Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Kempen Anak Bijak, Mak Menang Dutch Lady

 Assalammualaikum dan salam sejahtera

Dutch Lady Malaysia baru-baru ini telah mengadakan sidang akhbar mengenai kempen terbaru mereka di Mydin Mall, Subang Jaya. 


Ianya dimulakan dengan kata-kata aluan oleh pengacara majlis Sharifah Aleya dan disusuli dengan drama pendek dari Mia Sara dan kawan-kawan. Cerita mengenai Jo si Lembu. Comel sangat tengok anak Rane dan Leona berlakon bersama-sama di atas pentas. 


Buat pengetahuan korang, Dutch Lady telah melancarkan satu siri kad aktiviti pintar yang direka khas untuk merangsang minda kanak-kanak dalam pengalakkan mereka belajar mengikut tahap tertentu.

Sejajar dengan Dutch Lady Nutri Plan yang mempunyai 5x DHA bagus untuk perkembangan mental kanak-kanak. Oleh itu Dutch Lady menawarkan hadiah tunai berjumlah lebih daripada RM50,000.00 untuk dimenangi sepanjang kempen ini.


 Karen Yoe, Pengurus Pemasaran Dutch Lady Malaysia sedkit sebanyak menerangkan objektif kempen yang telah dilaksanakan. Setiap pembelian susu tepung Dutch Lady yang berumur dari 1 hingga 6 tahun ke atas akan diberikan kad pembelajaran ini secara percuma. Best kan!
Beli susu dan dapat playcard percuma, dapat meningkatkan pengalaman mengajar anak kan. 

Tetamu yang turut hadir ialah Dr. Raja Juanita Raja Lope, iaitu Perunding Pediatrik juga berkongsi serba sedikit mengenai perkembangan kanak-kanak di majlis pelancaran kempen Anak Bijak, Mak Menang ini. Beliau menegaskan "walaupuan setiap kanak-kanak mampu membuat sesuatu pada kadar yang berlainan, ibu bapa bertanggungjawab untuk memantau perkembangan si manja mereka". 


Pakar Pemakanan Korporat Dutch Lady Malaysia, Loo Mei Fong turut menyatakan kanak-kanak membesar menjadi lebih bijak dalam segi pemikiran apabila mereka membesarkan dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain. Sudah tentunya Dutch Lady dengan 5x DHA pilihan yang betul untuk perkembangan kanak-kanak kita. 


Simbolik majlis pelancaran ini sangat meriah. So jangan lupa dapatkan Curious Explore Create & Learn dari Dutch Lady Malaysia


Set Kad aktiviti Pintar yang direka khas untuk meningkatkan kemahiran kanak-kanak dari segi bahasa dan ekspresi dapat memberikan idea kepada ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak. Ianya juga dapat memberikan masa kualiti kita bersama anak-anak kan. 

 
Kempen Anak Bijak, Mak Menang menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM50,000.00 tau. Dengan mengumpul semua kad aktiviti dengan setiap pembelian susu tepung rumusan Dutch Lady, setiap penguna akan ada peluang memenangi wang tunai antara RM50 sehingga RM5,000.00 setiap minggu bermula pada 1 November 2015 sehingga 31 Disember 2015. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini sila layari www.smartmoments.com.my


Terima kasih Dutch Lady Malaysia


Love, 

Kolin Zainal

 
  

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you