Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

SkinSoul Volume Attack Mascara untuk bulu mata yang lebih vogue!

assalammualaikum dan salam sejahtera

Mascara!!...Ianya adalah salah satu yang memang kolin tak tinggal setiap kali bersiap. Mascara adalah salah satu pelengkap gaya kolin, takde mascara tak macam Che Ta lah kan. Kali ini SkinSoul Volume Attack Mascara menjadi pilihan kolin. Rekaan yang sangat ringkas tapi elegan. Senang nak simpan dalam handbag.

Mascara dari SkinSoul dirumus khas oleh dari Mulberry Root Extract yang mampu merangsang penumbuhan dan kekuatan bulu mata sementara Lash Curling Complex akan membantu melentikan lagi bulu mata kita. Hasilnya bulu mata kita akan jadi lebih lebat, panjang dan cantik melentik. Dah tak payah nak pasang gam pasang bulu mata pelsu kan. Sapukan saja SkinSoul Volume Attack Mascara terus dapat bulu mata vogue. Ready to party gitu kan.



Cara mengunakan mascara ini ialah dengan menyapu dari dalam dan keluar sapuan ke atas. Pusingkan mascara di setiap seksyen bulu mata untuk meratakan mascara. Pastikan kedudukan mascara dari dalam ke luar setiap kali sapuan untuk mendapatkan kesan yang lebih baik. Dan ulangi langkah-langkah ini sehingga kedua-dua mata telah siap di sapu Mascara SkinSoul Volume Attack.

Info yang menarik mengenai Mascara ini ialah ianya memberi kesan yang positif terhadap bulu mata kita dalam masa 4-6 minggu. Bulu mata akan jadi lebat, cantik dan melentik. Menarik kan!



Nampak tak perbezaan di dalam brosur ini. Dan kolin pun dah pakai dalam masa 3 minggu sekarang. Hasilnya senang dibersihkan dan bulu mata kolin memang tak gugur sangat lagi setiap kali membersih. 
Harga yang sangat berbaloi untuk mata yang cantik ini hanya RM195.00 sahaja. 

Jangan lupa dapatkan SkinSoul Volume Attack Mascara di semua outlet SkinSoul nanti. 
Memang tak berat, rasa ringan sahaja teksturnya, senang dibersihkan walaupun waterproof. Lagi senang nak remove kalau kolin pakai Clinical Tissue dari SkinSoul yang pernah kolin review dulu.

Selain itu, SkinSoul juga ada rangkaian kosmetik yang memang cantik dan menarik untuk kita cuba selain mascara. Gambar di sebelah kiri, adalah warna yang ada untuk eyeliner. Kolin suka betul tengok warna biru metalic eyeliner itu. Dan gambar di sebelah kanan pula adalah seleksi warna gincu yang ada di SkinSoul.

eyeliner and lipstick!

 pretty blusher!

Buat semua yang ingin mendapatkan diskaun dan tawaran menarik sila ikuti langkah di bawah.
Follow Blog Kolin here *Follow FB SkinSoul here*Follow Instagram SkinSoul here

Pergi ke mana-mana outlet SkinSoul, macam kolin suka pergi di LG MidValley Megamal. Dan jangan lupa cuba Mascara dan semua kosmetik yang mereka ada. Sure korang jatuh cinta!

Dengan menunjukkan kod #LoveMascara #LM pembaca blog kolin akan layak membeli SkinSoul Shield Travelling Set dengan harga RM388.00 (harga sebenar RM500). Kalau korang berbelanja minimum RM100 dalam satu resit korang juga akan dapat bawak balik SkinSoul SkinShield Set yang berharga RM100. Best kan, belanja RM100 dapat barang FREE RM100. Mudah tak...

Jadi jangan lupa TRY SkinSoul Volume Attack Mascara kat outlet SkinSoul ok.
Bagi kolin, memang inilah pilihan selepas ini sebab bulu mata terjaga cantik macam retis 
Lepas ini kalau bulu mata sama ngan Che Ta uoollss jangan jeles ok *wink

Love, 

Kolin Zainal



1 comment:

  1. Cantiknya Kak Kolin menggunakan special Mascara SkinSoul ini.. hehe!

    ReplyDelete

loving me..loving you