Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Hollywood & Football "The Mini Exhibition

assalammualaikum dan salam sejahtera

Minggu lepas kolin dan keluarga dapat memenuhi undangan dari Seeties ke pameran khas bagi rakyat Malaysia iaitu pameran barangan perfileman Hollywood dan juga memorabilia bolasepak dengan lebih dekat lagi. Kolin sememangnya peminat filem Harry Porter memang tak nak melepaskan peluang menyaksikan sendiri semua barangan yang dipamerkan berkaitan filem ini. 


Menerusi kolaborasi bersama Pusat Perlancongan Malaysia (MaTic) bersempana dengan Festival MaTic Street Art 2015, pameran yang diadakan dari 6-8 November 2015 bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam di pusat bandar Kuala Lumpur. 


Private Collector Club (PCC) mengunakan platform Hollywood Malaysia Flash Museum (HMFM) dan United Soccer Fandom Malaysia (USFM) mempamerkan semua barangan dan memorabilia filem-filem blockbuster Hollywood dan Bolasepak yang terkemuka. Mengunakan kesempatan ini, kolin dan anak-anak memang asyik melihat satu persatu bahan pameran dari PCC.


Jom lihat sendiri barangan yang dipamerkan di sini. Ada Harry Porter, Star Wars, Transformer, Ironman, The Hobbit dan filem seram Annabelle. Buat peminat bolasepak pula ada memorabilia seperti trofi, cincin, wang syiling bola dan juga koleksi jersi pasukan seperti Manchester United, Chelsea, Arsenal dan juga Liverpool.

Lihatlah sendiri, semua barangan ini dipamerkan secara digital dan diletakkan di dalam unit kaca khas bagi menjaga semua memorabilia ini. Selain itu PCC juga mengadakan pelbagai aktiviti dan pertandingan seperti pertandingan fotografi dan cabutan bertuah bagi pengunjung di mana hadiah yang ditawarkan cukup lumayan. Antara hadiah yang menjadi rebutan ialah Iphone dan paling istimewa ialah jersi CR7 yang telah siap ditandatangani oleh Christiano Ronaldo. 


Kolin dan suami bertuah sangat sebab dibenarkan pedang dari filem The Hobbit. Teruja sangat!! Peluang sekali seumur hidup. Siapa yang pernah tengok filem The Hobbit mesti tahu pasal pedang ini kan.


Lagi syok bila kolin dibenarkan pegang penyapu terbang atau Firebolt dari filem Harry Porter...yeay..
Rare chance given by PCC means a lot to me!!!



Harga tiket bagi pameran ini adalah RM66 untuk dewasa dan RM44 untuk kanak-kanak. Kalau korang memang peminat Hollywood dan Football antarabangsa memang tak akan kisah bayar untuk lihat semua memorabilia ini. Berbaloi sangat! Siap ada skrip bagi semua filem-filem Hollywood yang terkenal. 

Maklumat lanjut mengenai aktiviti dan pertandingan yang diadakan ini boleh lah layari laman sosial PCC iaitu www.instagram.com/privatecollector.club atau pun www.facebook.com/privatecollectorclub

Buat sesiapa yang terlepas pameran ini di MaTic minggu lepas boleh lah ke Melaka minggu ini. 


Khas buat semua peminat filem Harry Porter jangan lupa singgah Melaka Planetarium dari 14-15 November 2015 bagi menyaksikan sendiri semua memorabilia dari filem box office ini. Jangan lupa call untuk tempahan tiket awal ok. Terima kasih PCC untuk kenangan manis ini. 



Lisa dah dapat tiket train dari London ke Hogwarts yeay~ 
See you at Platform 9 3/4 aite


Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you