assalammualaikum dan salam sejahtera
Watsons Malaysia kali ini telah memilih Subak Dine With Nature, Bukit Lanjan Kuala Lumpur bagi meraikan hari raya aidilfitri pada tahun ini. Raya bersama Watsons ini sememangnya meriah dengan kehadiran selebriti dari drama "Raya Ni Dah Kahwin" iaitu Amar Asyraf dan Nina Iskandar.
Sambutan kali ini lebih bermakna apabila 50 orang pemenang bertuah dari peraduan Watsons Malaysia WeChat followers. Mereka juga telah dijemput ke majlis ini bagi memeriahkan lagi suasana rumah terbuka Watsons. Kesemua pemenang ini telah mengikuti kempen undian sepanjang 8 minggu siaran drama ini dan sebagai ganjaran mereka bersama-sama di majlis ini bersama selebriti kesayangan mereka. Best kan!
Acara dimulakan dengan pembukaan dari penari kebudayaan yang membawakan tarian joget. Watsons Malaysia membuatkan majlis ini lebih istimewa dengan menyerahkan cek sebanyak RM20,000 kepada Hospis Malaysia melalui kempen usahasama Watsons Malaysia dan GlaxoSmithKline Malaysia yang telah dijalankan sepanjang bulan ramadhan yang lalu. Sebanyak 10 sen yang telah disumbangkan bagi setiap pembelian Panadol dan Panaflex dari outlet Watsons. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Low Siew Hui, Finance dan IT Director kepada General Manager Hospis Malaysia iaitu Tham Su Ming.
Majlis ini disaksikan oleh Jessica Ng, Digital & Consumer Experience Director Watsons Malaysia, Daniel Looi, Operations Manager, Danny Hoh, Head of Marketing dan juga selebriti terkenal iaitu Master Chef Dato' Fazley Yaakob. Untuk lebih banyak informasi sila layari
www.facebook.com/watsonsmalaysia atau www.watsons.com.my
Majlis ini mula gamat apabila pemenang WeChat Watsons dijemput bersama-sama selebriti Amar dan Nina untuk menari Joget Rasa Sayang bersama-sama di atas pentas. Ada aktiviti menganyam ketupat, pertandingan berlakon dan juga kuiz mengenai drama Raya Ni Dah Kahwin.
Raya Bersama Watsons ini diperhebatkan lagi dengan ada sesi mengurut tangan yang disediakan oleh tuan rumah. Ramai lah kawan-kawan kolin mengambil kesempatan membuat urutan tangan ini. Memang sedap betul rasa tangan lepas di urut. Terasa segar sikit urat-urat tangan ini.
Untuk yang suka gambar dikartunkan pun ada juga booth. Untuk yang ini Alisa Maisara lah peminat No. 1
Haa inilah rupa paras muka alisa setelah dikartunkan. Comel sangat kan! Pandai abang tu melukis. Ini pulak capture by Ali Imran, mummy pun teringin juga nak pose kat taman ini hehe.
Hijab from Ariani and shoes form XES Shoes. Happy kolin!
Inilah antara hidangan yang bakal kami santap sebaik majlis ini dirasmikan. Memang banyak sangat aktiviti. Siap ada print box, install wechat dan scan id kod yang ada. Terus hantar dan semua gambar yang mahu akan di printkan untuk kita simpan sebagai kenang-kenangan.
Sememangnya lokasi ini mendamaikan, siap ada kolam ikan dan kawasan taman yang amat mendamaikan. Pokok yang menghijau ini juga sedikit sebanyak memberi kesegaran kepada kami yang beramai-ramai di rumah terbuka Watsons kali ini.
Semasa menjamu selera, acara mendapatkan poster dan autograph dari selebriti Raya Ni Dah Kahwin dijalankan. Ali dan Alisa memang tak melepaskan peluang bergambar bersama dan mendapatkan poster yang telah ditandatangani oleh kedua selebriti ini.
gambar ihsan dari FB Watsons Malaysia www.facebook.com/WatsonsMalaysia
Terima kasih Watsons atas kemeriahan ini. Buat makluman semua drama Raya Ni Dah Kahwin telah disaksikan oleh hampir 15 juta orang. Hebat kan...haaa..tahniah buat selebiriti Amar Asyraf dan Nina Iskandar kerana telah mencipta satu rekod yang hebat!
Terima kasih Watsons Malaysia!
Love
Kolin Zainal
*kredit gambar dari WatsonsMalaysia
*kredit gambar dari WatsonsMalaysia
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you