Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Cabaran kolin masuk Gua, main Rakit dan Paint ball.

assalammualaikum dan salam sejahtera

Haiiiii...terus terang kolin cakap, kolin bukanlah peminat aktiviti lasak. Kalau nak tahu seumur hidup kolin pernah berkhemah sekali sahaja. Itupun masa lepas grad Uitm Manjung dulu, berkhemah ramai-ramai kat Pulau Pangkor. Memang malam-malam lost giler, sebelum pukul 8.00 malam kolin dah masuk khemah. Not my cup of tea lah nak adventure dalam gelap dan nyamuk kan. 

Kali ini kolin dicabar masuk gua! Team building di Felda Residence Pahang menguji kemampuan. Nak nangis pun ada, sebelum tu dah tanya gelap tak, sempit tak..sebab kolin memang fobia tempat sempit dan gelap. Memang masa tu rasa nak back off aje tau.


Inilah tempat sejarah kolin masuk gua! Gua Kota Gelanggi terletak di bahagian Jengka, Pahang. 


Ada lah sikit papan tanda keselamatan dan peta sekitar kawasan ini. 
Masa ini dah berdebar tahap gaban hahah


Sedikit info manalah tahu kan kalau korang pun berminat nak masuk gua. Kata orang lagi adventure lagi seronok. Haa...ni pasal terpaksa aje ni tau. Kalau ada yang ajak lagi kolin masuk gua, aku memang kene fikir 80 kali. Sebab aku ni penakut, kang menyusahkan orang menjerit-jerit. So..baik jangan ajak kolin haha

Gambar sebelum naik semua aku sengih. Padahal dalam hati rasa memang tak nak buat. 
Apa aje yang ada dalam gua tu, kalau ada harta ahmad albab boleh la kan. Tapi demi mencabar ketakutan yang memang meresapi diri kolin sejak azali ku turutkan jua. Terima kasih team mates!!!! korang memang memahami kolin. Tanpa kome orang memang aku nangis hahah


Tak mau cerita panjang, kolin belanja korang tengok hutan kecil yang terpaksa team kolin lalui dan mana gua yang kami semua jelajahi. Nangis!!




Masa ini dengar taklimat aje dulu, sebelum melangkah nak masuk gua ini. Dengar kata tour guide kami ini ada 4 gua yang bakal kami lalui hari ini. 


Gelap ok! Pakailah kami lampu suluh yang ada. Nampak tak betapa sempit lubang tu nak masuk. Naik tak kantoi, masa turun memang kolin panik sebab tak nampak!!! Pengalaman ni weiii


Lihatlah sendiri, susah tau, nak pijak kena hati-hati. Takut licin jatuh.
Mengikut kata guide ni baru gua for beginner.


Haa tempat akak-akak ni melepak ialah Gua Angin. Angin datang dari dalam gua dan sejuk sangat mengalahkan penghawa dingin. Rasa nak tidur sini? Oh tidak buat kolin hahaha


Dah sampai kat Gua Sanding, Gua Gajah dan tak ingat pulak satu lagi nama gua. 
Nampak tak betapa comotnya kolin. So maknanya i struggle ok nak masuk gua ini. 
So percayalah..i have made this happened. Why not u?
la la..la..la ..berlagak 10%...


Inilah team kolin yang super sporting dan sangat seronok! Thanks a bunch guys!




ini bahagian atas gua, ada lubang kecil sahaja untuk cahaya. Amazing kan!
Kolin berjaya masuk gua!!!! sorry lah gambar over flash, sebab happy sangat kan.


Now berakit pula. Rakit yang pakai tong, paip PVC dan tali sahaja! Mulut kolin dah terbuka!
Alahai takutnya aku lah kalau rakit ini pecah wei....Sebelum buat rakit. 
Trainer suruh buat aktiviti water confidence dulu. Ok yang ini kolin GAGAL
tak berani nak hempas badan masuk kolam. Not my cup of coffee, tea, milo what so ever! Never!
So akhirnya jatuh sebab disabotaj oleh trainer..hurmm.. well done Dr. Sidek huh


Begini..korang bole ker? Nampak tak khaty dah jatuh dah..kolin masih berdiri di situ hahhaha
Now cubaan kolin untuk turun secara semulajadi.


Tak boleh pulak! Korang nampak tak tangan trainer dah pegang life jacket kolin. 
Akhirnya, time kolin sibuk berdiri tu kena tolak! Masuk laa kolin sekali secara jemaah di dalam kolam.
Oh indahnya hidup dengan aktiviti lasak begini..uweeekkkk


Selepas itu kolin dan team diarahkan buat rakit dengan semua bahan yang disediakan! 



Dah pun siap rakit kami! Bab posing korang serahkan pada kolin. Duduk bersimpuh paling ayu dihadapan sekali tanpa mampu berkata apa-apa. Sekarang masa untuk try rakit kami!


Haa korang tengok! Aku senyum sahaja tau. Dan berjaya atasi ketakutan ok.
Lagi manis team kolin dapat tempat pertama! Rakit tak pecah! Happy!


Last aktiviti lasak yang kolin rasa memang tak nak buat dah. Main painball! Well kolin bernasib baik tak kene peluru sesi kali ini. So tak perlu adakan sesi lain sebab kolin memang penakut. Habis peluru semua aku tembak tupai atas pokok tu. Nasib lah kan! Memang saya wanita biasa hahahha


Haa tapi bab posing memang kolin ganas. Abaikan kasut pink tu hhihhihih

So dah jalani semua cabaran ini kolin rasa bertuah masih bernafas lagi hahaha
Kepada semua team kolin atau kawan-kawan bersama-sama kolin masa team building ini. Kolin minta maaf sangat-sangat kalau ada terkasar dan menyusahkan korang semua. Percayalah, kolin memang agak lemah dalam perkara lasak sebegini. So malam tu kita semua karaoke ler...


Berjumpa di lain entri ok. Tulis panjang-panjang ini ada ker yang nak baca? *wink

Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you