assalammualaikum dan salam sejahtera
Lambat kan pos pasal sambutan hari lahir anakanda Lisa. Sebab banyak sangat blogpost yang kena taip dulu sebelum keluar cerita pasal anak dara seorang ini.
Untuk sambutan hari lahir Alisa Maisara yang genap 6 tahun ini kolin bawa dia naik ke atas puncak gunung Genting Highland. Menggunakan voucher kemenangan hari tu lah, dapat deluxe room untuk penginapan dua malam. Memang anak-anak suka suasana sejuk dingin pun.
Inilah bilik deluxe di First World Genting Highland. Agak cramp untuk dua malam. So kali ni kami menginap untuk satu malam sahaja. Maklumlah anak dah membesar ni memang perlu big room.
Dah selesai check in, kami anak beranak pun turunlah bersiar-siar di Taman Tema Dalam Genting. Maklumlah taman tema luar masih dalam construction. Tak sabar juga nak tengok 21st Century yang bakal dibuka di sini nanti. Sekarang nak check in dan check out senang sangat, pakai kiosk aje.
Jom jalan-jalan tengok apa yang ada pada jam 9.00 malam ini.
Sebelum itu kenalah posing dahulu dengan birthday girl. Ambil mood honeymoon juga dengan hubby. Kalau nak tahu, Genting Highland adalah tempat honeymoon kami yang pertama selepas bernikah 11 tahun dahulu.
Kira kali ini #balingbelakang atau #throwback lah hahahha
Jalan punya jalan, kami decided untuk main game yang disediakan di sekitar Taman Tema ini.
Alahai perabis duit aje, tak ada pun yang kami menang masa main game funfair tu.
Janji anak-anak seronok kan.
Selepas breakfast kami try naik Gondola untuk ke Goh Tong Jaya
Boleh tahan gayatnya, memang memula semua orang cuak! Tapi bila dah separuh perjalanan rasa dah ok sikit. Siap beli tiket pergi dan balik. Kalau datang ke Genting Highland jangan lupa try naik gondola ini ok.
Apa lagi yang bernilai dari senyuman dari mereka berdua ini. Hilang penat rasa bekerja dan blogging.
Selamat hari lahir Alisa Maisara Binti Sazali, 29.9.09
Semoga Alisa membesar menjadi anak yang baik terhadap kami ibu bapanya. Belajar pandai-pandai ya Alisa. Mamy tahu Lisa dah pandai membaca dan kadang-kadang baca blog mamy kan.
Semoga anak ini dilindungi tuhan selalu dan dimurahkan rezekinya.
Love you Alisa,
Kolin Zainal
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you