separuh pinggan habis tau.
Tadika Kong Ming banyak berjasa kepada lisa, Banyak perkara yang dipelajari membaca, menulis dan juga mengeja. Alhamdulillah, kini persediaan Lisa untuk naik darjah satu semua dah siap 90%. Harap Lisa akan lebih berjaya di tahun hadapan.
So anak dah darjah satu ni, tetiba lak kolin rasa makin tua!! hahahhaha
Love,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you