Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Pengalaman pertama photoshoot!!

assalammualaikum dan salam sejahtera

syukur alhamdulillah, idea kolin untuk Friso Gold 'Say Yes to Experiences' telah terpilih.
 Semua ini memang rezeki anak-anak kolin yang memang sporting dan suami kolin juga yang banyak menyokong aktiviti blogging kolin. 

Pada ahad pagi yang lalu, team dari PR telah datang untuk mengadakan sesi pengambaran rasmi bersama kolin dan anak-anak. Inilah pengalaman pertama kami bersama. Aktiviti yang pernah kolin kongsikan iaitu bermain warna air bersama alam semulajadi.



Seawal jam 9.00 pagi, kolin dan anak-anak dan ready kat playground dengan barang-barang untuk aktiviti untuk dijalankan. Terima kasih buat yang sudi datang dan shoot gambar kami.

Ini permulaan yang baik buat kolin dan anak-anak. Semoga selepas ini kolin akan enter lebih banyak contest yeay!! ini semua pembakar semangat buat kolin untuk lebih maju sebagai blogger.


 So jangan lupa semua parent cuba idea kolin ini ok. Memang confirm anak-anak korang akan seronok giler. Anak kolin bab main warna air memang teruja. Penuh tangan kami dengan warna air yang telah digunakan. Mengunakan daun, rumput dan alam semulajadi juga boleh menjadikan satu lukisan yang sangat cantik.  Kos pun tak sampai RM10 untuk aktiviti ini dijalankan. 


Friso Gold
Say YES to experiences
Terima kasih semua!

Love,

Kolin Zainal 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you