Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Show Your Stripes #DemiRMHC sasar dana setengah juta ringgit

assalammualaikum dan salam sejahtera

Mcdonald's Malaysia sekali lagi melancarkan kempen yang terbaru mereka iaitu "Show Your Stripes" #DemiRMHC - I'm For The Kids' bagi menjana dana sebanyak setengah juta ringgit untuk 
Ronald MacDonald House Charities bersempena juga dengan Hari Kanak-kanak Sedunia.


Kalau korang nak tahu Organisasi Ronald Mcdonald House Charities (RMHC) ini adalah satu organisasi kebajikan atau Persatuan Kanak-kanak Ronald Macdonald yang didaftarkan
 pada 15 Februari 1990. 

Ditubuhkan dengan kerjasama oleh Mcdonald's Malaysia bagi membantu semua kanak-kanak yang kurang upaya atau miskin bagi meneruskan kehidupan mereka. Ramai yang tidak tahu mengenai Rumah Kebajikan Ronald Mcdonald ini membantu ramai keluarga dalam menghadapi kesusahan dalam hidup

Rumah yang dibina merupakan kediaman yang lengkap bagi keluarga menginap sementara atau sepanjang tempoh anak-anak mereka menjalani rawatan di hospital berdekatan pada kadar yang sangatn murah iaitu RM5 sahaja sehari. Untuk lihat sendiri rumah RMHC sila ke alamat seperti di bawah:

Ronald McDonald House (RMH-PPUKM)
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak 
Cheras, Kuala Lumpur
Tel. No. 03-91735994

 Blogger Beautiful Nara pun ada...segan kolin nak tegur

Kali ini kempen membeli sambil menderma dilancarkan di seluruh restoran McDonald's di Malaysia. Hanya dengan RM10 kita dapat membantu kanak-kanak yang memerlukan. 

  Berucap di majlis pelancaran, Pengarah Urusan McDonald's Malaysia, Encik Azmir Jaafar menyatakan tema kempen - #DemiRMHS - I'm For The Kids bermatlamat mengukuhkan lagi komitmen McDonald untuk membantu masyarakat dengan meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak  yang kurang bernasib baik.

Lihat lah sendiri semua anak-anak syurga ini beraksi di pelancaran kempen ini. Comel sungguh kan.
Bergema lagu Frozen, Let it Go..kolin pun sama nyanyi 
Maklumlah dah hafal lirik kan...



RMHC adalah badan kebajikan pilihan McDonald's selama 25 tahun. Harap lebih ramai rakyat Malaysia akan menyokong RMHC dalam memperkayakan lagi kehidupan anak-anak di Malaysia kan. Usaha yang murni patut diteruskan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama. 

RMHC adalah sebuah badan kebajikan yang mengendalikan empat program utama iaitu Ronald McDonald House, Ronald McDonald Gift of Smile, Bilik Sensori Ronald McDonald dan program Biasiswa Ronald McDonald. Jadi bermula 7 November 2015 nanti korang semua boleh ke restoran McDonald dan dapatkan stokin yang super cute ini. Jangan lupa hashtag #DemiRMHC juga ok.




Bagi Presiden RMHC pula Victor Sim, beliar amat bersyukur dengan semua sokongan rakyat Malaysia di dalam kempen ini . Sejak tahun 1990, sebanyak RM11 juta telah disalurkan bagi membantu kanak-kanak di Malaysia dari segi kesihatan, pendidikan dan kesihatan. 

Sekali lagi kolin nak maklumkan, Kempen 'Show Your Stripes" #DemiRMHC - I'm For The Kids' akan dilancarkan ke seluruh negara mulai 7 November 2015. Dengan hanya RM10.00 kita dapat membantu kanak-kanak lain yang memerlukan. Comel ok stokin dari McDonald ini. 

Kolin dah dapatkan stokin comel!!!....super cute
belang merah dan putih lagi tau! Esok ok!! Jangan lupa dapatkan stokin ini esok ...

 Love, 

Kolin Zainal


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you