Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

MAJLIS PELANCARAN FESTIVAL TOPENG ANTARABANGSA MALAYSIA 2015 DI KLCC KUALA LUMPUR

assalammualaikum dan salam sejahtera

Bertuah rasa badan dapat hadir sama dalam majlis gilang gemilang ini. Pada 13 Ogos 2015, bermula jam 8.00 malam acara yang ditunggu-tunggu ini telah pun dilancarkan. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)  menganjurkan Malaysia International Mask Festival 2015 pada 13-16 Ogos ini di Esplanade, 
Kuala Lumpur City Centre (KLCC).


 Topeng yang telah digunakan oleh manusia untuk perlindungan, penyamaran bahkan releksi terhadap sesuatu aspresiasi semasa persembahan dan hiburan sejak beberapa millenium lepas. Ia merupakan satu budaya di dalam masyarakat dunia, masing-masing dengan identiti dan fungsi tersendiri. Dalam masyarakat Malaysia misalnya terdapat seni bertopen dari etnik Orang Asli Mah Meri dari Pulau Carey, Selangor.

Ianya merupakan satu program yang memang menarik dan julung kali diadakan sebagai program terbaik yang mampu menarik pelancong dari seluruh dunia. Festival ini juga banyak berkongsi tentang informasi bagi sesuatu topeng. Ianya juga memberikan pendedahan yang lebih mengenai kepelbagaian bentuk dan corak pada setia ukiran topeng berdasarkan fungsi dan peranannya.

Bagi mengalakkan lebih banyak pelancong, KLCC telah dipilih menjadi venue untuk acara kali ini. Memang sangat bertepatan sebab masa kolin di Persembahan Malam Gala pada 13 Ogos yang lalu memang meriah dengan ramai sangat pelancong luar yang bersama memeriahkan program ini. Kolin pun tumpang sama lah bertopeng kan. Memang macam Masquarade Party! Tak sangka Malaysia mampu anjurkan program sebegini dan sangat sangat berprestij. Good Job JKKN dan Tourism Malaysia.

Haa lawa tak topeng kolin. Dah semua bertopeng kolin pun naik hantu sama bertopeng. Memang fun!!

Persembahan Malam Gala telah dilancarkan oleh YB Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. YB Datuk Mas Ermieyanti turut menyempurnakan cara pelancaran dengan memakaikan topeng peran kepada Awang Pengasuh, salah satu watak komedi dalam persembahan teater tradisional Mek Mulung yang berasal dari Kedah Darul aman. 

Bersama di majlis ini ilaah YBhg. Tan Sri Dr. Ong Hong Peng, Ketua Setiasauah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, YBhg. Datuk Haji Ab. Ghaffar Bin A. Tambi, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan juga YBhg Datuk Norliza Rofli, Ketua Pengarah JKKN.  


 Lihatlah betapa meriahnya pelancaran yang telah diadakan. Siap dengan persembahan bunga api, Persembahan berkonsepkan fiesta dan karnival dengan lagu 'Melodi Hati' ditarikan oleh KK JKKN Ibu Pejabat, WPKL, Selangor, Kedah, ASWARA, PERMATA Seni Tari dan Kumpulan Tari dari Luar Negara.


 Malam tadi turut diselitkan pelbagai persembahan dari Malaysia, Indonesia, Sri Lanka, Republik Rakyat China, Republik Korea, KLDA, Thailand dan Filipina. Inilah jadual penuh mengenai semua acara yang bakal diadakan sepanjang festival topeng ini berlangsung.


Jangan lepaskan peluang dan pengalaman yang bakal korang semua lalui ketika di festival ini. Malam 14 Ogos, satu perarakan topeng akan di adakan di Jalan Ampang. Rugi nya kalau tak pergi. Selalu tengok dalam TV aje kan orang luar negara buat Mask Street Parade. Kali ini ada di Malaysia, boleh lah kita join sekali. Jangan lupa korang pakai topeng tau!


Bagi yang suka tengok pelbagai jenis topeng yang ada di sekitar KLCC ini boleh lah datang. Memang banyak sangat tau. Kolin adalah tangkap gambar sekeping dua topeng. Memang memberi suatu pengalaman baru. Korang jangan lepaskan peluang ok.


Thank you for having me JKKN and Tourism Malaysia!


Jangan lupa hashtag #mymask2015 dan #mysenibudaya kalau korang selfie atau wefie semasa berkunjung ke semua lokasi festival berlangsung. Untuk lebih maklumat sila layari https://www.facebook.com/mysenibudaya atau www.jkkn.gov.my

Love,

Kolin Zainal


3 comments:

  1. Assalamualaikum...
    hai!

    Saya ada jual iphone,samsung,oppo,phone case,powerbank dan etc

    jemput tengok blog saya
    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    ig saya

    @nurnasuha96_

    whatsapp +60196117811

    ReplyDelete
  2. wow beautiful night at KLCC, seldom go there at night. This event is interesting, hehe.. nice masks. You with the mask on, can't recognise is you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. the event soo fantastic..i hope there will be again for next year :P

      Delete

loving me..loving you